☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 7 Januari 2023

Engine KTM 990cc Baharu Cadangkan Kedatangan KTM 990 Duke dan KTM RC990

Gambar-gambar tangkap curi KTM 990 Duke serta RC990 telah teredar di alam maya baru-baru ini, tetapi masih belum ada kata putus bilakah kedua-dua model ini akan dilancarkan. Tetapi, mereka memerlukan enjin yang baharu dan akhirnya, beberapa gambar enjin KTM LC8c baharu ini telah didedahkan di internet.

Enjin baharu ini masih merupakan varian LC8c iaitu "Liquid-Cooled 8-valve, Compact" yang bermaksud "Sejukan cecai, 8-injap, kompak." Ia digelar kompak kerana ia merupakan format dua silinder selari, berlainan dengan jenis V-Twin yang lebih sinonim dengan jentera kapasiti besar KTM. Apapun, enjin ini mula dilancarkan sebagai 790cc yang kemudiannya diperbesarkan gereknya daripada 88.0mm ke 90.7mm bagi mendapatkan kapasiti 889cc untuk model-model 890 Duke dan 890 Adventure.

(Enjin baharu di sebelah kiri, manakala enjin sedia ada di sebelah kanan.)

Cara paling mudah bagi membesarkan kapasiti enjin ialah dengan membesarkan gereknya (bore) tetapi gerek enjin lama telah diperbesarkan begitu banyak. Jadi apabila kita bandingkan enjin baharu dengan yang lama, kita mendapati bahawa silinder enjin baharu lebih tinggi daripada yang lama. Ini menunjukkan bahawa terdapat pertambahan lejang (stroke). Dengan turut memanjangkan lejang, sesebuah enjin akan juga mempunyai kuasa tork (tujahan) yang kuat serta penunggangan yang lebih lincah pada RPM rendah dan sederhana. Gerek yang terlalu besar membuatkan tork enjin dipindahkan ke RPM yang lebih tinggi dan enjin terpaksa diligat apabila memerlukan pecutan yang kuat.

Terdapat banyak perubahan pada enjin baharu ini. Salah satunya ialah liang-liang ekzos yang lebih lurus untuk memberikan pergerakan gas yang lebih efisyen. Selain daripada itu, terdapat juga kotak enjin, takung minyak, kepala silinder dan transmisi, termasuklah penyejuk minyak yang baharu. Liang pemeriksaan paras minyak enjin juga dipindahkan ke penutup klac.

Jika dipandang daripada depan atau belakang, takung minyak yang baharu mempunyai suatu ruang yang besar untuk pemasangan pemangkin ekzos yang lebih rapi agar memberikan tambahan kelegaan bumi serta pemusatan beban yang lebih baik.

KTM belum memberikan apa-apa spesifikasi teknikal buat masa ini, tetapi mesti ramai yang tertanya apakah prestasi LC8c baharu ini. Jika enjin 889cc yang sedia ada menghasilkan 119hp, enjin 990cc baharu dijangka menghasilkan di antara 130-135hp.

Enjin LC8c untuk KTM sebenarnya dihasilkan di kilang CFMoto hasil perjanjian di antara kedua-dua pembuat. Oleh yang demikian, adakah kita akan juga melihat model CFMoto generasi baharu yang menggunakan enjin 990cc ini? RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).