☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 29 Mac 2023

Kawasaki ZX-4RR Capai 253km/j

Kawasaki ZX-4RR baharu sahaja dilancarkan di Indonesia, selepas sebuah video acah menunjukkan top speed 253 km/j!

Indonesia merupakan negara kedua di Asia Tenggara yang menerima model itu, selepas ia dilancarkan di Thailand. 

Ia bercirikan enjin 399cc, DOHC yang menghasilkan 79.1hp pada 14,500 RPM dengan pertolongan Ram Air, dan tork sebanyak 37.3 Nm. Ia juga merupakan model yang lebih tinggi spesifikasinya daripada model ZX-4R dan maka itu ia dilengkapi dengan beberapa komponen yang lebih menarik seperti fork depan Showa SFF-BP 37mm, monoshok belakang Showas BFRC Lite, sistem quickshifter, dan skrin yang berwarna gelap.

Sistem elekroniknya termasuk sistem kawalan traksi KTRC dengan empat mod tunggangan (Sport, Road, Rain dan Rider). Skrin meternya berukuran 4.3 inci dan boleh dipautkan kepada aplikasi telefon Kawasaki Rideology.

Indonesia akan menerima hanya 40 buah Kawasaki ZX-4RR untuk pasaran mereka, dengan setiap satunya berharga INR 239.9 juta (RM 70,000).

Berbalik kepada tajuk asal, pihak Kawasaki Indonesia telah membuat ujian dyno ke atas motosikal tersebut dan mendapat kelajuan maksima 253 km/j. Tetapi ingat, motosikal tidak bergerak apabila dibuat ujian dyno dan kelajuan sebenarnya akan berkurangan sebab rintangan angin. Jadi kelajuan maksima dunia nyata mungkin di sekitar 220 hingga 230 km/h. Namun itu merupakan suatu yang agak mengejutkan kerana motosikal Ninja 650 dengan enjin yang menghasilkan sekitar 70hp boleh mencapai kelajuan maksima "hanya" sekitar 220 km/j juga. Sila tontoni video di bawah.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.