☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 20 Jun 2023

Gambar QJ Motor SRK800RR Didedahkan

QJ Motor sedang berebut takhta motosikal premium China dengan amat hebat di kalangan pengeluar yang lain seperti CFMoto. QJ juga dikatakan sedang membina sebuah motosikal dengan enjin V4. QJ yang juga penaung Benelli dan MV Agusta itu menghasilkan model-model baharu tanpa henti dan QJ Motor SRK800RR ini akan menjadi kenyataan jika mengikut perancangan mereka.

Motosikal kelas pertengahan sekarang bergerak ke arah kapasiti enjin yang lebih besar dan meninggalkan kelas 750cc, seperti Suzuki GSX-800 yang baru dilancarkan. Bukan itu sahaja, model SRK800RR ini juga menggunakan format enjin empat silinder sebaris (inline-four).

Malangnya data-data yang lain tidak didedahkan tetapi terdapat khabar angin bahawa enjin ini merupakan unit 778cc yang menghasilkan sekitar 100hp. Ia merupakan sebuah enjin yang baharu dan bukan yang dibesarkan kapasitinya daripada enjin SRK600RR. Selain daripada itu, dikatakan ada banyak persamaan dengan enjin motosikal Benelli.

Casis motosikal ini kelihatan bercirikan komponen-komponen yang berspesifikasi agak tinggi seperti kaliper brek depan Brembo serta suspensi Marzocchi. Juga tidak diketahui adalah samada ia menggunakan sistem elektronik yang bercirikan IMU bagi mengukur pergerakan motosikal dan merumuskan strategi kawalan traksi dan ABS yang optimum. Seperti biasa, motosikal QJ Motor/Benelli agak berat dan sebuah laman motosikal menyebut keberatan motosikal ini ialah 206kg.

Ramai peminat masih tertunggu samada QJ Motor akan menjadikan beberapa model QJ Motor termasuk yang ini kepada Benelli dan mengekspotnya ke Malaysia.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.