☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 April 2014

MODENAS Rai Para Pemenang

Seramai 84 orang pemenang cabutan bertuah Kempen Perhargaan Berganda MODENAS telah diumumkan sebagai pemenang dan hampir kesemua antara mereka hadir ke Kompleks EON, Glenmarie pada 1 Mac lalu untuk menerima hadiah masing-masing. Memeriahkan lagi majlis penyampaian hadiah pada petang itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, En. Amirudin Abd Kadir.

En. Amirudin Abd Kadir (Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS) menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

“Sepanjang tempoh kempen yang dijalankan (Ogos hingga Disember 2013), MODENAS telah menerima begitu banyak borang penyertaan. Menerusi lanjutan dan jaminan waranti pengeluaran yang ditawarkan ini, kami berharap agar ianya dapat menambah keyakinan para penunggang motosikal kepada produk keluaran MODENAS dari segi prestasi, kualiti, penjimatan bahan api dan kecantikan rekabentuknya,” komen beliau.

Faridzul Azihan bersama ibu dan ayahnya memegang replika kunci kereta yang dimenanginya.
Faridzul Azihan bersama ibu dan ayahnya memegang replika kunci kereta yang dimenanginya.

Menerusi kempen tersebut, MODENAS telah menyediakan pelbagai hadiah menarik yang nilainya melebihi RM1,000,000 seperti Proton Saga SV, motosikal MODENAS, iPad dan banyak lagi. “Saya membeli sebuah MR1 untuk digunakan ke tempat belajar. Tidak lama selepas itu, ibu menerima panggilan yang mengatakan saya memenangi sebuah kereta. Memang mengejutkan tetapi saya amat gembira dengan kemenangan ini,” kata Faridzul Azihan Mohamad dari Kelantan, pemenang hadiah Proton Saga bulan Disember.

Dengan menyertai kempen ini, para pelanggan juga menikmati tempoh lanjutan jaminan waranti produk selama tiga tahun atau 20,000 kilometer waranti berbanding sebelum ini yang hanya setahun atau sehingga 10,000 kilometer. RR

Isu Pada

April 2014

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.