Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 27 Julai 2023

Persembahan Kumpulan Hujan & Pertunjukan Fesyen Oleh Bon Zainal Bakal Meriahkan KLBS 2023

Pada awal bulan Julai yang lalu, Kuala Lumpur Bike Show 2023 (KLBS'23) telah mengumumkan bahawa konsert kumpulan rock lagenda Malaysia, Wings akan mengadakan persembahan pada 26 Julai 2023 di pameran motosikal yang bakal berlangsung di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur pada 24hb hingga 27hb Ogos 2023. Oleh itu, terdapat dua lagi persembahan yang akan memeriahkan suasana KLBS'23 iaitu persembahan dari kumpulan rock indie Hujan dan pertunjukan fesyen oleh Bon Zainal.

"Kuala Lumpur Bike Show 2023 merupakan pertunjukkan secara hilostik yang mewakili industri dua roda di Malaysia, termasuklah elemen gaya hidup seperti muzik dan fesyen. Kami amat gembira dapat bekerjasama dengan pereka fesyen terkenal di Malaysia, Bon Zainal bersama empat pereka fesyen yang lain. Kami juga ingin mengumumkan persembahan konsert yang kedua iaitu kumpulan popular, Hujan yang bakal melakukan persembahan di KLBS 2023," kata En. Farouk Nurish, Pengarah Moventuum Sdn Bhd.

Kosert kumpulan Hujan di KLBS'23 merupakan persembahan solo yang pertama di Malaysia pada tahun ini dan akan diadakan pada 25hb Ogos 2023. Kumpulan Hujan yang turut dikenali sebagai Raingers berkata "Kami telah membuat banyak persembahan di negara ini. Tetapi pada kali ini merupakan persembahan solo daripada kami. Bagi para Raingers yang terlepas persembahan kami sebelum ini, jangan ketinggalan dan inilah peluang anda untuk menyaksikan konsert Hujan secara langsung di Kuala Lumpur Bike Show 2023."

Para peminat boleh membeli tiket konsert Hujan bermula hari Jumaat (28hb Julai 2023) jam 10 pagi oleh Moventuum di laman sesawang MyTicket Asia.

Pereka fesyen tempatan, Bon Zainal.
Pereka fesyen tempatan, Bon Zainal.

Selain itu, terdapat juga pertunjukan fesyen yang dikendalikan oleh maestro pakaian lelaki Malaysia, Bon Zainal. Dengan bertemakan 'Wheels on Heels', Bon Zainal diilhamkan oleh penumpuan dua industri iaitu fesyen dan dua roda. Pertunjukan fesyen ini bakal menampilkan pelbagai koleksi para pereka tempatan seperti Emri Vision, Blackout oleh Rasta, Ghadeez dan Bon Zainal sendiri.

Kuala Lumpur Bike Show 2023 (KLBS'23) yang dianjurkan oleh Moventuum Sdn Bhd dan Majalah RodaRoda (Bayu D Enterprise Sdn Bhd) akan menjadi pameran pertama seumpamanya di Malaysia bagi menampilkan industri dua roda semata-mata. Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket KLBS'23 sila layari https://kualalumpurbikeshow.com/ RR

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

Program Penggantian Muffler QJMOTOR AX200S Diteruskan

Marshal Moto Bakal Masuk Pasaran Negara

KARNIVAL GENBLU YAMAHA 2026

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Bezzecchi Terpantas di Aragon

Marco Bezzecchi mencatat keputusan masa terpantas pada sesi latihan hari Jumaat di Aragon.

Warta Roda

Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

Keeway Malaysia mengumumkan pelaksanaan Program Panggil Semula (Product Recall Program) bagi model Keeway XDV180 Evo

Pandu Uji

Honda CBR650R E-Clutch - Sebuah Supersport Mesra Pengguna?

Honda memperkenalkan teknologi E-Clutch yang merupakan satu sistem agak kedengaran asing bagi sesetengah penunggang terutama untuk jentera supersport.

Model Baru

Aveta Vanguard 250 Limited Edition Dilancarkan - RM17,188

Aveta Motor Malaysia memperkukuhkan lagi barisan skuter kembara mereka menerusi pelancaran Aveta Vanguard 250 Edisi Terhad.