☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 29 Ogos 2023

Kawasaki Ninja ZX-10RR WSBK Keluaran Amat Terhad akan Dilancarkan di Jerman

Kawasaki Jerman akan melancarkan satu edisi Kawasaki Ninja ZX-10RR WSBK yang amat terhad. Ia bukan sekadar corak-corak di badannya tetapi ia sebenarnya telah dinaiktaraf oleh Kawasaki Racing Team (KRT) di ibu pejabat mereka di Friedrichsdorf. Model ini akan menggunakan sistem kemasukan udara yang turut digunakan di dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK). Hanya 10 unit sahaja yang akan dihasilkan untuk pasaran umum.

Enjin empat silinder selari 998cc ini telah dinaiktaraf dengan beberapa komponen dalaman daripada Pankl Systems, termasuklah piston-piston yang lebih ringan serta rod penyambung (jack rod) titanium. Aci sesondolnya (camshaft) ialah jenis perlumbaan, pin pistonnya disalut dengan DLC (diamond-like coating), dan spring-spring injapnya lebih ringan tetapi lebih kuat. Model ini juga menggunakan rim yang ringan daripada Marchesini.

Namun, sistem yang paling penting merupakan sistem kemasukan udaranya. Tetapi ia hanya akan diaktifkan jika pemilik menggunakan ECU perlumbaan serta memasang kabel wayar khas.

Terdapat motor yang mengangkat liang kemasukan pada RPM tinggi agar mendapatkan aliran udara lebih baik ke dalam kebuk pembakaran. Liang kemasukan udara itu akan berada di tahap yang rendah pada RPM rendah dan pertengahan.

Setiap daripada 10 unit motosikal ini akan dihiasi di grafik WSBK KRT yang rasmi. serta plat nombor di atas tangki. Pembeli juga akan menerima hadiah khas termasuklah autograf daripada pelumba KRT Jonathan Rea dan Alex Lowes. Selain daripada itu, mereka juga kan menerima satu blok kaca yang diukir dengan lakaran motosikal menggunakan laser.

Kawasaki Ninja ZX-10RR WSBK berharga €33,145 (RM166,761.17) di Jerman.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).