☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 25 Oktober 2023

Ducati Umumkan Projek Motocross Libatkan Tony Cairoli

Ducati telah mengumumkan projek motocross mereka, yang turut menglibatkan juara FIM Motorcross World Championship kesembilan kali iaitu Antonio "Tony" Cairoli.

Namun, motosikal motocross Ducati yang baharu ini belum ditunjukkan dan masih belum ada spesifikasi mengenainya.  Walaubagaimanapun, Ducati berkata projek ini "menggabungkan keringanan yang ekstrim, komponen terunggul, dan enjin yang menghasilkan kuasa tinggi pada semua RPM." Ducati telah memberikan petunjuk bahawa enjin ini akan menggunakan sistem injap desmo (desmodromic) seperti semua motosikal Ducati jalanan (kecuali Multistrada V4, V4 S, V4 Pikes Peak) dan MotoGP.

Projek ini melibatkan satu pasukan perlumbaan motocross yang baharu dan mereka akan mengambil bahagian di dalam Kejuaraan Motocross Itali 2024. Pelumba yang akan mengambil bahagian ialah Alessandro Lupino yang bergabung dengan Cairoli di dalam pasukan Itali untuk Motocross Antara Negara 2021. Cairoli akan menjadi penunggangan ujian (test rider) kerana beliau telah bersara daripada berlumba secara aktif. Cairoli telah mengejutkan dunia motocross sebelum ini apabila mengumumkan yang dia akan meninggalkan KTM setelah berada di sana selama 11 tahun.

Pasukan yang membuat projek perlumbaan ini ialah Maddii Racing. Maddii Racing pernah bekerjasama dengan Husqvarna untuk menduduki tempat kedua keseluruhannya di dalam kelas EMX250 pada 2020, serta dengan Fantic pada 2023 dalam Kejuaraan Dunia MXGP.

Jadi, Ducati dijangka akan melancarkan motosikal motocross setelah itu, mengikuti jejak Triumph yang telah melancarkan motosikal supercross mereka. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.