Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 14 Disember 2023

“The Superveloce Arsham” Seni Hakisan Arca

MV Agusta dan Daniel Arsham mengumumkan kerjasama mereka dalam mencipta siri edisi terhad 'super'-eksklusif kepada 6 unit MV Agusta Superveloce iaitu “The Superveloce Arsham”. Pengeluar motosikal mewah Itali MV Agusta dan artis seni terkenal antarabangsa Daniel Arsham telah bergabung tenaga untuk penciptaan siri terhad ini yang dipersembahkan kepada dunia di Miami Art Basel pada 8 Disember yang lalu.

Seperti yang kita tahu, Superveloce ialah jentera paling ikonik dari MV Agusta yang menarik minat jutaan pencinta motosikal dengan rekabentuk neo-retro yang tersendiri. Keunikan model ini turut diakui oleh penggiat seni yang berpangkalan di New York untuk mencipta karya sebenar menggunakan teknik hakisan ikoniknya.

Daniel Arsham terkenal menerusi karya teknik "hakisan" yang menjadi tandatangannya. Kaedah hakisan dari Arsham ini dilakukan melalui arca. Arsham mencipta dan mengkristalkan rekaannya yang merangkumi ruang dan keadaan. Kebanyakan objek yang dihasilkannya merujuk kepada sentuhan abad ke-20 atau era milenium.

Konsep ini cukup bersesuaian dengan pencipta model Superveloce itu sendiri yang bagaikan sudah tertulis merupakan pilihan semula jadi untuk projek ini. Siri ini akan dihadkan kepada hanya 6 unit, yang menjadikannya sebuah 'objek' buat mereka yang mencintai sesuatu yang berbeza atau mereka yang bergelar 'Passionate Collector'.

Daniel Arsham berkata: “Saya sentiasa terpesona dengan dunia automotif. Etos rekabentuk kereta dan motosikal, sentiasa sesuai dan selari dengan era tertentu. Projek di Superveloce adalah peluang untuk meneroka "arca bergerak" seperti sebuah motosikal yang diubah menjadi arca. Bersama-sama dengan MV Agusta kami mengatasi cabaran kejuruteraan dan menghasilkan tafsiran baharu dalam Kesenian Motosikal.” RR

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

Program Penggantian Muffler QJMOTOR AX200S Diteruskan

Marshal Moto Bakal Masuk Pasaran Negara

KARNIVAL GENBLU YAMAHA 2026

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

MODENAS melanjutkan lagi tempoh Program Z15GT Care di seluruh negara sehingga 31 Oktober 2026.

Warta Roda

Program Penggantian Muffler QJMOTOR AX200S Diteruskan

Susulan pelaksanaan program panggil semula bagi penggantian komponen muffler motosikal QJMOTOR AX200S.

Model Baru

Yamaha Y16ZR-R Masuk Pasaran Negara - RM10,888

Dari Litar

Qayyim Raih Kemenangan Berganda, Qabil Lengkapkan Kedudukan di Podium

Dua pelumba Malaysia raih podium berganda di pusingan kedua Idemitsu Moto4 Asia Cup.