☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 15 Disember 2023

Aveta Service Corner - Satu Inisiatif Untuk Meningkatkan Pengalaman Pemilikan Motosikal Aveta

Baru-baru ini Aveta Motorcycles Malaysia  memperkenalkan satu inisiatif baru iaitu Aveta Service Corner (ASC) bagi memberikan ketenangan buat para pelanggannya dalam pemilikan motosital jenama tersebut. ASC merupakan salah satu sudut khusus di pusat penjualan motosikal Aveta yang lengkap dengan peralatan khas untuk para mekanik.

"Menerusi ASC, kami mahu pelanggan mempunyai pengalaman pemilikin  yang bagus dengan motosikal Aveta. Kami juga bekerjasama dengan dengan pusat pengedar dan pusat servis yang komited dalam pengetahuan untuk berkerja pada motosikal Aveta, "kata Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Motorcycles Malaysia, En. Steven Lim.

"Pengetahuan adalah satu perkara amat penting buat seorang juruteknik serta penggunaan peralatan yang betul. Di Aveta Service Corner mempunyai semua alat penyelenggaraan untuk membaiki motosikal Aveta," tambahnya.

Bagi memastikan setiap mekanik sentiasa berperestasi dan mempunyai kemahiran yang betul, pihak Aveta menyediakan latihan untuk menyelengara setiap model yang sedia ada. Selain itu, para mekanik juga menerima baju t-shirt, manakala ASC dilengkapi dengan lift motosikal dan laci peralatan yang disediakan oleh Aveta.

ASC pertama dilancarkan menerusi kerjesama bersama Ann Chuan Motor, pengedar sah Aveta yang terletak di Klang. Ini merupakan satu daripada 30 ASC yang turut akan dilancarkan di seluruh Malaysia pada tahun 2024.

Aveta Service Centre merupakan salah satu daripada tiga inisiatif Penjagaan Pelanggan. Manakala dua lagi adalah Mobile Service Fleet yang sudah beroperasi dan dijadualkan pada tahun 2024. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.