☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 Februari 2024

Potongan Harga RM4,000 untuk CMC Regal Raptor 350

Riders Empire Sdn Bhd telah mengumumkan promosi terbaru untuk CMC Regal Raptor 350 dengan pemotongan harga cukup menarik sehingga RM4,000. CMC Regal Raptor 350 ini merupakan sebuah model chopper yang menawarkan rekabentuk sportster penuh bergaya. Harga asas (tanpa insurans & pendaftaran) untuk model ini ialah RM20,669 tetapi kini anda boleh milikinya pada nilai RM16,669 sahaja.

Regal Raptor 350 ini disempurnakan dengan enjin 320cc, 2 silinder, 4 lejang, sistem penyejuk cecair dengan sistem bahan api jenis karburetor yang memiliki hantaran kuasa setinggi 17kW pada 8,000rpm dan tork 22Nm pada 6,500rpm.

Gaya klasik 'old school' memang cukup bergaya dengan beberapa bahagian berwarna krom seperti lampu hadapan, sistem ekzos, rim, bar penyandar, cermin sisi, enjin dan beberapa aksesori lain. Posisi menunggang yang selesa buat penunggang dan pembonceng menjadikan model ini cukup sesuai untuk bersantai dan kembara di laluan-laluan cantik. Chopper ini didatangkan dengan tayar hadapan bersaiz 90/90-21 dan 160/80-16 (belakang) yang dikawal oleh sistem brek jenis cakera di depan dan belakang.

Sistem transmisi 5 kelajuan yang dimiliki oleh Regal Raptor ini cukup lancar dan ia mampu meluncur ke tahap maksimum sehingga 140km/j. Dengan menggunakan rim aloy-aluminium yang ringan, mengawal pergerakan jentera ini memang cukup mudah.

Kunjungi Riders Empire Sdn Bhd di alamat: No:33, Jalan 15/23 Taman Perindustrian Tiong, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor. Ruang pameran dan pusat servis beroperasi setiap hari (kecuali Ahad) dari jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam. RR

Isu Pada

April 2024

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.