☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 4 Mac 2024

Aveta Malaysia Bekerjasama Dengan Eragene ICT - Bekalkan Motosikal Elektrik Buat Warga Universiti

Aveta Malaysia telah bekerjasama dengan Eragene ICT Sdn Bhd bagi membekalkan motosikal elektrik kepada warga universiti. Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) telah dijalankan dalam satu Majlis Sambutan Jubli Emas Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Zamberi Sekawi, Timbalan Naib Canselor, UPM.

Memorandum ini merupakan satu inisiatif Aveta Malaysia dan Eragene ICT dalam merevolusikan pengangkutan bagi memudahkan pelajar bergerak di sekitar kampus dengan lebih mudah dan mesra alam.

Kerjasama antara kedua-dua pihak manandakan satu komitmen dan tanggungjawab untuk memelihara alam sekitar selain memperkasakan inovasi dalam mempromosikan penggunaan teknologi hijau dikalangan komuniti universiti.

Antara motosikal elektrik yang ditawarkan adalah LX02 yang merupakan sebuah model terkini, sesuai untuk kegunaan dalam bandar. Jentera ini dikuasakan oleh motor BOSCH 2050W yang menawarkan penggunaan tenaga lebih efisien. Dengan menggunakan sistem Bateri Dual, jentera dapat mencapai kelajuan sehingga 60km/j dan mampu bergerak pada jarak perjalanan sekitar 150 kilometer dalam satu cas.

Model ini dijana dengan pek bateri jenis lithium-ion 60V satu slot yang memerlukan tempoh 3 jam untuk pengecasan penuh. Antara ciri-ciri lain seperti brek jenis cakera, lampu hadapan LED, paparan meter digital dan berat kosong 71kg.

Kehadiran model ini sebagai sokongan penuh kepada usaha kerajaan untuk memperkenalkan inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik dibawah MARiiCas menerusi pemberian rebat tunai sebanyak RM2,400.

Melalui program ini, Eragene ICT akan berkolaborasi dengan UPM bagi menetapkan infrastruktur pengecasan yang meluas di dalam kampus. Ini memudahkan warga universiti untuk mengecas motosikal elektrik mereka dengan mudah. Hal ini juga bertujuan menyokong keperluan pengangkutan disamping dapat mengurangkan "kebimbangan jarak" pengangkutan harian pelajar. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.