☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Jun 2024

Kempen Derma Darah AMI-Suzuki 2024: Lebih 300 Penderma Hadir

Suzuki Malaysia dan Pusat Darah Negara sekali lagi bekerjasama untuk menganjurkan Kempen Derma Darah 2024 yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan keprihatinan tentang kebaikan menderma darah. Pada masa yang sama, dengan adanya program murni seperti ini, kita dapat membantu menambah belakang darah yang diperlukan.

Dato Jeffrey Lim menyampaikan ucapan perasmian acara Kempen Derma Darah Suzuki 2024.
Dato Jeffrey Lim menyampaikan ucapan perasmian acara Kempen Derma Darah Suzuki 2024.

Tahun ini lokasi penganjuran acara yang tampil dengan tema 'Your Gift of Life' diadakan di Central I-City, Shah Alam dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Pihak Suzuki Malaysia juga tidak melepas peluang ini untuk mengadakan konvoi yang disertai sebanyak 120 buah jentera Suzuki pelbagai model.

Hadir memeriahkan program pada hari tersebut ialah Pengurus Besar & Pengarah Suzuki Malaysia Sdn Bhd, Dato' Jeffrey Lim dan Timbalan Pengarah 2, Pusat Darah Negara, Dr Nor Nazahah bin Mahmud beserta para pegawai tertinggi Suzuki Malaysia.

Pada penganjuran Kempen Derma Darah 2023, sekitar 150 orang penderma telah hadir tetapi jumlah kehadiran meningkat lebih daripada dua kali ganda kepada 350 orang penderma pada kali ini. Tahniah diucapkan buat pihak Suzuki Malaysia dan semua penyumbang yang hadir.

Setiap penderma turut dihadiahkan dengan baju kemeja eksklusif Suzuki dan berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik lain menerusi acara Cabutan Bertuah. RR

Isu Pada

Julai 2024

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.