☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 22 Ogos 2024

BMW S1K Mega Gathering 2024 - Himpun 430 Peserta

Pada awal bulan Ogos yang lalu, BMW S1K Malaysia memeriahkan dunia permotoran dengan menganjurkan BMW S1K Mega Gathering 2024 yang berlangsung di Le Chavelier Ballroom, Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang.            

Program ini berjaya menghimpunkan lebih 430 peserta termasuklah penunggang model ikonik seperti BMW S 1000 RR, BMW M 1000 RR, BMW S 1000 R, BMW M 1000 R dan BMW HP4 bersama rakan niaga, pengedar serta penaja yang dihormati.

BMW S1K Mega Gathering menampilkan keseronok bermotosikal. Selain itu, para peserta juga disajikan dengan sesi tunggang uji eksklusif model elektrik BMW Motorrad iaitu BMW CE 02 dan BMW CE 04.

Perhimpunan yang dijalankan selama satu hari ini bukan sahaja bertujuan memperlihatkan komitmen BMW Group Malaysia terhadap prestasi dan inovasi dalam segmen motosikal premium, tetapi menawarkan peluang buat peserta untuk merasai masa depan mobiliti bandar.

Program dimulakan dengan mesej menerusi paparan video oleh juara dunia pelumba motosikal dari Turki yang merupakan pelumba untuk pasukan Rokit BMW Motorrad WorldSBK Team di Kejohanan Superbike Dunia (WSBK), Toprak Razgatlioglu. Apa yang membanggakan, beliau telah mencipta sejarah dan merupakan satu-satunya pelumba yang merekodkan kemenangan sebanyak 13 kali berturut-turut dengan menunggang jentera BMW M 1000 RR dalam kejohanan tersebut.

Selain itu, acara kemuncak perhimpunan ini mambawakan penampilan istimewa iaitu Azlan Shah Kamaruzaman, pelumba motosikal Grand Prix profesional Malaysia yang bersaing di FIM Asia Road Racing Championship (ARRC) di kelas ASB1000 menggunakan BMW S 1000 RR.

Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, En. Benjamin Nagel, "BMW S1K Mega Gathering 2024 menekankan komitmen kami untuk Make Life A Ride, di samping memupuk komuniti motosikal yang bersemangat. Selain mengenai keakraban dan minat bersama tentang keterujaan di jalan raya dan litar lumba, melalui perhimpunan ini para peserta juga dapat meraikan warisan luar biasa motosikal lasak yang premium. Pada masa yang sama, kami juga mengambil peluang untuk menonjolkan semangat perintis model elektrik kami agar dapat membawa semangat pengembaraan di masa hadapan." RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).