☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 27 Ogos 2024

Karnival Yamaha GEN BLU Cipta 2 Rekod dalam Malaysia Book of Records

Karnival Yamaha GEN BLU kembali lagi menemui para pencinta dua roda pada 24 Ogos lalu, kali ini bertempat di Bandar Medini Iskandar Puteri, Johor. Acara yang cukup meriah ini dianjurkan oleh Hong Leong Yamaha Motor dengan tujuan untuk meraikan sokongan semua pelanggan dan rakan industrinya melalui falsafah 1C5S (Customer-first, Sales, Service, Spare Parts, Society and Safety).

Dari kiri: En. Hoo Wan Tim, Profesor Dato’ Dr Jim Khor Mun Wei, En. Taketoshi Takabayashi dan En. Teo Ming Wei menyempurnakan perasmian Karnival GEN BLU 2024.
Dari kiri: En. Hoo Wan Tim, Profesor Dato’ Dr Jim Khor Mun Wei, En. Taketoshi Takabayashi dan En. Teo Ming Wei menyempurnakan perasmian Karnival GEN BLU 2024.

Karnival yang memasuki edisi kelima itu dirasmikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Berhad, Profesor Dato’ Dr Jim Khor Mun Wei bersama Pengarah HLYM, Encik Taketoshi Takabayashi, Pengurus Besar Penjenamaan & Pemasaran HLYM, Encik Hoo Wan Tim dan Pengurus Besar 3S HLYM, Encik Teo Ming Wei.

Pelbagai acara telah disediakan untuk para pengunjung, antaranya ialah Peraduan Best Custom Yamaha, Persembahan Artis (Amir Masdi & Ara Johari), Menunggang Uji Model Yamaha, Cabutan Bertuah, Pelancaran Motosikal, Promosi Pakaian Yamaha, Rock Climbing, Flying Fox dan lain-lain.

Kemuncak karnival itu ialah pelancaran model terbaru Yamaha PG-1 (Playful Gear 1) yang dinanti-nantikan. Sesuai dengan slogannya, “Be Free, Be You!”, PG-1 didatangkan dengan rupa lasak lagi klasik dan mudah disesuaikan dengan aksesori yang direka khasnya. HLYM juga menjemput Boss James untuk memeriahkan lagi majlis pelancaran minuman tenaga baru, GEN BLU Energy Drink.

Yamaha PG-1 dilancarkan ke pasaran negara.
Yamaha PG-1 dilancarkan ke pasaran negara.
Majlils pelancaran minuman tenaga GEN BLU.
Majlils pelancaran minuman tenaga GEN BLU.

Penganjuran Karnival Yamaha GEN BLU tahun ini juga telah memasuki Malaysia Book of Records menerusi dua rekod iaitu Perhimpunan Motosikal Satu Jenama Terbesar di Malaysia dengan kehadiran 16,008 orang penunggang motosikal. Rekod kedua pula ialah untuk Konvoi Motosikal Wanita Dengan Jarak Paling Jauh.

Duta Dewi Yamaha, Ms Ahirine 'berbaju merah' bersama-sama pegawai tertinggi HLYM.
Duta Dewi Yamaha, Ms Ahirine 'berbaju merah' bersama-sama pegawai tertinggi HLYM.

Persembahan Amir Masdi memang cukup padu!
Persembahan Amir Masdi memang cukup padu!

Rekod kedua tersebut dicapai oleh Konvoi Jelajah Semenanjung Dewi Yamaha yang dijayakan oleh 10 penunggang motosikal yang mencabar diri dan jentera untuk perjalanan hampir ke seluruh semenanjung negara sejauh 2,518 kilometer. Kehadiran kesemua Dewi-Dewi Yamaha diketuai Ahirine Ahirudin menerima tepukan gemuruh atas keazaman mereka itu. Tahniah diucapkan. RR

Isu Pada

Oktober 2024

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.