☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 25 September 2024

Tangani Gelaja Lumba haram: Polis minta orang ramai tularkan kereta, motosikal yang diubah suai

SUNGAI PETANI: Polis Kedah meminta bantuan orang awam mengambil gambar kenderaan yang diubah suai dan menularkannya di media sosial sebagai salah satu usaha mengekang kes lumba haram dan 'mat rempit' atau samseng jalanan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata isu lumba haram dan samseng jalanan sudah lama berlaku dan ia memerlukan penglibatan semua pihak untuk menanganinya.
"Saya minta warga Kedah, sila ambil gambar jika ternampak kenderaan sama ada kereta atau motosikal, malah basikal juga... jika motosikal diubah suai dan tidak mengikut spesifikasi, tayar sotong, brek dibuang, karburator dinaik taraf untuk merempit, ambil gambar... tularkan.

"Jika kenderaan ini berada di jalan raya... ambil gambar, polis akan mengesan mereka sehingga ke rumah," katanya pada Sidang Media Pelupusan Barangan Narkotik dan Kes Trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini, pada Selasa lalu.

Tambahnya, arahan penguatkuasaan telah dikeluarkan di semua IPD di negeri ini khususnya bahagian trafik dan jabatan lain yang berkenaan.

"Kita nak tangani itu ini bersama... tak mahu ada kereta atau motosikal terutamanya yang diubah suai kerana ia bukan hanya membahayakan nyawa penunggang, malah orang awam.

"Kita harap dengan kerjasama semua pihak, orang awam dan pihak berkuasa," katanya.

Sementara itu, Datuk Fisol berkata sebanyak 330 barang rampasan termasuk 242 ekzos, 77 'swing arm' dan lima karburator yang disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan, dilupuskan hari ini berdasarkan arahan pelupusan di bawah Seksyen 407 Kanun Prosedur Jenayah.

"Keseluruhan bahan rampasan pada tahun ini berjumlah 1,412 barang, namun pada 11 Julai lalu, sebanyak 302 barang telah dilupuskan selepas mahkamah menjatuhkan hukuman dan mengeluarkan arahan pelupusan.

"Bagi kes narkotik pula, sejumlah RM2.9 juta nilai keseluruhan pelbagai jenis dadah, membabitkan 2,826 kertas siasatan... pelupusan akan dibuat esok oleh sebuah syarikat lantikan kerajaan di Negeri Sembilan," katanya.

Katanya lagi, pelupusan barangan rampasan bagi kes trafik dan narkotik ini merupakan kes bagi tahun 2013 sehingga tahun 2022. RR

Sumber: https://www.astroawani.com

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.