☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 23 Disember 2024

Usaha Berterusan Honda Bersama UN Road Safety Fund (UNRSF) Bagi Meningkatkan Keselamatan Jalan Raya Global

Berita Global - Honda merupakan satu-satunya pengeluar kenderaan yang pertama menjalinkan kerjasama dengan UN Road Safety Fund (UNRSF) dalam usaha berterusan untuk meningkatkan keselamatan jalan raya global.

Kolaborasi di antara kedua-dua pihak ini adalah dalam usaha menangani krisis keselematan jalan raya global yang memberi tumpuan untuk mengurangkan separuh kematian dan kecederaan terutama di negara-negara berpendapatan rendah mahupun sederhana di mana lebih dari 92% kemalangan yang direkod setiap tahun.

"Keselamatan merupakan misi utama kami di Honda. Menerusi kerjasama ini dapat memperkukuhkan lagi dedikasi kami untuk membawakan pengalaman jalan raya yang lebih selamat buat para pengguna jalan raya. Kami melihat usaha ini merupakan salah satu tanggungjawap sosial yang harus ditangani dan menyasarkan pengurangan sebanyak 50% kadar kematian akibat kemalangan jalan raya menjelang 2023," kata En. Hideaki Takaishi, Pengurus Besar/Ketua Jurutera Eksekutif Keselamatan Bahagian Perancangan, Honda Motor Co., Ltd.

"Kami amat mengalu-alukan kehadiran Honda sebagai pengeluar kenderaan yang pertama menyertai UNRSF untuk meningkatkan keselamatan jalan raya. Mereka akan membantu kami dalam usaha menyelamatkan nyawa di negera yang sedang membangun. Honda merupakan contoh penting untuk sektor swasta bagi menangani krisis keselamatan jalan raya global," kata En. Nneka Henry, Ketua UN Road Safety Fund (UNRSF). RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.