Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 31 Disember 2024

Aksesori Motosikal Bernilai Lebih RM400,000 Dilupuskan di Kedah

ALOR SETAR - Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah melupuskan 1,235 barangan kes bernilai lebih RM400,000 membabitkan pelbagai aksesori motosikal yang dirampas sepanjang tahun ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kedah, Superintenden Abdel Nasser S. Salleh berkata, kesemua barangan kes merupakan rampasan daripada operasi dijalankan JSPT bersama lain-lain penguatkuasaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah menerusi operasi khas motosikal dan operasi samseng jalanan.

Menurutnya, keseluruhan barangan disita membabitkan item yang diubah suai pemilik atau penunggang motosikal sebanyak 6,168 barang kes.

“Sebanyak 1,235 barangan kes dari keseluruhan 6,168 item dirampas telah dilupuskan dalam tiga fasa yang dijalankan dalam tahun ini.

“Pelupusan melibatkan item seperti ekzos, lengan ayun, enjin, karburator, unit kawalan elektronik (ECU) dan tayar yang tidak mengikut spesifikasi atau diubah suai,” katanya dalam sidang akhbar di IPK Kedah pada Selasa.

Abdel Nasser berkata, kebanyakan komponen yang disita merupakan ekzos dan lengan ayun yang membabitkan sebanyak 3,286 unit ekzos dan 2,178 unit lengan ayun.

“Dalam fasa ketiga ini, kita melupuskan 585 item rampasan melibatkan 445 unit ekzos, 128 unit lengan ayun, empat unit karburator, dua ecu dan enam lain-lain komponen yang mendapat arahan pelupusan daripada Majistret di bawah seksyen 407 Kanun Prosedur Jenayah menerusi kaedah pelupusan menggunakan penggelek jalan,” ujarnya.

Menurutnya, proses pelupusan dilaksanakan mengikut panduan piawaian untuk memastikan kepatuhan undang-undang serta peraturan ditetapkan.

“Item selebihnya yang disita masih menunggu keputusan daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan mahkamah.

“Antara kesalahan sering dilakukan ialah mengubah suai ekzos iaitu kesalahan di bawah kaedah 103 penyelenggaraan penyenyap. Selain kesalahan ubah suai struktur dan kelengkapan seperti karburator dan ecu iaitu kesalahan di bawah kaedah 34 kaedah-kaedah kenderaan bermotor 1987.

“Pemilik motosikal juga boleh dipersalahkan di bawah kaedah 94 kaedah-kaedah kenderaan bermotor 1987 sekiranya tidak memasang peti pada rantai motosikal,” jelasnya.

Abdel Nasser berkata, penguatkuasaan menyita kenderaan yang dilakukan bukan berhasrat menyusahkan mana-mana pihak sebaliknya aspek keselamatan perlu diberikan keutamaan.

"Pemilik boleh menuntut kembali motosikal yang disita dalam tempoh 24 jam dengan syarat memasang semula aksesori asal," katanya.

Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya agar tidak terlibat dengan aktiviti rempit kerana ia membahayakan diri sendiri selain mengganggu ketenteraman awam.

“Kesalahan rempit atau samseng jalanan adalah kesalahan serius dan boleh dihukum di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

“Ia juga boleh disabitkan bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu atau menunggang dengan gopoh di jalan awam atau bawah Seksyen 81(3) APJ 1987 bagi kesalahan sekatan ke atas pertandingan dan ujian kelajuan,” jelasnya.

Menurutnya, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih RM15,000 bagi kesalahan di bawah Seksyen 42(1) APJ.

“Saya ingin mengingatkan semua pengguna jalan raya agar mengikut undang-undang ditetapkan selain menggunakan aksesori kenderaan mengikut piawaian ditetapkan.

“PDRM tidak akan berkompromi dalam membendung kegiatan rempit malah kita akan mengesan pemilik motosikal yang diubahsuai sehingga ke rumah atau tempat kerja,” katanya.

Abdel Nasser berkata, pemeriksaan di bengkel-bengkel yang dikenal pasti melakukan pengubahsuaian motosikal secara tidak sah juga digiatkan. RR

sumber: https://www.sinarharian.com.my/

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

Program Penggantian Muffler QJMOTOR AX200S Diteruskan

Marshal Moto Bakal Masuk Pasaran Negara

KARNIVAL GENBLU YAMAHA 2026

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R2 Diperkenalkan Untuk Pasaran India

Yamaha Motor India secara rasmi melancarkan YZF-R2 sebagai model baharu dalam keluarga R-Series.

Brixton Moucca 250 & ARIIC TOUCH 250 Sudah Berada di Pasaran

Skuter gaya retro, Brixton Moucca 250 dan skuter maksi moden,, ARIIC TOUCH 250 kini telah rasmi berada di pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dilihat semakin hampir membawa masuk Yamaha YZF-R9 ke dalam pasaran Malaysia.

Model Baru

MODA Sporter S SKII Tampil Dengan Beberapa Ciri Pembaharuan

MODA Sporter S SKII dilancarkan dengan pelbagai ciri pembaharuan.