☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 23 Februari 2025

ZEEHO AE4 Tersenarai Dalam Program MARiiCas - Terima Rebat Sehingga RM2,400

Pada tahun 2024 yang lalu, CFMOTO Malaysia telah mengumumkan ketibaan ZEEHO AE4 ke dalam pasaran negara pada harga asas RM6,999 (tanpa insurans & cukai jalan).

Oleh itu, sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk menggalakkan penggunaan EV di Malaysia, ZEEHO AE4 telah tersenarai dalam program MARiiCas (Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik). Pemohon yang berkelayakan akan menerima rebat sehingga RM2,400.

Menerusi rebat ini, harga asas bagi skuter elektrik itu akan menjadi RM4,599 berbanding dengan harga yang asal.

Skuter elektrik ini menampilkan rekabentuk yang futuristik dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Helios Orange, Nebula White dan Velocity Gray. ZEEHO AE4 hadir dengan kuasa elektrik 1.6kW yang boleh menjana sehingga 3kW. Dengan menggunakan pek bateri lithium 74V 27Ah, jentera ini boleh bergerak sekitar 63 kilometer.

Untuk pengecasan pula hanya mengambil masa 5.5 jam dari 0% hingga 80%. Antara ciri-ciri yang ada seperti fungsi pengawasan motosikal menerusi aplikasi ZEEHO Ride, mod tunggangan (Eco & Sport),  ABS, Cruise Control, Over-The-Air (OTA), sistem On-Board Diagnostic (OBD), teknologi NFC dan meter LCD.

Kepada mereka yang berminat memiliki ZEEHO AE4 dengan potongan rebat, pemohon boleh mendaftar dalam Program MARiiCAS di https://insentif.marii.my/mariicas atau kunjungi pengedar sah ZEEHO di seluruh Malaysia.

Setiap pembelian model ini, pemilik akan menerima waranti pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalan 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.