☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 9 Julai 2025

Acara Penyerahan Motosikal Terbesar di Malaysia Bersama AVETA

Aveta Malaysia, dengan kerjasama pengedar sahnya CKT Motor, telah melakar sejarah pada 5 Julai lalu dengan menganjurkan acara penyerahan motosikal terbesar dalam sejarah negara, yang secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book of Records.

Dalam acara bersejarah yang berlangsung di Seberang Perai, Pulau Pinang ini, sebanyak 168 unit motosikal Aveta terdiri daripada model Vanguard 250 dan Nova 160 telah diserahkan kepada para pemilik baru mereka. Majlis ini menjadi penanda aras penting dalam perkembangan Aveta, sekali gus membuktikan pertumbuhan pesat jenama ini serta sambutan hangat terhadap model-model terbarunya.

Sejak dilancarkan pada awal tahun ini, Vanguard 250 yang berada dalam kategori Adventure Touring Crossover – ATC dan Nova 160 (skuter komuter urban) telah mencatatkan lebih daripada 10,000 tempahan di seluruh negara. Ini juga merupakan bukti kukuh terhadap keyakinan dan pengaruh Aveta dalam industri dua roda di Malaysia.

“Hari ini bukan sekadar acara penyerahan motosikal, tetapi juga satu perayaan semangat inovasi, komuniti, dan misi Aveta untuk menetapkan penanda aras baharu dalam industri dua roda negara,” kata Steven Lim, Pengarah Urusan Kumpulan Aveta. “Kami berbesar hati dapat berkongsi detik bersejarah ini bersama para penunggang, pengedar dan rakan kongsi yang telah menjadi sebahagian daripada kejayaan Aveta.”

Turut hadir dalam majlis ini ialah YB Dato’ Haji Rashidi Bin Zinol, EXCO Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan & Luar Bandar Negeri Pulau Pinang, serta beberapa pemimpin kerajaan dan komuniti yang lain. Kehadiran mereka mencerminkan kepentingan pencapaian ini – bukan sahaja untuk Aveta, tetapi juga untuk industri automotif Malaysia secara keseluruhannya.

Kejayaan ini turut memperkukuhkan komitmen Aveta untuk terus menghasilkan motosikal yang berkualiti tinggi, berprestasi dan boleh dipercayai, di samping terus membina komuniti penunggang yang semakin berkembang di seluruh negara.

Meneruskan momentum ini, Aveta juga komited dalam aspek sokongan selepas jualan dan kepuasan pelanggan. Dengan rangkaian pengedar, pusat servis, dan stokis yang semakin meluas di seluruh negara – serta kejayaan program perkhidmatan Aveta Care on Wheels yang menawarkan servis dari pintu ke pintu – para pemilik Aveta kini boleh menikmati pengalaman pemilikan yang lebih mudah dan tanpa keraguan. RR


Popular

  • Model Baru

    Morbidelli T802 2027 Tampil Dalam 3 Varian

  • Warta Roda

    Voge SR450X Sudah Berada Di Pengedar Mforce Seluruh Negara

  • Model Baru

    Zontes 552G Bakal Meriahkan Rangkaian Skuter Adventure di Malaysia Tahun Hadapan

  • Model Baru

    SUZUKI SV-7S: Pengganti SV650 Yang Dinanti-nantikan?

  • Model Baru

    Zontes 552S Bakal Perluaskan Rangkaian Skuter Maksi Di Malaysia

Artikel berkaitan

Voge SR450X Sudah Berada Di Pengedar Mforce Seluruh Negara

SYM Tampilkan Skuter Konsep Dengan Teknologi Turbo 'MAXSYM TURBO'

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Zontes 552G Bakal Meriahkan Rangkaian Skuter Adventure di Malaysia Tahun Hadapan

Zontes bakal memperluaskan penawaran skuter berkapasiti besar di Malaysia menerusi pengenalan skuter adventure baharu iaitu Zontes 552G.

Model Baru

Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

Yamaha perkenalkan pula adik RW700 iaitu RW350 yang lebih mesra pengguna.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.