☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 15 Julai 2025

Pelajar UNIPSAS Maut Motosikal Bertembung Ambulans

Kuantan: Dua mahasiswa Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS) maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah ambulans swasta di persimpangan lampu isyarat Jalan Gambang berhampiran SMK Paya Besar di sini, hari ini.

Kredit Foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit Foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

Mangsa, Muhammad Zuhair Rifqi Abdul Jalil, 22, dan Muhammad Firdaus Mohammad Zamri, 21, disahkan meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 11 pagi itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu membabitkan sebuah motosikal dengan ambulans yang dalam perjalanan membawa pesakit dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

"Ambulans itu yang memasang siren, cuba membelok ke kanan di simpang lampu isyarat sebelum dirempuh motosikal mangsa.

"Penunggang motosikal maut di tempat kejadian, manakala pembonceng dikejarkan ke HTAA sebelum disahkan meninggal dunia di zon merah hospital," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Kredit Foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit Foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

Menurutnya, pemandu ambulans berusia 49 tahun dan pembantunya yang berusia 43 tahun mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan di HTAA.

Mohd Adli berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan beliau meminta mana-mana saksi untuk tampil bagi membantu siasatan.

Sementara itu, UniPSAS dalam hantaran di Facebook, menzahirkan dukacita atas pemergian dua penuntutnya dalam kemalangan tragis itu.

"Zuhair Rifqi ialah penuntut Diploma Pengajian Quran dan Sunnah manakala Firdaus sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Pentadbiran Kehakiman. Kedua-duanya amat meminati ilmu agama dan hafaz 30 juzuk al-Quran," menurut hantaran itu. RR

sumber: http://www.hmetro.com.my

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.