☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 23 Julai 2025

Petrol RON95 Turun Kepada RM1.99 Seliter

Kerajaan mengumumkan penurunan harga minyak RON95 daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter untuk rakyat Malaysia melalui subsidi bersasar yang akan dilakukan pada penghujung bulan September 2025.

Langkah ini menyasarkan lebih 18 juta pengguna tempatan iaitu kereta dan motosikal termasuk belia seawal 16 tahun dan pekerja gig yang menggunakan MyKad sebagai pengesahan identiti.

Penurunan harga sebanyak 6 sen seliter itu mungkin kelihatan kecil namun memberi impak kepada rakyat terutama golongan B40 dan M40 yang menggunakan kendaraan setiap hari untuk ke tempat kerja serta kegunaan harian.

Langkah ini juga merupakan satu bentuk penstrukturan semula sistem subsidi negara di mana subsidi sebelum diberikan secara pukal dan dinikmati oleh warga asing dan mereka yang berpendapatan tinggi.

Melalui inisiatif ini hanya rakyat Malaysia yang layak akan menerima manfaat tersebut manakala warga asing perlu membayar harga pasaran yang dianggarkan sekitar RM2.50 seliter.

Penurunan harga RON95 kepada RM1.99 seliter boleh dianggap sebagai salah satu langkah positif atas keperihatinan kerajaan kepada kebajikan rakyat Malaysia. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.