☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 30 Oktober 2025

Aveta Nova 160 Signature Edition (SE) Dilancarkan

Aveta Malaysia terus memperkukuhkan kedudukannya dengan memperkenalkan skuter Aveta 160 Signature Edition (SE). Menurut pihak Aveta, model ini merupakan versi yang dinaik taraf dari Nova 160. 

Nova 160 SE menampilkan ciri baharu seperti Sistem ABS dua saluran dan Traction Control (TCS), menawarkan tahap keselamatan serta kestabilan lebih tinggi dalam pemanduan harian. Penambahbaikkan ini juga selaras dengan peraturan baru Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) di mana kesemua motosikal atas 150cc wajib menggunakan sistem ABS bermula tahun 2025.

Selain peningkatan sistem keselematan, model ini turut menampilkan rekacorak baharu yang didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu Teal Green, Copper Blaze dan Dark Blue. Walaubagaimanapun dari segi enjin masih sama yang menggunakan enjin 154.4cc, sistem sejukan cecair yang menghasilkan hantaran kuasa setinggi 15.8hp pada 8,500rpm dan tork 14.7Nm pada 6,500rpm.

Kelengkapan lain adalah tinggi pelana 778mm, tayar hadapan 100/80-14, tayar belakang 120/70-14, brek-brek cakera, fork teleskopik, penyerap berkembar dengan sub-tank di belakang, soket USB, meter digital, Idling Stop (ISS) dan tangki bahan api 10 liter.

 Aveta 160 Signature Edition (SE) di tawarkan pada harga promosi RM8,088.00 sehingga Disember 2025 (harga biasa RM8,388.00, tidak termasuk insurans dan cukai jalan). Untuk maklumat lanjut, layari http://www.aveta.com.my atau ikuti Aveta Malaysia di Facebook dan Instagram. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).