☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 November 2025

Dua Motosika Yamaha MT-15 Perkuat Tugas Polis Bantuan UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjong Malim, menyerahkan dua buah motosikal jenis Yamaha MT-15 kepada Polis Bantuan UPSI untuk memperkukuh lagi tahap kesiapsiagaan serta meningkatkan keupayaan operasi keselamatan di seluruh kawasan kampus.

Majlis penyerahan yang berlangsung di Bangunan Canselori UPSI disempurnakan oleh Pendaftar UPSI, YBrs En. Helmi Zaifura Abdul Rahman, dan diterima oleh ASP/PB Mohd Fairuz Mislan yang mewakili Polis Bantuan UPSI.

YBrs En. Helmi Zaifura -lima dari kanan- menyerahkan replika kunci motosikal Yamaha MT-15 kepada ASP/PB Mohd Fairuz Mislan -empat dari kanan- sebagai tanda rasmi penyerahan kenderaan tersebut .
YBrs En. Helmi Zaifura -lima dari kanan- menyerahkan replika kunci motosikal Yamaha MT-15 kepada ASP/PB Mohd Fairuz Mislan -empat dari kanan- sebagai tanda rasmi penyerahan kenderaan tersebut .

Penyerahan motosikal tersebut mencerminkan komitmen berterusan UPSI dalam mempertingkatkan keberkesanan operasi keselamatan, sekali gus memastikan kampus kekal sebagai persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif.

“Sokongan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan universiti dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang harmoni demi kesejahteraan seluruh warga UPSI,” kata YBrs En. Helmi Zaifura Abdul Rahman

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Polis Bantuan atas profesionalisme dan dedikasi mereka dalam memastikan keselamatan kampus sentiasa terpelihara, selain berpeluang mencuba sendiri motosikal berkenaan bagi menilai aspek keupayaan dan keselesaan kenderaan tersebut dalam operasi lapangan.

YBrs En. Helmi Zaifura ketika cuba menunggang motosikal Yamaha MT-15 yang baharu diterima.
YBrs En. Helmi Zaifura ketika cuba menunggang motosikal Yamaha MT-15 yang baharu diterima.

Menurut  ASP/PB Mohd Fairuz Mislan, "Penambahan aset baharu ini akan meningkatkan kecekapan serta kesiapsiagaan anggota dalam melaksanakan rondaan keselamatan dan kawalan trafik di sekitar universiti. Kami amat menghargai sokongan berterusan pihak universiti dalam memperkukuh kelengkapan dan keupayaan operasi keselamatan kampus."

Majlis turut dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi Universiti, En. Saiduri Dolah, serta wakil-wakil pengurusan Pentadbiran UPSI.

Inisiatif ini sekali lagi membuktikan komitmen UPSI dalam mengekalkan standard keselamatan yang tinggi di kampus, selaras dengan aspirasi universiti untuk menerajui kebitaraan dalam bidang pendidikan serta kebajikan warganya. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.