Model-Model Kembara di bawah Mforce Yang Bakal Masuki Pasaran 2026
Selamat Menyambut Tahun 2026 dan pihak Mforce Bike Holdings telah pun mempertontonkan beberapa model baru ketika RR membuat liputan di China dan Vietnam baru-baru ini. Berikut adalah jenama dan model-model yang bakal berada di pasaran negara tahun depan.

MOTO MORINI- Tiga model ditawarkan yang berkuasa dari 450cc hingga 1200cc
Allthrike 450: disempurnakan dengan enjin 449cc, kembar parallel, sistem penyejuk cecair, DOHC 4 lejang yang menghasilkan kuasa 44hp padfa 8,500rpm dan tork 42Nm pada 6,500rpm dengan kelajuan maksimum sekitar 150km/j.


Ciri-ciri menarik:
- Lampu-lampu LED.
- Tangkinya bersaiz 18.5 liter
- Tinggi pelana 847mm
- Berat 170kg

- Sistem brek jenis cakera (320mm depan / 255mm belakang) beserta ABS dwi saluran
- Harga: RM28,888.
X-Cape 700: Model X-Cape 650 sememangnya terkenal di pasaran negara dan dari segi prestasi pula, kemantapan model 650 itu telah dibuktikan bukan sahaja di jalanan biasa malah pernah memenangi perlumbaan lasak termasuk di Rimba Raid. Okay, model baru hadir dengan enjin 693cc, silinder kembar parallel, 4 lejang, sistem penyejuk cecair yang berkuasa 70hp dan tork 68Nm.


Ciri-ciri menarik:
- Integrated navigation
- Sistem Slipper clutch
- Brek-brek Brembo beserta sistem ABS
- Pelindung tangan dan pengadang angin boleh laras

- Fork hadapan USD jenis Marzocchi
- Penyerap hentak tunggal di bahagian belakang.
- Harga: RM33,888

X-Cape 1200: Model paling premium dan paling besar dalam siri X-Cape. Kami sempat juga (tidak lama) menunggang uji model ini ketika di China dan sememangnya ia adalah sebuah jentera kembara yang sempurna. Enjin 1,187cc Costa Corsa V2 yang berkuasa 129hp dan tork 106Nm yang sudah pasti memberi kenikmatan buat para pencinta dunia kembara dua roda.


Ciri-ciri menarik:
- Sistem pencahayaan LED
- Panel meter TFT dengan sistem sambungan telefon pintar & navigasi

- Sistem elektronik terkini: Autocruise, Quick Shifter, Slipper Clutch, Mod Tunggangan, Traction Control, Radar Titik Buta, Lampu Belokan, Pengecas USB, Pemanas pelana dan kamera dash
- Harga: RM49,888.
CFMOTO:


CFLite 250 Dual dikatakan akan dilancarkan ke pasaran negara pada suku pertama tahun 2026. Jentera dual-purpose ini disempurnakan dengan enjin 249cc silinder tunggal, 4 lejang, sistem sejukan cecair yang berkuasa 18kW dan tork 22.5Nm. Kami sempat menunggang uji di kilang CFMOTO dan memang best...memang fun!
Ciri-ciri menarik:
- Lampu LED
- Saiz tangki: 13 liter
- Panel meter: digital
- Sistem brek: cakera + ABS
- Kelegaan tanah: 245mm
- Tinggi pelana: 840mm
- Harga: dijangka bawah RM10,000
1000MT-X merupakan model flagship terbaharu dalam keluarga MT, jentera ini menggunakan enjin 948.2cc parallel twin, DOHC dengan sistem penyejuk cecair yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 83kW (111hp) dan trok sekitar 105Nm.

Sebagai sebuah jentera adventure, model ini dilengkapkan dengan saspensi hadapan dan belakang jenis KYB boleh laras serta brek cakera berkembar 320mm jenis Brembo di hadapan manakala di belakang menggunakan brek cakera tunggal 230mm. Tayar hadapan 21 inci, tayar belakang 18 inci, pelananya juga boleh dilaras dengan ketinggian 830 hingga 870mm dan cermin penghadang angin juga jenis laras.


Ciri-ciri menarik:
- Panel meter TFT 8-inci
- Cruise Control, Sistem TPMS, Cruise Control, Traction control, Cornering ABS dan Mod tunggangan.
- Pemanas pendikit & pelana

- Berat: 222kg (paling ringan dalam kelasnya)
- Harga: dijangka bawah RM60,000
MORBIDELLI: 3 model advanture

T502X merupakan model adventure bersaiz pertengahan yang direka untuk pengembaraan yang turut mampu menyusuri laluan-laluan lasak. Model ini didatangkan dengan enjin 486cc dua silinder selari yang menghasilkan 46.94hp pada 8,500rpm dan tork 45Nm pada 6,750rpm.

Ciri-ciri menarik:
- Tangki bahan api 18 liter
- sistem ABS dua saluran
- pelindung enjin


- lampu-lampu LED + lampu kabus
- Fork hadapan jenis USD & penyerap hentak tunggal dengan pelarasan preload
- Sistem pertahanan: Brek cakera 300mm (depan), cakera 240mm (belakang),
- Sistem Elektronik: Panel meter TFT 7-inch, Mod tunggangan, Traction Control, TPMS.
- Harga: RM28,888
T252X pula boleh dijadikan antara sebagai pilihan anda tahun ini kerana direka untuk tunggangan harian dan pengembaraan ringan. Hadir dengan enjin 249.5cc dua silinder, DOHC dan sistem penyejuk cecair menghasilkan kuasa 31.51hp pada 11,000 rpm serta tork 21Nm pada 9,500rpm.


Ciri-ciri menarik:
- 3 Mod tunggangan (Standard, Sport dan Off-road).
- Sistem elektronik: Traction Control, TPMS, sistem Moto Connectivity Unit (MCU) untuk navigasi
- Panel meter TFT
- Berat 195 kg
- Isi tangki 16.8 liter

- Sistem brek cakera 300mm (depan) dan 240mm (belakang)
- Fork hadapan jenis terbalik 41 mm
- Penyerap hentak belakang jenis tunggal dengan pelarasan preload
- Harga: RM16,888
T250X adalah merupakan model paling ringan dan mungkin paling popular untuk pasaran negara? Jentera ini dikuasakan dengan enjin 249cc, silinder tunggal, SOHC dengan sistem penyejuk udara yang menghasilkan kuasa maksimum sekitar 22.4hp pada 7,500rpm dan tork 22Nm pada 6,000rpm.

Ciri-ciri menarik:
- Kerangkan double-cradle bertegaran tinggi untuk pengendalian mantap di laluan off-road ringan.
- Fork hadapan jesni terbalik 41mm
- Penyerap hentak tunggal dengan pelarasan preload di belakang.
- Panel meter LCD menegak
- Tangki bahanpi 11.7 liter


- Tinggi pelana 820mm
- Kelegaan tanah 220mm
- Brek cakera 265mm (depan), cakera 220mm (belakang)
- Sistem Traction Control, sistem ABS dan lampu LED.
- Harga RM9,888
Akhir sekali ialah BRIXTON Crossfire 500 STORR yang telah dipertontonkan di Mforce Vietnam bulan lalu. Model kembara ini hadir dengan enjin 486cc, sistem penyejuk cecair, 4 lejang, 2 silinder yang menghasilkan hantaran kuasa 47.6hp pada 8,500rpm dan tork 43Nm pada 6,750rpm.


Ciri-ciri menarik:
- Lampu-lampu LED + Lampu Kabus
- Panel meter LED + Port USB
- Sistem ABS
- Sistem Traction Control


- Berat: 209kg
- Isi tangki: 16 liter
- Tinggi pelana: 795mm
- Brek hadapan jenis cakera 320mm, belakang 240mm jenis J.Juan
- Laju maksimum: 160-170km/j
- Harga: bawah RM30,000
Itulah serba sedikit senarai model-model kembara atau dual-purpose yang bakal dilancarkan oleh Mforce Bike pada tahun 2026 ini. Simpan duit banyak-banyak ya :) RR




