☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 9 Mac 2026

Mforce Perkenal Platform Komuniti Rasmi 'Mforce Experience Club'

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. secara rasmi melancarkan Mforce Experience Club (MEC) yang sebuah platform komuniti digital untuk menghimpunkan pemilik motosikal serta kelab-kelab di bawah rangkaian jenama Mforce di seluruh Malaysia.

Penubuhan MEC ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan antara jenama dan komuniti pengguna. Selain itu, melalui platform ini juga dapat meningkatkan pengalaman pemilikan motosikal melalui pelbagai program eksklusif, aktiviti berskala nasional serta jaringan komuniti yang lebih tersusun.

Pemilik motosikal Mforce juga berpeluang menjadi sebahagian daripada komuniti rasmi yang diiktiraf oleh syarikat. Ia sekali gus membuka ruang kepada penglibatan dalam pelbagai program, acara khas dan aktiviti komuniti yang dianjurkan oleh Mforce.

Antara kelebihan menyertai Mforce Experience Club termasuk:

  1. Komuniti Rasmi - Ahli berada di bawah naungan platform komuniti rasmi yang disokong oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.
  2. Pengalaman Eksklusif - Peluang menerima jemputan ke acara khas serta program terpilih anjuran Mforce.
  3. Jaringan Komuniti Nasional - Menghubungkan pemilik dan kelab motosikal Mforce dari seluruh negara dalam satu platform komuniti bersepadu.
  4. Aktiviti Berskala Besar - Penyertaan dalam pelbagai acara nasional yang memperkukuh identiti serta semangat komuniti motosikal Mforce.

Ahli MEC turut menikmati beberapa faedah tambahan seperti peluang menyertai sesi pratonton model motosikal baharu terpilih, akses kepada promosi khas serta sesi dialog komuniti bersama wakil pihak Mforce.

Terdapat beberapa program utama turut dirancang di bawah inisiatif MEC antaranya Malaysia Bike Week (Acara tahunan terbesar komuniti motosikal jenama Mforce), Track Day Experience (Pengalaman menunggang di dalam litar), Nationwide Ride Series (Siri konvoi mengikut zon), Safety Riding Workshop (Program latihan keselamatan dan teknik tunggangan) serta program Charity Ride & CSR.

Melalui inisiatif ini, komuniti motosikal yang berdaftar di bawah MEC turut menerima pengiktirafan sebagai komuniti rasmi dalam rangkaian Mforce serta berpeluang menyertai pelbagai acara rasmi bertaraf nasional yang dianjurkan oleh syarikat.

Permohonan keahlian boleh dibuat melalui kelab motosikal masing-masing, dan setiap permohonan akan disemak serta disahkan oleh pihak pengurusan Mforce Experience Club sebelum kelulusan diberikan.

Mforce Experience Club komited membangunkan komuniti motosikal yang menitikberatkan aspek keselamatan, disiplin dan profesionalisme, di samping menyatukan pemilik motosikal Mforce di bawah satu identiti komuniti bertaraf nasional. Platform ini boleh diakses melalui https://mforceclub.my/. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.