☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 15 April 2026

YOHE - Jenama Topi Keledar Terbaru Di Pasaran

Hodaka Motoworld Sdn. Bhd. telah memperkenalkan jenama topi keledar terbaru iaitu YOHE Helmets ke pasaran negara baru-baru ini. Nama YOHE mungkin baru untuk para penunggang motosikal di Malaysia tetapi syarikat ini merupakan salah satu pengeluar topi keledar terbesar di dunia dengan menghasilkan lebih daripada 120 jenama OEM, dan sejumlah 4 juta topi keledar setahun.

Helmet YOHE dihasilkan daripada bahan berkualiti tertinggi, serta dilengkapi dengan ciri-ciri terbaik dan telah lulus dalam ujian pensijilan terkini, termasuk standard ECE R22.06 yang ketat, selain DOT, JIS, NBR, dan CCC.

Empat model YOHE yang dilancarkan untuk pasaran negara terdiri daripada 868-2, 886, P4 dan FG102SV.

YOHE 868-2 – RM319.00 (warna solid) / RM339.00 (dengan grafik)

  • Visor tebal 2.2mm dan bersaiz besar yang memanjang ke bawah untuk menutupi seluruh muka. Diperhalusi melalui ujian terowong angin termaju bagi mengurangkan seretan aerodinamik dan tahap bunyi bising

  • Visor matahari dalaman
  • Dibina daripada cangkerang ABS dalam dua saiz - merangkumi XS hingga M dan L hingga XXXL
  • Didatangkan dengan lapisan EPS untuk keselamatan optimum sambil mengekalkan keselesaan dan kesesuaian
  • Memenuhi standard homologasi ECE R22.06
  • Bahagian dalaman hipoalergenik yang boleh ditanggalkan dan dicuci sepenuhnya
  • Gegelang D berganda
  • Saluran untuk pembesar suara interkom Bluetooth

YOHE 886 – RM339.00 (warna solid) / RM379.00 (dengan grafik)

Direka khas untuk pasaran kita, dengan EPS dan lapisan keselesaan yang sesuai untuk bentuk kepala orang Asia.

  • Visor bersaiz besar yang memanjang ke bawah untuk menutupi seluruh muka bagi mengurangkan seretan aerodinamik dan tahap bunyi bising.
  • Visor matahari dalaman
  • Bahagian luar jenis ABS - 2 saiz dari saiz XS hingga XXXL
  • Memenuhi standard homologasi ECE R22.06
  • Bahagian dalaman hipoalergenik yang boleh ditanggalkan dan dicuci sepenuhnya
  • Gegelang D berganda
  • Saluran untuk pembesar suara interkom Bluetooth

YOHE P4 – RM439 (tanpa grafik) / RM479 (dengan grafik)

P4 merupakan kemuncak daripada penyelidikan dan pembangunan selama bertahun-tahun. YOHE mendengar pendapat pelanggan mereka dan menggabungkan ciri-ciri yang bukan sahaja memenuhi piawaian keselamatan antarabangsa malah menangani keperluan untuk aliran udara yang unggul dan keselesaan sepanjang hari semasa menunggang.

  • Disijilkan dengan paiwaian P/J – sebagai helmet gaya muka penuh dan juga jet.
  • Visor tahan calar yang unggul dari segi optik
  • Helmet modular flip-up untuk keselamatan dan kemudahan optimum.
  • Pelindung dagu (chinbar) boleh dikunci dalam posisi terbuka.
  • Sistem pengudaraan termaju dengan bolongan udara masuk dan keluar yang diletakkan secara strategik untuk kawalan aliran udara yang optimum.
  • Visor matahari terbina dalam yang boleh dilaras
  • Dibina daripada cangkerang luar ABS utama dalam dua saiz - merangkumi XS hingga M dan L hingga XXXL.

  • Memenuhi standard homologasi ECE R22.06 yang ketat, memastikan ia mematuhi peraturan keselamatan global terkini dan paling ketat – dihomologasikan E1 di Jerman.
  • Ciri-ciri keselesaan termasuk bahagian dalaman hipoalergenik yang boleh ditanggalkan dan dicuci sepenuhnya.
  • Gegelang D berganda untuk pengunci yang selamat.
  • Saluran bersepadu untuk pembesar suara interkom Bluetooth.

YOHE FG102SV – RM1,199 (Glossy Carbon/Black sahaja)


YOHE FG102SV ialah sebuah topi keledar modular kembara (adventure. Helmet ini dibina menggunakan struktur cangkerang komposit, digabungkan dengan pelbagai lapisan bahan penyerap hentakan.

  • Diperbuat daripada komposit gentian karbon 6K, manakala 'paruh' (peak) dan palang dagu (chinbar) diperbuat daripada ABS bagi mengurangkan berat, sambil memberikan tahap perlindungan yang optimum
  • Helmet ini menampilkan sistem perlindungan pelbagai lapisan, dengan cangkerang luar komposit untuk ketahanan dan rintangan hentakan, digabungkan dengan lapisan EPS (Expanded Polystyrene).
  • Pelindung dagu (chinbar) boleh dikunci dalam posisi terbuka
  • FG102SV disahkan di bawah ECE 22.06, standard motosikal Eropah dan global terkini serta paling ketat.
  • Lapisan dalam ergonomik, dan pelbagai saiz lapisan EPS untuk memuatkan bentuk kepala yang berbeza dengan lebih baik
  • Lapisan dalam boleh ditanggalkan dan dicuci
  • Bukaan visor yang lebar, memberikan penglihatan lebih baik

Topi keledar YOHE boleh didapati di beberapa pengedar sah di kawasan Lembah Klang buat masa ini antaranya Mecinda Racing, NKS Motorsport, Rika Bike Shop, Vamanz Motowear, Soon Heng Bikers dan HODAKA Motoworld. RR

Popular

  • Model Baru

    KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

  • Pandu Uji

    KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

  • Model Baru

    KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

  • Warta Roda

    Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

  • Model Baru

    Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Artikel berkaitan

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.