☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 18 Mei 2026

Kawasaki Velocity Weekend Riding Camp 2026 - Asas Menunggang Di Litar Dengan Betul & Selamat

Kawasaki terus memperkukuhkan komitmen terhadap pembangunan kemahiran penunggang menerusi penganjuran program “Kawasaki Velocity Weekend Riding Camp 2026” yang merupakan satu acara khas yang memberi fokus kepada pendedahan asas tunggangan di dalam litar secara betul dan selamat. Program ini telah dijalankan di Horizon Beranang Circuit Selangor.

Program ini dianjurkan sebagai tempat untuk membantu pemilik motosikal Kawasaki terutama bagi model ninja dan Z bermula 250cc hingga 650cc bagi meningkatkan keyakinan serta kemahiran pengendalian motosikal di atas litar dalam suasana yang terkawal dan selamat. Menariknya, pihak Kawasaki turut memaklumkan bahawa lebih banyak riding camp seumpama ini akan dianjurkan pada masa akan datang dengan yuran penyertaan bersubsidi khas buat pemilik Kawasaki di Malaysia.

Sepanjang program berlangsung, para peserta dan media terlebih dahulu diberikan sesi taklimat keselamatan sebagai langkah wajib sebelum memasuki litar. Sesi ini penting bagi memastikan setiap peserta memahami aspek keselamatan, etika menunggang serta prosedur asas ketika berada di litar.

Peserta kemudiannya didedahkan dengan sesi latihan dan tunjuk ajar bersama tenaga pengajar profesional daripada i-RiDE Academy yang bertanggungjawab mengendalikan modul latihan sepanjang program berlangsung. Berdasarkan program latihan yang diperkenalkan oleh akademi tersebut adalah peserta diberi pendedahan kepada pelbagai teknik asas tunggangan termasuk kawalan motosikal, posisi badan, teknik membrek, kawalan selekoh dan peningkatan keyakinan ketika menunggang di litar.

Selain itu, sesi “guided on-track riding” turut diadakan bagi memberi peluang kepada peserta merasai sendiri pengalaman menunggang di litar bersama tenaga pengajar. Sesi ini membolehkan peserta mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam keadaan sebenar sambil meningkatkan tahap keyakinan ketika menunggang.

Pada hari tersebut, Lexin Malaysia turut mengambil bahagian dengan menyediakan sesi ujian interkom mereka untuk digunakan sepanjang aktiviti di litar, sekali gus menambah pengalaman komunikasi antara penunggang ketika sesi tunggangan berlangsung.

Menurut pihak Kawasaki  Malaysia, masih terdapat lima lagi sesi Kawasaki Velocity Weekend Riding Camp 2026 yang bakal dianjurkan pada 7hb Jun, 8hb Julai, 2hb Ogos, 6hb September dan 20hb Disember 2026. Program ini menawarkan peluang kepada pemilik motosikal Kawasaki untuk meningkatkan kemahiran tunggangan dalam suasana litar yang lebih selamat dan terkawal.

Menariknya, pemilik motosikal Kawasaki yang menyertai program ini di bawah anjuran Kawasaki hanya perlu membayar yuran penyertaan serendah RM300 sahaja (khas untuk pemilik Kawasaki). Harga tersebut jauh lebih rendah berbanding harga asal kursus sehari yang ditawarkan oleh iRide Academy iaitu sekitar RM1,500. Untuk makluman, penyertaan bersama Kawasaki adalah terhad.

Peserta hanya perlu membawa motosikal sendiri manakala kelengkapan menunggangg seperti racing suit turut disediakan bagi mereka yang tidak memilikinya. Ini sekali gus memudahkan lebih ramai pemilik Kawasaki untuk merasai pengalaman latihan tunggangan di litar bersama tenaga pengajar profesional. Untuk maklumat lanjut boleh berhubung di 018-3560601 (En. Roger Chia, i-RiDE Academy). RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.