☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 9 Jun 2026

Ride The ADVenture Bersama Honda ADV160 RoadSync Cipta Pengalaman Bermakna

Kadangkala, spesifikasi atas kertas tidak cukup untuk memberikan gambaran sebenar sesebuah motosikal itu.Oleh itu, pada awal bulan Jun yang lalu Boon Siew Honda (BSH) menganjurkan Ride The Adventure Bersama Honda ADV160 RoadSync pada 3hb hingga 4hb Jun 2026. Program ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada peserta merasai sendiri bagaimana skuter adventure itu beraksi dalam situasi tunggangan sebenar.

Seramai 24 peserta daripada pelbagai latar belakang telah ikuti acara anjuran BSH ini. Selain wakil media permotoran, terdapat juga beberapa nama yang tidak lagi asing dalam sukan permotoran tempatan seperti Khairul Idham Pawi (KIP), Azroy Hakeem, Zaqhwan Zaidi, Helmi Azman dan Syazras. Tidak lupa juga kepada Pengurus Pasukan HONDA CASTROL POWER 1 YUZY RACING, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini serta pelakon tempatan iaitu Ezzrin Loy yang turut hadir memeriahkan suasana.

Seawal jam 7.30 pagi lagi sudah ada peserta yang tiba di ibu pejabat Boon Siew Honda cawangan Kuala Lumpur yang terletak di Kota Damansara. Selepas sahaja kesemua peserta telah tiba, sesi taklimat perjalanan pun bermula pada jam 8.30 pagi sebaik sahaja sesi pendaftaran selesai. Sebelum konvoi berlepas, setiap peserta diberikan interkom FTG F50+ bagi memudakah proses komunikasi sesama rakan ketika menunggang.

Para peserta dibahagikan kepada enam kumpulan iaitu Gagak Tua, Tau Tau Sampai (TTS), YAGE, OVERLANDER, ADVenture Brothers dan G67. Setiap kumpulan dianggotai oleh empat peserta dengan laluan serta tugasan yang telah disusun lebih awal oleh pihak penganjur. Dalam kembara kali ini, wakil RodaRoda telah mengikuti perjalanan bersama kumpulan ADVenture Brothers bagi merasai sendiri pengalaman serta cabaran sepanjang acara berlangsung.

Tepat jam 10.00 pagi konvoi telah dilepaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan BSH En. Kunitomo Asano sebelum bergerak menuju ke hentian pertama di Honda Impian X - SCK Motor Sdn Bhd, Taman Seri Muda, Shah Alam. Perjalanan dari Kota Damansara ke Lebuhraya NKVE yang dipenuhi trafik pagi memberikan peluang untuk merasai kelebihan sebenar Honda ADV160. Dengan ketinggian pelana 780mm, posisi tunggangan yang santai serta bar hendal yang lebar menawarkan kawalan yang mudah dan meyakinkan ketika mencelah di antara kenderaan. Casisnya yang seimbang pula menjadikan tunggangan dalam keadaan sesak lebih selesa dan kurang memenatkan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan BSH, En. Kunitomo Asano merasmikan acara pelepasan konvoi.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan BSH, En. Kunitomo Asano merasmikan acara pelepasan konvoi.

Menariknya, untuk ke setiap destinasi yang telah ditetapkan, para peserta perlu menggunakan sistem sambungan pintar Honda RoadSync. Melalui aplikasi yang dipadankan dengan telefon pintar, penunggang boleh mengakses fungsi navigasi secara terus pada panel meter serta menerima arahan belokan melalui sambungan set komunikasi pada topi keledar. Ciri ini bukan sahaja memudahkan peserta mengikuti laluan konvoi tanpa perlu berhenti untuk menyemak peta, malah menjadikan perjalanan lebih lancar, selamat dan praktikal terutama ketika melalui kawasan bandar yang sibuk.

Enjin eSP+ 157cc satu silinder yang menjadi nadi Honda ADV160 RoadSync menunjukkan karakter yang cukup mesra penunggang sama ada di dalam bandar mahupun di lebuhraya. Setiap kali pendikit dipulas, kuasa tork 14.7Nm yang dihasilkan dapat dirasakan terutama pada putaran RPM rendah dan pertengahan. Ketika diuji di lebuhraya, kami turut mencuba kelajuan maksimum yang mampu dicapai pada skuter ini. Namun begitu, Honda telah menetapkan had kelajuan (cut-off) sekitar 120km/j. Waalaubagaimanapun, ia merupakan satu angka yang masih memadai untuk kegunaan harian.

Sebaik sahaja tiba di Honda Impian X - SCK Motor Sdn Bhd, para peserta perlu menyelesaikan dua cabaran yang telah disediakan. Antaranya ialah misi Pack & Go di mana peserta perlu mengambil pelbagai barangan dari atas meja dan memuatkan ke dalam ruang simpanan bawah pelana ADV160 yang seluas 30 liter. Walaupun kelihatan mudah, peserta hanya diberikan masa lapan minit dan markah akan ditolak sekiranya ruang simpanan gagal ditutup dengan sempurna. 

Misi Pick & Go.
Misi Pick & Go.
Misi Pit Stop.
Misi Pit Stop.
Misi Mix & Match.
Misi Mix & Match.

Cabaran kedua pula adalah Pit Stop serta Mix & Match. Misi ini peserta perlu menjalani ujian mengenal pasti komponen motosikal yang berada dalam keadaan baik atau rosak sebelum meneruskan aktiviti Mix & Match yang memerlukan mereka memadankan simbol dengan ciri-ciri teknologi yang terdapat pada Honda ADV160. Semua tugasan ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi membantu peserta memahami dengan lebih mendalam kelebihan dan teknologi yang ditawarkan oleh model tersebut.

Juadah makan tengah hari di Restoran Dapor Che Lah.
Juadah makan tengah hari di Restoran Dapor Che Lah.
Dari kiri: Azroy Hakeem, KIP, Zaqhwan, Helmi & Ezzrin Loy.
Dari kiri: Azroy Hakeem, KIP, Zaqhwan, Helmi & Ezzrin Loy.
Gelagat para peserta merebut mikrofon untuk menjawab kuiz berkaitan model ADV.
Gelagat para peserta merebut mikrofon untuk menjawab kuiz berkaitan model ADV.

Selepas tamat cabaran di lokasi pertama, konvoi bergerak ke Restoran Dapor Che Lah di Seksyen 13, Shah Alam untuk makan tengah hari sebelum meneruskan perjalanan ke Honda BigWing Damansara (Fast Bikes). Di sini peserta duji melalui kuiz yang mengandungi 26 soalan tentang tiga model popula honda iaitu ADV160, ADV350 dan X-ADV. Memang sangat seronok melihat gelagat para peserta gelak ketawa dan merebut mikrofon untuk menjawap soalan.

En. Mohd Ikhwanul memberikan taklimat keselamatan berkaitan aktiviti di Most Fun Gym.
En. Mohd Ikhwanul memberikan taklimat keselamatan berkaitan aktiviti di Most Fun Gym.
kemampuan Honda ADV160 RoadSync di laluan offroad terbuktik mengagumkan.
kemampuan Honda ADV160 RoadSync di laluan offroad terbuktik mengagumkan.

Checkpoint seterusnya berlangsung di Most Fun Gym, Damansara yang menawarkan kemudahan latihan offroad. Walaupun cabaran membawa air di dalam cawan terpaksa dibatalkan, peserta tetap diberi peluang menguji Honda ADV160 di laluan yang disediakan. Menariknya, meskipun menggunakan tayar standard bersaiz 110/80-14 (depan) dan 130/70-13 (belakang), ADV160 berjaya membuktikan kemampuannya di laluan tidak berturap serta mendaki bukit dengan cermelang. Apa yang penting, penunggang perlu menggunakan teknik tunggangan yang betul untuk memanfaatkan sepenuhnya keupayaan skuter ini.

Glamping @ Wetland Putrajaya (GLOW)

Lewat petang, konvoi tiba di Glamping @ Wetland Putrajaya (GLOW) yang menjadi lokasi penginapan rasmi program selama dua hari satu malam. Perjalanan menuju ke lokasi tersebut turut memberi peluang kepada peserta menikmati keselesaan suspensi Honda ADV160 yang berjaya menyerap kebanyakan ketidaksempurnaan permukaan jalan dengan baik. Saspensi hadapan jenis fork teleskopik berjaya menyerap hentak dangan baik sekali. Untuk sistem penyerap hentak berkembar dengan Sub-Tank jenis Showa di belakang pula mengelakkan ADV160 mudah membuai ketika mengambil selekoh. 



Menjelang malam, semua peserta berkumpul untuk sesi makan malam dan barbeku dalam suasana yang cukup santai. Inilah masanya untuk berkongsi pengalaman, bercerita mengenai cabaran yang dilalui dan membincangkan kelebihan motosikal yang digunakan sepanjang program. Majlis turut diserikan dengan pengumuman pemenang keseluruhan sebelum hadiah disampaikan kepada kumpulan yang berjaya mengumpul markah tertinggi.

Dari kiri: Redz, Syazras, Faiz & Hazmi, kami pasukan ADVenture Brothers.
Dari kiri: Redz, Syazras, Faiz & Hazmi, kami pasukan ADVenture Brothers.

Keesokan paginya, peserta menikmati sarapan bersama sebelum meluangkan masa untuk aktiviti bebas di sekitar Putrajaya. Sebahagian mengambil peluang menikmati suasana pagi di kawasan tasik dan yang lain memulakan perjalanan pulang lebih awal. 

Aspek penjimatan bahan api juga wajar diberikan pujian. Sepanjang perjalanan sekitar 159km yang merangkumi laluan bandar, lebuh raya serta beberapa lokasi persinggahan membuktikan Honda ADV160 RoadSync hanya menggunakan kira-kira satu bar daripada lapan bar bacaan bahan api. Dengan kapasiti tangki bahan api 8.1 liter, angka tersebut jelas membuktikan kecekapan enjin eSP+ yang sememangnya direka untuk menawarkan jarak perjalanan lebih jauh dengan penggunaan bahan api yang minimum. Namun, penggunaan bahan api yang menjimatkan juga bergantung dengan gaya tunggangan seseorang.

Ride The Adventure 2026 bukan sekadar acara konvoi dan pertandingan yang mengejar kemenangan tetapi menjadi tempat terbaik untuk menguji sendiri keupayaan Honda ADV160 RoadSync dalam pelbagai situasi tunggangan sebenar. Pada masa yang sama para peserta juga dapat berkenalan denga rakan-rakan baharu dan merapatkan lagi hubungan silaturahim. Bagi kami Honda ADV160 memang sangat sesuai buat mereka yang mencari sebuah jentera serba boleh sebagai kenderaan harian. Jalan raya boleh... Lauan Offroad ringan pun mantap! RR

Popular

  • Warta Roda

    Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

  • Model Baru

    Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

  • Model Baru

    Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

  • Model Baru

    Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Artikel berkaitan

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.