Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 9 Julai 2026

MODENAS & GIATMARA Bekerjasama Dengan Melancarkan Pusat Servis Motosikal Elektrik

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) dan GIATMARA Malaysia jalinkan kerjasama dengan melancarkan MODENAS Service Plus di GIATMARA Prima Melor, Kelantan. Pusat servis ini diwujudkan bagi menyokong penyelenggaraan motosikal elektrik MODENAS MEV-1 yang digunakan oleh Pos Malaysia disamping memberi pendedahan kepada tenaga teknikal GIATMARA dalam penyelenggaraan motosikal elektrik di persekitaran operasi sebenar.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Zulfikri Osman serta dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Malaysia, Ts. Ahmad Hamdi Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, En Roslan Roskan dan wakil daripada MARA, GIATMARA serta Pos Malaysia. Menurut pidak MODENAS, pembangunan mobiliti elektrik bukan sahaja memerlukan produk berkualiti tetapi perlu disokong oleh tenaga mahir, kemudahan servis yang lengkap dan perkhidmatan selepas jualan yang cekap.

Selain memenuhi keperluan penyelenggaraan armada MEV-1 milik Pos Malaysia, kerjasama ini turut membuka peluang kepada pelatih TVET untuk memperoleh pengalaman praktikal dalam bidang penyelenggaraan kenderaan elektrik yang semakin mendapat permintaan seiring perkembangan industri mobiliti elektrik negara.

GIATMARA Prima Melor yang ditubuhkan pada Januari 2024 menawarkan tujuh bidang latihan termasuk Teknologi Automotif, Teknologi Motosikal dan Motosikal Elektrik. Sehingga kini, pusat latihan tersebut telah melahirkan 878 graduan yang terdiri daripada 294 pelatih sepenuh masa dan 584 peserta kursus jangka pendek serta membantu pembangunan 82 usahawan melalui pelbagai inisiatif keusahawanan.

Selain Kelantan, kerjasama MODENAS dan GIATMARA turut diperluaskan dengan penubuhan tiga lagi pusat servis di Terengganu, Sabah dan Sarawak bagi menyokong penyelenggaraan motosikal elektrik Pos Malaysia di negeri-negeri berkenaan. MODENAS menyediakan latihan teknikal, prosedur servis, standard operasi dan sokongan teknikal berterusan. GIATMARA pula menyediakan tenaga kerja yang mahir, kemudahan bengkel serta sokongan operasi. Skop penyelenggaraan merangkumi servis berkala, pemeriksaan keselamatan, diagnostik, pembaikan serta sokongan teknikal mengikut piawaian industri.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, tenaga pengajar GIATMARA turut menjalani latihan di MODENAS Learning Centre di Gurun, Kedah yang merangkumi pengetahuan tentang produk, prosedur penyelenggaraan, penyelesaian masalah dan latihan praktikal. Pelancaran MODENAS Service Plus ini meneruskan kerjasama yang dimulakan sejak 2023 termasuklah penubuhan Industrial Centre of Excellence (ICoE) bagi Teknologi Motosikal di GIATMARA Pendang untuk memperkukuh lagi pembangunan bakat dan keupayaan penyelenggaraan motosikal elektrik bagi menyokong pertumbuhan sektor mobiliti elektrik di Malaysia. RR

Popular

  • Warta Roda

    Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

  • Warta Roda

    Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

  • Warta Roda

    Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

  • Model Baru

    Cyclone RT5 Tampil Dengan Ciri Premium - Bermula RM16,888

  • Model Baru

    Cyclone RT2S Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia - RM13,888

Artikel berkaitan

Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

Program Penggantian Muffler QJMOTOR AX200S Diteruskan

Marshal Moto Bakal Masuk Pasaran Negara

KARNIVAL GENBLU YAMAHA 2026

Mforce Smartshop Wei Ling Motor Sdn Bhd Sambut Ulang Tahun ke-9

ARIIC GOBI 250 Tiba di Pengedar Mforce Smartshop Seluruh Negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Cyclone RT5 Tampil Dengan Ciri Premium - Bermula RM16,888

Cyclone RT5 kini rasmi masuk pasaran tempatan menerusi majlis perasmian Mforce Smartshop KW Keat Wei Motor Sdn. Bhd. di Alor Setar, Kedah.

Model Baru

Yamaha XMAX 300 Tech Max Dilancarkan

HLYM secara rasminya perkenalkan skuter baharu iaitu XMAX Tech MAX.

Model Baru

Kawasaki Malaysia Umum Harga KLE500 - RM32,900

Warta Produk

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

LS2 perkenalkan barisan produk baharu dan bakal masuk Malaysia bermula September 2026.