☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 27 Ogos 2026

Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

Benelli Malaysia memperkenalkan warna baharu bagi model skuter mereka iaitu Benelli Panarea 125. Penampilan warna baharu ini menyergarkan lagi model skuter neo-retro tersebut untuk memenuhi cita rsa ara penunggang tempatan.

Model untuk tahun 2026 ini didatangkan dalam empat pilihan warna terkini iaitu Charcoal Black, Rosa Pink, Modena Silver dan Ivory White yang ditawarkan pada harga asas bermula RM6,988 (tanpa cukai jalan & insurans).

Walaupun menerima kemasan warna baharu, dari segi spesifikasi enjin masih sama iaitu menggunakan enjin satu silinder 124cc dengan sistem penyejuk udara yang menghasilkan kuasa 8.44hp (6.3 kW) pada 7,500rpm dan tork 9.2Nm pada 6,000rpm.

Kelengkapan lain termasuklah lampu-lampu LED, ruang bawah pelana 12 liter, berat 104kg, brek cakera 190mm di hadapan, tangki bahan api 4.6 liter, tayar hadapan 100/90-12, tayar belakang 110/90-12, tinggi pelana 760mm, lampu kecemasan, killer switch dan fork jenis teleskopik.

Model ini sudah pun berada di semua pusat pengedar sah Benelli seluruh Malaysia di mana setiap pembelian model ini, para pemilik boleh menikmati waranti selama 2 tahun ata 20,000km (yang mana terdahulu) serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen secara dalam talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn bhd. RR

Popular

  • Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

  • Warta Roda

    Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

  • Model Baru

    Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

  • Model Baru

    LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

  • Warta Roda

    ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Artikel berkaitan

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.

Warta Roda

Gracshaw X Mobile Suit Gundam Limited-Edition Collection

Grachaw telah melancarkan koleksi edisi terhad GRACSHAW x Mobile Suit Gundam dengan menampilkan tiga daripada Mobile Suit paling popular dalam siri itu khas buat para penunggang dan pengumpul produk-produk Gundam.

Model Baru

Marshal Moto Lancarkan 2 Model Terbaru ke Pasaran Negara

Pasaran motosikal negara hari ini menerima kehadiran 'player' terbaru apabila Marshal Moto membuka tirai pasaran dengan menampilkan dua model cruiser yang cukup mantap iaitu Marshal XS250 dan Marshal Toughman 800.