☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 15 Oktober 2018

Kawasaki GT World Ninja Dilancarkan

Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd (KMSB) telah melancarkan pembukaan ruang pameran eksklusif Kawasaki GT World Ninja dan Pusat Servis Eksklusif Kawasaki (KESC) melalui pengedarnya SC Premium Bikes Sdn Bhd yang beralamat di No1. Jalan PJS 7/13, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor. Majlis telah disempurnakan oleh En. Ahmad Faez Tan Sri Yahya, Pengurus Eksekutif Kawasaki Motors Malaysia serta dihadiri oleh Dato’ Jeffrey Lim, Pengarah Urusan KMSB.

Dari kiri no.2 : Ms Anna, Mr Hoi, En Ahmad Faez, Mr Wee Hong & Dato’ Jeffrey Lim melancarkan Kawasaki GT World Ninja.
Dari kiri no.2 : Ms Anna, Mr Hoi, En Ahmad Faez, Mr Wee Hong & Dato’ Jeffrey Lim melancarkan Kawasaki GT World Ninja.

Kawasaki GT World Ninja merupakan kedai konsep premium yang menempatkan ruang pameran motosikal, menjual barangan aksesori dan terdapat Pusat Servis Eksklusif Kawasaki (KESC) bagi memberikan perkhidmatan servis selepas jualan kepada para pelanggan Kawasaki. Kedai ini juga dilengkapi dengan ruang mesin ‘dyno’ untuk talaan motosikal.

Dengan pembukaan pusat pameran ini, para pelanggan Kawasaki boleh membeli motosikal idaman mereka dan pada masa yang sama, mereka juga boleh menghantar motosikal untuk diservis dan dibaiki dalam suasana yang eksklusif.

KMSB akan terus memberi jaminan dan komitmen agar dapat membangunkan semangat ONE KAWASAKI di kalangan para pemilik Kawasaki, wakil pengedar serta pembekal menerusi slogannya Let The Good Times Roll.

Yang menariknya, SC Premium Bikes selaku pengoperasi Kawasaki GT World Ninja merupakan kedai Kawasaki pertama yang menggunakan teknologi hijau di mana semua bekalan elektrik untuk lampu dan peralatan pejabat dibekalkan sepenuhnya oleh sistem kuasa solar.

Ruang pameran ini dibuka pada hari Isnin sehingga Sabtu dari jam 9.00 pagi - 7.30 malam. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi SC Premium Bikes Sdn Bhd di talian 03-56353933 atau layari laman facebook SC Premiumbikes Scpb atau di laman sesawang http://www.scpremiumbikes.com RR

Isu Pada

Oktober 2018

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.