Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 15 November 2018

Kawasaki Ride 2018 Bukti Kekuatan Ukhwah Sesama Ahli

Jika tahun-tahun sebelum ini Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) menganjurkan CKD Ride dan CBU Ride, kali ini digabungkan dua konvoi itu menjadi Kawasaki Ride yang membuka satu 'buku' baru dalam kalendar aturcara tahunan KMSB. Tujuan penganjuran ini tetap sama iaitu merapatkan hubungan di antara para pemilik Kawasaki dan pengalaman bermotosikal ke destinasi pilihan yang menarik. Perjalanan kali ini merentasi lima buah negeri iaitu Selangor, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang yang berjarak lebih daripada 1,200 kilometer.

Lady Bikers Group bergambar kenangan bersama Dato’ Jeffrey sebelum memulakan perjalanan.
Lady Bikers Group bergambar kenangan bersama Dato’ Jeffrey sebelum memulakan perjalanan.

Seramai 120 orang peserta dengan 106 buah jentera Kawasaki pelbagai model telah bersiap sedia di perkarangan ibu pejabat KMSB seawal 6.00 pagi lagi. Semangat yang berkobar-kobar dan nilai persahabatan ditunjukkan oleh para peserta sentiasa menjadikan konvoi anjuran KMSB ini cukup istimewa. Jumlah peserta dari Kawasaki Lady Bikers Group (KLG) turut meningkat daripada 11 orang (2017) kepada 19 orang pada edisi kali ini.

Suasana semakin meriah apabila Pengurus Besar dan Pengarah KMSB, Dato' Jeffrey Lim hadir untuk diberi penghormatan melepaskan konvoi. Dato' Jeffrey juga merupakan penyokong setia dan peminat tegar aktiviti bermotor seperti ini malah dia juga sudah mengembara bersama Kawasaki hingga ke Thailand.

Dengan iringan lima orang Polis Trafik yang diketuai oleh ASP Mohd Suwardi dan 12 orang pengiring dari krew Kawasaki, perjalanan bermula dari Glenmarie menuju ke perhentian R&R Simpang Pulai untuk mengisi bahan api. Kawalan trafik yang cukup mantap dan teratur menjadikan perjalanan pada pagi tersebut lancar, segar dan mengujakan. Oleh kerana rata-ratanya peserta kali ini sudah biasa dengan aturan konvoi, proses mengisi minyak juga berjalan dengan cepat.

Dari R&R Simpang Pulai, perjalanan diteruskan untuk jarak sejauh 92 kilometer yang mengambil masa kira-kira 1 jam 15 minit. Deruman jentera-jentera Kawasaki seperti GTR1400, Z1000, Z1000SX, Z900, Z800, ZX10R, Versys 1000, Versys 650, Z650, Ninja 650, Vulcan S 650, Ninja 250, Z250, Ninja 250SL dan Z250SL mengujakan setiap mata yang melihat pergerakan konvoi tidak kira ketika di lebuhraya mahu pun di luar bandar.

Restoran Tasik Raban, Lenggong menyajikan masakan ala kampung yang cukup menyelerakan. Namun begitu ramai di kalangan para peserta membuat keputusan untuk makan ala kadar demi mengelakkan daripada mengantuk. Ini kerana perjalanan ke destinasi seterusnya (Jeli) masih jauh, kira-kira 190 kilometer atau hampir tiga jam perjalanan.

Ketika memasuki Lebuhraya Timur - Barat, hujan mula turun. Kadang-kadang lebat... kadang-kadang renyai-renyai. Suasana alam yang menghijau di banjaran Titiwangsa serta suhu yang semakin menurun memang menyeronokkan... ada kalanya seperti menunggang di luar negara. Bagi pencinta alam, laluan yang dipilih oleh Kawasaki memang begitu menarik kerana ia merangkumi semua jenis perjalanan seperti laluan lurus (lebuhraya), jalan kampung (sekitar daerah Lenggong) dan laluan berselekoh ketika menuju ke Jeli.

Konvoi berhenti sekali lagi di Jeli untuk mengisi bahan api dan kemudiannya diteruskan ke Besut untuk tiba di destinasi terakhir iaitu di Bukit Keluang Beach Resort. Selepas puas bermotor dengan pelbagai jenis laluan dan cuaca, para peserta mengambil keputusan untuk berehat sebaik sahaja selesai makan malam.

Hari Kedua: Tanggal 16 September, selamat menyambut Hari Malaysia. Para peserta Kawasaki Ride 2018 amat bertuah kerana mendapat sambutan yang cukup luar biasa daripada komuniti Bikers Daerah Besut yang diketuai oleh Ayah Su. Satu acara khas iaitu Karnival Gegaria Kawasaki Ride Malaysia diadakan bersempena dengan kedatangan konvoi ke negeri Terengganu Darul Iman. Antara program yang diatur ialah sesi senamrobik, program amal bersama para pelajar Maahad Tahfizul Quran Albukhari, pertunjukan ular, pertunjukan stunt dari Zul Olen, pemeriksaan kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, pameran Agensi Antidadah Kebangsaan dan cabutan bertuah.

‘Sepet’ tengah memang berani... selamber je cium King Cobra!
‘Sepet’ tengah memang berani... selamber je cium King Cobra!
Ayuh ceriakan suasana pagi dengan senamrobik di Besut!
Ayuh ceriakan suasana pagi dengan senamrobik di Besut!

Paling seronok ialah ketika sesi menunggang bersama adik-adik dari maahad tahfiz dan sememangnya saat yang ditunggu-tunggu oleh mereka – siapa tak nak naik superbike ye tak? Bukan setakat adik-adik saja yang teruja, para peserta konvoi turut gembira dapat meluangkan masa walaupun hanya untuk seketika bersama mereka. Pada majlis yang sama, pihak Kawasaki turut menyerahkan sumbangan wang tunai kepada pusat tahfiz tersebut.

Memandangkan hari masih lagi awal, ramai daripada para peserta membuat keputusan untuk melakukan aktiviti sendiri selepas menikmati makan tengahari. Ada yang keluar mencari keropok lekor, ada juga yang berehat di tepi pantai dan ramai yang bersiar-siar sekitar bandar Kuala Besut. Kuala Besut sememangnya destinasi pilihan ramai kerana ia memiliki pantai yang cukup bersih, aneka jenis makanan yang lazat dan masyarakatnya yang peramah merupakan satu lagi daya tarikan utama ke sini.

Sumbangan amal daripada KMSB buat Maahad Tahfizul Quran Albukhari.
Sumbangan amal daripada KMSB buat Maahad Tahfizul Quran Albukhari.
Anak-anak maahad tahfiz diberi peluang merasai motosikal berkuasa tinggi.
Anak-anak maahad tahfiz diberi peluang merasai motosikal berkuasa tinggi.

Selepas majlis tahlil ringkas, program di sebelah malam diteruskan dengan aktiviti santai tetapi menghiburkan agar hubungan sesama rakan konvoi lebih akrab. Pelbagai hadiah menarik berjaya dimenangi menerusi soalan kuiz yang ditanyakan oleh dua orang pengacara majlis yang cukup kelakar iaitu Ninja Cop dan Mie Kawa.

Acara Cabutan Bertuah adalah kemuncak yang menawarkan hadiah utama berupa sebuah jam tangan Kawasaki yang bernilai lebih daripada RM600. Ia dimenangi oleh Hasliza Harun atau lebih dikenali sebagai Hash.

ASP Mohd Suwardi (kiri sekali) menyampaikan topi Kawasaki kepada para krew pengiring.

Amboi...semua bergaya dengan jam Kawasaki!
Amboi...semua bergaya dengan jam Kawasaki!

Hari Ketiga: Selepas menerima taklimat daripada Penolong Pengurus Pemasaran KMSB, En. Ahmad Radzi yang juga merupakan ketua konvoi Kawasaki Ride 2018, para peserta memulakan perjalanan hari terakhir untuk kembali ke Shah Alam. Sekali lagi ucapan tahniah dan terima kasih buat para petugas dari PDRM dan krew dari Kawasaki yang mengawal pergerakan konvoi terutamanya di kawasan kampung dan di dalam bandar. Walaupun jarak untuk pulang ke Shah Alam cukup jauh, pemandangan indah di persisiran pantai di Terengganu dan kehijauan hutan tropika di negeri Pahang ternyata menghilang kepenatan serta memberikan kesegaran. Konvoi akhirnya selamat tiba di destinasi terakhir iaitu ibu pejabat KMSB di Glenmarie, Shah Alam lebih kurang jam 6.30 petang.

Aksi ‘stunt’ Zul Olen mengendalikan jentera Kawasaki GTR 1400.
Aksi ‘stunt’ Zul Olen mengendalikan jentera Kawasaki GTR 1400.

“Tahniah buat KMSB di atas penganjuran dan saya cukup seronok dapat menyertai konvoi ini. Saya baru sahaja membeli model Z900RS dan pemilihan jalan juga sangat baik. Kita dapat menikmati daya pecutan semasa di lebuhraya, laluan berselekoh dari Gerik ke Jeli dan laluan pemandangan cantik di Kuala Terengganu. Konvoi sebegini juga memberi peluang buat saya untuk berkenalan dengan lebih ramai pencinta motosikal seperti saya sendiri. Apa yang dapat dicadangkan ialah semoga diadakan sesi latihan rawatan pantas dan cara-cara untuk menghadapi keadaan cemas,” kata Dr. Lotfi.

Penganjuran kali ini juga meninggalkan kenangan sedih buat semua peserta apabila salah seorang penunggang iaitu En. Razali Sa’ari telah terlibat dalam kemalangan maut ketika perjalanan menuju ke Jeli. Sememangnya ia adalah suratan takdir yang telah ditentukan oleh Sang Pencipta. Walaupun begitu, krew Kawasaki dan beberapa rakan peserta berjaya menangani situasi cemas ini dengan baik dan tenang. RR mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham dan semoga tabah menghadapi ujian. RR

Isu Pada

November 2018

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

Sprinta Ladies Satukan Komuniti Lady Bikers di Malaysia

Empat Penunggang Maut Dalam Kemalangan Membabitkan Motosikal Dan Kereta

MODENAS & GIATMARA Bekerjasama Dengan Melancarkan Pusat Servis Motosikal Elektrik

Advenduro-X Meriahkan Moto Test Fest 2026

Yamaha Y15ZR 2026 Bagi Varian Standard & SE Terima Warna Baharu

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

CFMOTO Flagship Store Kuala Selangor Dirasmikan

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. terus memperkukuhkan rangkaian pengedarnya menerusi perasmian CFMOTO Flagship Store Kuala Selangor.

Dari Litar

Hakim Danish Terus Perkukuhkan Kedudukan di Moto3

Dengan kemenanhan di tempat ketujuh melonjakkan lagi kedudukan Hakim Danish di tangga keenam secara keseluruhan.

Warta Roda

Model Viral, ZXMOTO 820RR Bakal Dilancarkan Di Malaysia. Harga bawah RM40,000

Sah! Mforce Bike Holdings Sdn Bhd akan melancarkan model supersport yang telah tular di seluruh dunia iaitu ZXMOTO 820RR.

Model Baru

Harga Rasmi BMW F 450 GS Trophy Diumumkan - Bermula RM39,900

BMW Motorrad Malaysia secara rasmi mengumumkan harga bagi BMW F 450 GS Trophy Baharu yang ditawarkan bermula RM39,900.