Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Februari 2019

Pelancaran RocX Enduro Malaysia

Pelancaran RocX Enduro Malaysia telah berjaya disempurnakan pada 23 Disember lalu, ditaja oleh Tissot Malaysia. Ini adalah hasil persetujuan lima orang rakan kongsi yang terdiri daripada tiga orang lelaki dan dua orang wanita. Mereka merupakan pencinta dunia sukan lasak. Salah seorang daripada pengarahnya adalah anak tempatan Kampung Kemesah, Ampang, Selangor sendiri. Nama RocX senang diingat, sama seperti ROCK bezanya cuma diubah (K) kepada (X). RocX Enduro Malaysia telah didaftarkan pada April 2018.


Bila ditanya kenapa mereka memilih Kampung Kemesah untuk mulakan sukan lasak motocross. Cik Juninah Sharail atau Jun, selaku salah seorang pemegang saham RocX Enduro Malaysia, menegaskan bahawa tanpa kita sedari dalam bandaraya Kuala Lumpur yang serba moden ini masih mempunyai hutan simpan yang belum diterokai lagi.

Dengan pelancaran ini, ia berharap dapatlah menambahkan dan menaikkan taraf ekonomi penduduk Kampung Kemesah serta memberi peluang kepada orang kampung untuk menambah pendapatan mereka. Anak-anak tempatan yang berpengalaman mengenai sukan lasak Offroad turut berpeluang untuk bekerja dengan RocX Enduro Malaysia, malah ada juga membuka kafe makanan dan minuman di tapak tersebut.


Oleh kerana Kampung Kemesah ini telah lama menjadi laluan dan tempat kesukaan para bikers yang menikmati sukan lasak, para penduduk kampung cukup begitu peramah dan baik hati kepada semua para bikers yang ke sana. Jun Sharail menyatakan, “Mereka begitu mesra dan kami juga menganggap sudah macam keluarga bila berada di Kampung Kemesah. Menerusi penganjuran ini, kami rasa inilah masanya RocX Enduro Malaysia memberi sesuatu kembali kepada para penduduk di kampung tersebut.


Untuk jadikan setiap masa berharga, RocX Enduro Malaysia turut membuka kelas offroad dengan memberi lebih banyak kesedaran dan pengajaran berkenaan cara-cara pengendalian serta pengawalan kenderaan dengan betul dan selamat. Turut ditekankan ialah keselamatan apabila menunggang dan memandu di jalan raya.


Sedikit info mengenai Ju Sharail. Selama 11 tahun, Jun bertugas di awan biru dan sebagai bekas pramugari, beliau telah banyak bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat tanpa sempadan bangsa dan agama. Dari seorang wanita yang feminin ke sukan ekstrim dengan minatnya dalam jentera berkuasa tinggi bermula pada usia 33 tahun. Motosikal pertamanya ialah Ducati Monster diikuti oleh BMW HP4.

Jun berpuas hati bila menunggang motosikal bersama rakan bikernya dan merupakan seorang pencinta alam semula jadi. Jun kini memiliki sebuah BMW GSA 1200LC yang sering dibawa untuk mengembara. Beliau kemudiannya beralih kepada sukan yang lebih lasak seperti motocross yang terbukti lebih mencabar, menguji mental dan fizikal seorang rider. Sukan motocross juga cukup menarik kerana ia melibatkan alam semulajadi seperti hutan, sungai dan kawasan berbukit.


Kebanyakan bikers yang menunggang dengan baik di laluan-laluan lasak terlebih dahulu mendapat latihan offroad daripada lagenda motosikal Malaysia, Sifu Ong Kah Beng (OKB). OKB sentiasa menitikberatkan mengenai teknik-teknik pengendalian dan kawalan motosikal di pelbagai laluan yang selalunya cukup mencabar.

RocX Enduro Malaysia terbuka kepada semua peminat sukan lasak yang ingin membawa ahli keluarga mereka mencuba motocross dengan mendidik anak-anak mereka seawal umur tiga tahun. Ada juga beberapa orang ibubapa yang turut sama belajar motocross bersama anak-anak mereka di RocX Enduro Malaysia sejak didaftarkan.


Pakej yang ditawarkan termasuklah kelas cara menunggang bersama tenaga pengajar dan menyediakan 11 buah motosikal pelbagai jenis, kasut menunggang, body armour, topi keledar dan sarung tangan. Sekiranya pelanggan yang sudah mahir dalam offroad tetapi tidak memiliki motosikal, RocX Enduro juga menyediakan perkhidmatan motosikal sewa.

Jun bersama rakan kongsinya mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja utama mereka Tissot Malaysia dan penaja lain. RocX Enduro juga telah mengadakan perlumbaan Hard RocX Enduro Fun Race 2019 Kemesah pada 4hb dan 5hb Januari 2019 yang lalu.


Perlumbaan tersebut telah mendapat sambutan hangat dengan penyertaan sebanyak 152 peserta iaitu 91 peserta perlumbaan CKD & seramai 61 peserta dalam kategori Open. Antara pelumba pengalaman bertaraf antarabangsa yang tidak melepaskan peluang ialah Gabit, (Habibullah) dan Daniel Haiqal Nizam Surib. Penyertaan daripada En. Brett Mac Namara dari Ireland dan Mr Eddy Wong dari Indonesia (kedua-duanya kini bertugas di Malaysia) turut memeriahkan perlumbaan tersebut.

Perlumbaan dimulakan di sebelah pagi dengan perlepasan seorang demi seorang dengan jarak masa 30 saat. Laluan yang disediakan cukup mencabar dan para pelumba memerlukan kira-kira dua jam untuk menamatkan saingan. Pemenang Kategori Open jatuh kepada Sdr Hazim Hayza dari Selangor diikuti oleh En. Looi di tempat kedua dan Daniel Haiqal Nizam Surib di tempat ketiga.


Dalam Kategori CKD pula, peserta dari Selangor iaitu Koo Muhammad telah diraikan sebagai pemenang dan menerima wang tunai RM2,500 dan jam tangan Tissot. Menurut Jun, di masa akan datang mereka akan merancangkan pertandingan yang lain dan bercadang untuk menjemput peserta dari negara jiran. Semoga impian dan usahanya membuahkan hasil. RR

- Nz York

Isu Pada

Februari 2019

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

Program Penggantian Muffler QJMOTOR AX200S Diteruskan

Marshal Moto Bakal Masuk Pasaran Negara

KARNIVAL GENBLU YAMAHA 2026

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Mahu Bangkit Semula di GP Aragon

Hakim Danish Ramli bersedia melupakan kekecewaan di Silverstone dan mengalihkan fokus kepada misi kebangkitan pada GP Aragon.

Warta Roda

Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

Benelli Malaysia memperkenalkan empat warna baharu untuk Benelli Panarea 125.

Brixton Moucca 250 & ARIIC TOUCH 250 Sudah Berada di Pasaran

Skuter gaya retro, Brixton Moucca 250 dan skuter maksi moden,, ARIIC TOUCH 250 kini telah rasmi berada di pasaran negara.

Warta Roda

KARNIVAL GENBLU YAMAHA 2026