☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Julai 2020

Ceritaku Bersama CFMOTO Ke Kemboja

Namaku Shakh Muhammad Zamri, dari Kelantan. Pada tanggal November tahun lalu bermulalah edisi pertama pengembaraan solo aku ke beberapa buah negara Asia menggunakan jalan darat. Setelah lebih enam bulan perancangan, pelbagai rintangan yang memberikanku suka duka termasuklah sindiran. Akhirnya dengan Yang Maha Esa dapat juga aku menyelesaikan misi ini dengan jayanya.

Terima kasih buat En. Alan Lee, Pengurus Besar KTNS Holdings Sdn Bhd yang berani dan memberi seluruh kepercayaan buatku untuk membuat pengembaraan ke Kemboja dengan menggunakan sebuah jentera CFMOTO MT650.

Pada tarikh keramat, 25 November 2019…. aku bermula dari Masjid Beajing seawal jam 9.30 pagi. Urusan di sempadan Malaysia / Thailand mengambil masa sekitar sejam dan dari Sungai Golok, jentera diperah menuju ke Hatyai yang jaraknya sejauh 380 kilometer. Hatiku begitu teruja apabila dapat berada dan melihat corak kehidupan rakyat negara jiran sehinggakan masa berlalu tanpa aku sedari. Aku tiba di Hatyai pada jam 7.00 malam dengan selamat. Ya… aku bermalam di sini.

26 November 2019: Hari baru…. Semangat yang baru! Sebaik sahaja mengisi perut yang kosong, aku bergerak ke Surathani dengan jarak perjalanan sejauh 400 kilometer. Kira-kira 110 kilometer sebelum sampai ke destinasi berikutnya, aku berhenti di Pit Stop 410 Phattalung. Aku berhenti untuk menambah tenaga – makan dan beristirehat seketika. Aku sambung perjalanan dan tiba di perkarangan hotel di hari yang sudah gelap. Sudah pukul 9.00 malam. Kawasan hotel cukup tenang dan sunyi, amat selesa untuk aku melelapkan mata.

27 November 2019: Aku tinggalkan Surathani untuk menyambung cabaran ke Hua Hin yang merupakan destinasi wajib singgah buat para pengembara. Jarak perjalanannya 50 kilometer lebih jauh berbanding hari sebelumnya (450 kilometer).

Sebagai panduan: Ketika dalam perjalanan ke Hua Hin, aku singgahlah di R&R Ban Sarai, tempat rehat dan rawat terbesar di daerah ini. Aku cukup sukakan cara mereka membahagikan tempat untuk hidangan makanan halal dan tak halal yang berasingan. Bagi pengembara muslim, surau pun ada! Ia cukup besar dan selesa. Aku menjejakkan kaki dengan selamat pada jam 9.30 malam.

28 November 2019: Perjalanan paling lama! Aku bergerak ke sempadan Aryanpratek yang jaraknya hampir 500 kilometer. Perjalanan kali ini santai dengan merentasi pelbagai jenis kawasan. Aku mencelah-celah kota Bangkok yang cukup padat dengan kenderaan. Fuh… ia memang amat sibuk tetapi mujurlah jentera yang aku tunggang ini lincah dan cukup senang untuk dikendalikan. Selepas pemandangan ‘hutan batu’, aku diperlihatkan dengan pemandangan kebun-kebun pelbagai jenis tanaman yang menenangkan jiwa.

Dua jam kemudian, aku melangkah masuk ke Kemboja melalui sempadan Poi Pot dan bermalam di sana. Mengapa aku masuk di waktu malam? Itulah yang dinasihatkan oleh orang di sana kerana urusan lebih mudah. Memang betul! Urusan dokumentasi cukup baik, biasalah kena ada tolak ansurnya. Tak aku sangka, ianya dapat disempurnakan dalam masa 40 minit sahaja (9.40 malam). Aku terus mencari hotel untuk merebahkan badan.

29 November 2019: Selamat pagi Kemboja! Walaupun sudah bangun dari tidur tetapi aku bagaikan masih di dalam mimpi. Aku kini sudah berada di bumi Kemboja yang kaya dengan ukiran dan kuil bersejarah. Untuk dapatkan makanan halal, aku mencari sarapan di kawasan berdekatan dengan masjid. Memang cukup menyelerakan dan selepas itu, aku terus bergerak ke Siam Reap.

Bergambar kenangan bersama keluarga sebelum memulakan perjalanan.
Bergambar kenangan bersama keluarga sebelum memulakan perjalanan.

Aku berada di bumi kemboja selama empat hari. Aku ride ke Siam Reap, ke sebuah pondok yang terletak di Kg Cham dan kemudian ke Phnom Penh. Masyarakat Islam di Kemboja kebanyakannya belajar kitab agama dengan ustaz-ustaz yang menggunakan bahasa melayu dan ini membolehkan mereka dapat bertutur dalam bahasa yang aku boleh faham (selain bahasa inggeris). Apa pun, orang di negara ini memang peramah dan sangat mesra.

Kehidupan masyarakat di sini sangat bagus. Ekonominya agak maju kerana mereka menggunakan dua jenis mata wang iaitu Rian dan Dollar. Kalau nak kata Kemboja adalah sebuah negara miskin memang salah. Saya sendiri melihat mereka lebih mewah dan lebih baik berbanding sesetengah rakyat di negara kita. Terbukti… adalah satu pengalaman yang sangat berharga, tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

Keseluruhan pengembaraan aku kali ini cukup mencabar. Aku berhadapan dengan cuaca yang berbeza berbanding di Malaysia dan beberapa tempat di Thailand. Betul kata cikgu aku dulu, “Malaysia dan separuh negara Thailand beriklim Khatulistiwa dan separuh daripada Thailand hingga ke Kemboja pula beriklim Monsun Tropika.

Aku bertuah kerana peng-gunaan bahan api jentera yang aku tunggang itu cukup jimat. Untuk perjalanan sejauh 4,013 kilometer (pergi dan balik), yang dikira secara keseluruhannya berjumlah RM640 sahaja. Ternyata pengalaman merantau ke tempat orang mendewasakan kita… itulah keseronokan yang bakal dikecapi oleh setiap jiwa yang sukakan pengembaraan.

Bagi rakan-rakan yang ingin melihat pengalaman aku, tontoninya di saluran Youtube: snwbarbershop (CAMBODIA BSM CFMOTO MT 650). RR

Isu Pada

Julai 2020

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.