☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Ogos 2016

Kelab Motosikal RTM Sambut Ulang Tahun Ke-2

Sempena sambutan ulang tahun ke-2, Kelab Motosikal Radio Televisyen Malaysia (RTMBC) telah menganjurkan konvoi yang disertai seramai 26 orang ahli kelab dengan menunggang sebanyak 20 buah motosikal berkuasa tinggi dari Angkasapuri ke Restoran Windmill yang terletak di Bandar Baru Klang. Walaupun terpaksa menempuhi kesesakan dengan jalan yang basah, kesemuanya berjaya sampai ke destinasi dengan selamatnya.

En. Irywan, Presiden kelab memberi ucapan.
En. Irywan, Presiden kelab memberi ucapan.

Menurut Presiden RTMBC, En. Irywan Nizam Ramli, majlis makan malam ini adalah yang julung kali dianjurkan sejak penubuhan kelab pada tahun 2014 lalu. Tujuan utama penubuhan kelab ini adalah untuk mengumpulkan warga Angkasapuri yang memiliki motosikal berkuasa 250cc ke atas, berkongsi minat dan pengalaman serta mengerat hubungan sesama ahli. Ternyata sambutannya cukup memberangsangkan dengan jumlah keahlian berdaftar seramai 40 orang.

Kek ulang tahun RTMBC.
Kek ulang tahun RTMBC.

Majlis pada malam itu diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu En. Nazli Md Taib (Pengarah JPJ Negeri Selangor), Dato Samsuri Rahmat (Timbalan Presiden Storm Rider), Dato Shaid Tasiran (Penasihat Puchong Bikers), En. Mazrul Hisham Mohd Zain (The Big Bike Shop), En. Mohd Zamry Ibrahim (Giga Wise) dan En. Hamdan Sadikin (Pengurus Windmill Bandar Baru Klang).

Sejak ditubuhkan, RTMBC telah melaksanakan dan menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti Konvoi Perpaduan Malaysia, Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya, Program Amal, Flag Off Program Jelajah Ramadhan, Majlis Iftar RTMBC, Bingit International Bike Fest, Konvoi Bantuan Banjir, Kempen Derma Darah, Konsert Atif 7, Selawat Perdana dan banyak lagi.

Pihak Windmill Bandar Baru Klang telah berbesar hati memberi tajaan dengan menyediakan tempat dan hidangan untuk majlis makan malam itu. Ahli-ahli RTMBC juga telah dikejutkan dengan tajaan baju korporat dan baju-t oleh Giga Wise yang cukup cantik sekali.

Dengan slogan 'Respect, Tolerate, Magnificient', RTMBC akan terus mewarnai dunia permotoran tanahair. RR

Isu Pada

Ogos 2016

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.