Selamat datang MotoGP 2026! Buat julung kalinya pelancaran untuk perlumbaan dua roda paling berprestij ini telah diadakan di ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Lebih mengagumkan, acara yang gilang gemilang ini diadakan di persekitaran Menara Kembar Petronas.
Sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026, Suzuki Malaysia bersama AFY Mobility Industries (AMI) telah menganjurkan Kempen Keselamatan AMI–Suzuki 2026, sebagai satu inisiatif berterusan bagi meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya serta memupuk budaya tunggangan yang lebih bertanggungjawab dalam kalangan pengguna jalan raya di Malaysia.