Isu Terkini

Oktober 2024

Berita Kelab / 4 Julai 2023

Ride Elak Kepanasan Mentari

Kalau ada kali pertama maka tidak mustahil adanya kali kedua dan itu yang terjadi pada Chear Motor Scooter Club (CMSC) selepas berjaya menganjurkan 'ride sulung' ke Muar tempohari (rujuk RodaRoda keluaran Mei 2023).

Memandangkan negara kita mengalami cuaca yang agak panas ketika ini, maka CMSC membuat keputusan untuk menunggang bersama-sama ke lokasi yang sejuk sedikit dan tidak jauh dari Kuala Lumpur. Destinasinya di mana? Jawapannya... jom ke Janda Baik dan Genting Highlands.

Ahad, 11 Jun 2023. Kami berkumpul di hadapan Royal Alloy HQ yang terletak di Seksyen 15, Shah Alam. Baru sahaja jam 8.15 pagi tetapi sudah ada beberapa skuter yang telah tiba. Sejam kemudian, Ketua Marshall iaitu Encik Sani menyampaikan briefing dan membacakan doa sepertimana yang dijadualkan.

Sesi bergambar memang dah jadi kewajiban sebelum menghidup enjin skuter kami. Kesemua 17 buah skuter bertolak sejurus kemudian. Terdapat 4 buah lagi skuter yang menunggu kami di BHP Tol Gombak termasuk satu-satunya model Italjet yang ditunggani oleh seorang wanita. Ride kali ini ramai di kalangan kami yang membawa isteri masing-masing sebagai teman termasuk seorang lagi wanita yang menunggang sendiri skuter Royal Alloy GP180 beliau.

Setelah konvoi kami bergabung di BHP Tol Gombak, kami terus menuju ke Petronas Genting Sempah. Kami amat beruntung kerana cuaca nyaman sepanjang perjalanan kerana ada beberapa tempat di Lembah Klang hujan pada pagi itu.

Setelah mengisi minyak bagi mereka yang memerlukannya, kami mengambil kesempatan untuk berbual dan beramah mesra sesama kami kerana ada yang menyertai konvoi buat kali pertama. Senyum dan gelak ketawa dapat diperhatikan.

Destinasi seterusnya ke Kopi Ladang Janda Baik untuk brunch. Apabila kami sampai jam sudah hampir 11 pagi. Tempat itu sesak dengan pengunjung. Maklumlah hari Ahad. Terlihat beberapa kumpulan motosikal yang parkir di sana. Sehari dua sebelumnya, saya telah pun ke sini untuk meninjau tempat ini dan mencuba sendiri juadah yang dijual namun permintaan untuk booking table tidak dilayan.

Saya akur dan faham kenapa. Maka pada hari itu, kumpulan kami terpaksalah berpisah kepada tiga meja berasingan namun syukur kerana kami masih duduk berdekatan di tingkat bawah yang sama.

Pelbagai juadah kami pesan termasuk Nasi Lemak Berlauk, Nasi Kerabu, Roti Goyang, Laksa Pahang dan untuk minuman, ramai yang memesan Kopi Ladang iaitu kopi istimewa kedai ini. Setelah puas makan dan minum, berborak dan mengambil gambar-gambar spontan, kami pun beredar dari Kampung Janda Baik.

Destinasi seterusnya adalah ke puncak Genting Highlands. Memandangkan ada di antara kami yang tidak mau ikut ke sana (atas sebab masing-masing), kami pun berpisah di Genting Sempah. Saya sendiri terpaksa pulang kerana ada jemputan kenduri kahwin seorang rakan sekolah yang tidak bertemu sejak tahun 1987. Kena pergi lah.

Konvoi ke Genting Highlands diketuai oleh Ketua Marshall. Memang cukup best sebab cuaca sejuk dan berkabus menanti para peserta konvoi. Setelah puas bergambar di atas sana maka selesailah tugas Ketua Marshall kami pada hari tersebut. Hilang rasa panas, diganti dengan sejuk dan segar.

Jutaan terima kasih sekali lagi khas buat Dato Chear yang sudi menaja makan minum kami. Tidak dilupakan, Ketua Marshall, En. Sani yang tabah mengetuai kami dan melayan kerenah kami semua.

Kalau dah ada ride kedua, pasti ada yang ketiga… Perancangan sedang dilakukan untuk bulan Ogos nanti. Nantikan cerita ride kami seterusnya! RR

- Fino

Isu Pada

Julai 2023

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

H.O.G. Malaysia Sertai Tiga Ekspedisi Rentas Benua

RRCT/RRCSP & HRSKC Mulakan 2026 Dengan Konvoi Ke Hilir Perak

RSX-RS Crew Taiping Anjur Ride Penutup 2025

RSX-RS Crew Taiping Semarakkan Konvoi Berjiwa Honda ke Batu Kawan

Kembara RSX-RS Crew Taiping 2025 – Menjelajah Keindahan Pahang

Terengganu Gentleman Riders: Ride & Camp ke Lata Ulu Kasar

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

Akid Aziz sertai pasukan VOGE AS25 Racing Team dalam saingan CP150.

Warta Roda

Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

Benelli Malaysia memperkenalkan empat warna baharu untuk Benelli Panarea 125.

Warta Roda

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Royal Enfield meraikan ulang tahun ke-125 penubuhannya di peringkat global sambil memperkukuhkan lagi kedudukan dalam segmen motosikal kelas pertengahan.

Dari Litar

Hakim Danish Sedia Harungi Cabaran di Silverstone

Hakim Danish sedia untuk menggalas tanggungjawap seterusnyamenjelang GP Britain di Litar Silverstone