☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Berita Kelab / 27 Jun 2017

Kelab YZF R25 Berkumpul Di Putrajaya

Sempena meraikan Ulang Tahun ke-2 penubuhan Kelab Komuniti Yamaha YZF R25, satu perhimpunan penuh meriah telah dianjurkan pada 1 Mei lalu di Restoran Ikan Bakar De Ampangan, Putrajaya. Lebih membanggakan tentunya dengan jumlah kehadiran para peserta tahun ini mencecah kepada 300 orang yang terdiri daripada para pemilik R25 hampir dari seluruh semenanjung negara. Berbanding dengan jumlah peserta di penganjuran pertama mereka tahun lalu iaitu seramai 150 orang, ternyata komuniti pemilik R25 ini semakin hari semakin berkembang.

Tujuan perhimpunan ini diadakan ialah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama rakan serta mengambil peluang untuk bertukar-tukar pandangan dan idea mengenai isu permotoran. Bagi para peserta dari luar Selangor pula, ini merupakan kesempatan terbaik untuk melihat keindahan dan keunikan Putrajaya.

Walaupun majlis dijadualkan bermula pada jam 12.00 tengahari, ramai peserta telah tiba lebih awal dan mengisi masa lapang dengan bermotosikal dan bergambar kenangan di kawasan-kawasan menarik di Putrajaya seperti Dataran Putrajaya, Monumen Alaf Baru, Taman Botani, Jambatan Seri Wawasan, Taman Rekreasi Wetland, Marina Putrajaya dan banyak lagi. Perjumpaan kali ini lebih istimewa apabila seramai sembilan pemilik R25 wanita yang turut sama berkonvoi dan bersama meraikan ulang tahun tersebut.

Selepas menikmati makan tengahari yang cukup lazat, para peserta cukup teruja untuk bersama-sama bergambar kenangan dengan Izuan Shahbudin yang kini cukup popular dengan gelaran 'Rossi Malaysia' oleh kerana wajahnya memang ada iras-iras dengan 'The Doctor'. Pada perayaan MotoGP Sepang tahun lalu, gambar Izuan Shahbudin bersama Rossi tersebar luas di media sosial malah turut dikongsi oleh laman web rasmi MotoGP.

Acara Pertandingan Tupai Cantik (Two Five) turut diadakan bagi melihat tahap kreativiti para pemilik R25 mengubahsuai jentera Yamaha itu menjadi lebih cantik, unik dan menarik. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Azzahari Mansor atau lebih popular dengan gelaran 'Abang Long' yang juga merupakan Presiden Western Selangor Crew yang menerima hadiah wang tunai bernilai RM300 beserta trofi.

Aktiviti petang itu diteruskan lagi dengan acara paling di tunggu-tunggu ialah Cabutan Bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah menarik sumbangan Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd, FSR Technology dan banyak lagi. Hadir menyampaikan hadiah ialah Ketua Pegawai Eksekutif Tuneboss, En. Farhan M. Ali. Tidak kiralah sama ada pemenang atau pun tidak, apa yang paling penting dalam penganjuran ini ialah kemeriahan yang dikongsi bersama pemilik R25 serta keakraban persahabat di kalangan rakan-rakan Yamaha ini yang terbukti semakin menebal. RR

Isu Pada

Jun 2017

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

H.O.G. Malaysia Sertai Tiga Ekspedisi Rentas Benua

RRCT/RRCSP & HRSKC Mulakan 2026 Dengan Konvoi Ke Hilir Perak

RSX-RS Crew Taiping Anjur Ride Penutup 2025

RSX-RS Crew Taiping Semarakkan Konvoi Berjiwa Honda ke Batu Kawan

Kembara RSX-RS Crew Taiping 2025 – Menjelajah Keindahan Pahang

Terengganu Gentleman Riders: Ride & Camp ke Lata Ulu Kasar

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.