Isu Terkini

Oktober 2024

Bintang / 16 Disember 2021

Kapcai Dua Beradik Dari Kuala Kangsar

Jom kita berkenalan dengan dua orang adik beradik pencinta motorcub dan juga Bintang RR bulan ini. Mereka ialah Zahiruddin dan Muhammad Shukry bin Zahari. Kedua-duanya berasal dari Kuala Kangsar, Perak dan merupakan peminat tegar jentera Honda C70 dari dulu hingga kini.

Zahiruddin atau lebih mesra dengan panggilan Ayie berusia 32 tahun yang menumpukan perhatian dalam perniagaan Apam Balik. Minatnya terhadap dunia dua roda dan pengubahsuaian hadir sejak di usia kecil lagi. Apabila ditanya mengapa Ayie cenderung untuk mengubahsuai motosikal, dia berkata: “Apabila kita mencantikkan sesebuah motosikal dari keadaan asal yang buruk menjadi cantik dari titik peluh sendiri, ia memberikan kepuasan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.”

Ayie mula menunggang motosikal ketika berusia 13 tahun dengan menggunakan motosikal ayahnya. Motosikal pertama milik Ayie ialah sebuah Honda Cub lampu bulat yang dihadiahkan oleh abang sulungnya, Ijam pada tahun 2004 lalu. Bagi Ayie, walaupun motor tersebut buruk tetapi ia adalah satu pemberian yang sangat bermakna.

Motosikal pertama milik Ayie ialah Suzuki lampu bulat dan sehingga kini, dia telah memiliki 11 buah motosikal seperti Yamaha RXZ, Honda Fame, Honda Cub C70 (Lampu Petak), Honda Cub C70 (Lampu Bulat), Honda Cub 50, Street Cub, Choppy Cub dan Honda EX5. “Saya memang suka motor-motor lama sebab ia digemari oleh semua lapisan masyarakat dan umur. Setiap kali apabila dibawa menunggang, ia bagaikan memiliki aura tersendiri dan pasti menarik perhatian setiap mata yang melihatnya.

“Banyak konvoi telah saya sertai dan antara yang paling jauh ialah ke utara tanahair dan ke Kelantan. Pengalaman manis buat Ayie ialah ketika menyertai konvoi ke Kelantan sempena penganjuran acara motosikal dan telah memenangi hadiah cabutan bertuah berupa sebuah motosikal Cub Chopper. Bila ada pengalaman manis, mesti juga ada kisah pahit dalam bermotosikal. Pada tahun 2019 lalu, motor Honda Cub 50cc saya jem/rosak ketika berada dalam terowong Ipoh.”


“Mungkin kerana enjinnya kecil. Menunggang di kawasan tinggi memaksa enjinnya berputar lebih daripada sepatutnya. Walaupun agak risau tetapi nasib baik saya bersama kawan. Motor itu terpaksa ditunda sehingga keluar dari terowong dan terus ke bengkel. Takut juga sebab dalam terowong tu kereta laju-laju. Mujur tak ada apa yang buruk berlaku.”

Untuk proses custom, setiap jentera yang diubahsuai mengambil masa di antara satu hingga dua minggu untuk disiapkan. Itu adalah proses mengubahsuai motosikal standard, kalau unit kustom akan mengambil masa lebih daripada 2 minggu. Menurut Ayie, alat ganti dan komponen didapati daripada rakan-rakan dan adiknya sendiri, Syukry juga salah seorang peniaga aksesori secara online.

“Kos untuk mengubahsuai motosikal bergantung kepada spesifikasi dan gaya kustom. Selalunya di antara RM3,000 malah boleh mencecah lebih daripada RM8,000 dan ke atas. Motor yang saya ubahsuai ini tidaklah untuk dijual kerana ia akan menjadi tatapan anak cucu di masa akan datang,” kata Ayie yang mengidamkan sebuah RD 250.


Minat yang sama turut dimiliki oleh adiknya, Shukry yang berusia 27 tahun. Masih bujang dan bekerja sebagai juru kimpal serta turut minat dalam perniagaan. Shukry juga rajin dalam hobi mengubahsuai motosikal dan memiliki beberapa buah jentera C70 kustom yang cukup menarik.

“Motosikal pertama saya adalah hadiah dari Ayie dan selain itu, saya juga memiliki beberapa model lain seperti Honda Cub (lampu bulat), Honda Cub (lampu petak), Street Cub, Honda Cub 'Limosin', Honda RS150 dan sebuah jentera cub cross. Bagi saya, motosikal adalah sebuah mesin yang direka cukup bijak. Ia mudah dikendali, senang diselenggara dan boleh ke mana sahaja tanpa perlu risau pada kesesakan lalu lintas.”

Dengan kreativiti serta minat yang mendalam, Shukry dan abangnya Ayie dapat mencipta pelbagai rekaan baru termasuklah sistem saspensi, kerangka, sistem ekzos dan macam-macam lagi. Antara pengubahsuaian yang paling sukar ialah ketika menyiapkan model Street Cub dan Honda Cub Limosin. Antara proses paling susah dan benar-benar perlukan tumpuan serta kepakaran ialah ketika membuat sistem saspensi. Jika berlaku kesilapan, pergerakan serta keseimbangan tayar akan terjejas.

Menurut Shukry, pencarian alat ganti/komponen tidaklah begitu susah kerana masih ada dijual di bengkel atau kedai motosikal di bandar Kuala Kangsar.

“Selain ubahsuai motosikal, saya juga suka mengembara dan antara destinasi yang sudah saya pergi dengan jentera Honda Cub ini ialah Perak, Pahang, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Kelantan. Seronok dapat melihat keindahan negara sendiri dan berjumpa dengan kawan-kawan berbagai latar belakang dengan minat yang sama,” kata Shukry.



Antara kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh Shukry ialah apabila dinobatkan sebagai pemenang 'Best of the Best' di acara Autoshow yang diadakan di Kampar, Perak dua tahun yang lalu.

“Motosikal idaman saya ialah Honda MBX 250 dan pastinya akan berusaha untuk dapatkannya. Setiap motor saya yang telah diubahsuai tidaklah untuk dijual. Ia adalah hasil titik peluh dan kreativiti kami dua beradik yang bakal menjadi kenangan indah suatu hari nanti.” RR

Untuk melihat cara mereka membuat pengubahsuaian, boleh layari channel Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCusxw2wYwTeSx5vhlf44k0A/featured

Isu Pada

November 2021

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

Yamaha XMAX 250 - Arai Nicky Hayden

Kawasaki H2 Gundam Dari Dungun

Yamaha R25 Jadi MT25 Jadi XSR25

Honda Fame 'Rare' Milik Orang Temerloh

Yamaha YZF-R25 'Garang' Dari Melaka

Yamaha Nmax Doraemon Raih Populariti

Modenas Jaguh Custom 'Ride To Nature'

Yamaha 135LC Custom Moped

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Jerez Jadi Medan Kebangkitan Qabil Irfan

Qabil Irfan Azlan mahu meneruskan momentum positif apabila mengharungi Pusingan 3 Moto4 European Cup 2026 yang berlangsung di Litar Jerez.

Dari Litar

Selepas BRNO, Hakim Danish Mahu Fokus di Assen

Selepas kejayaan di BRON, Hakim Danish mahu teruskan momentum positif di pusingan berikutnya.

Dari Litar

Penantian 10 tahun Malaysia, Hakim Danish Cipta Sejarah Baru

Hakim Danish Ramli melakar sejarah apabila meraih kemenangan sulungnya dalam Kejuaraan Dunia Moto3 selepas muncul juara di GP  Republik Czech.

Dari Litar

Marco Bezzecchi Kekal Digantung Di GP Czech

Hukuman yang dikenakan Marco Bezzecchi kekal.