☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Bintang / 10 Mac 2019

Yamaha 135 LC Cantik & Menawan

Jika motosikal itu cantik mesti dapat menarik perhatian orang-orang di sekeliling, ada yang bergambar, berkongsi cerita dan macam-macam lagi ragam mereka. “Untuk melakukan pengubahsuaian pada motosikal kita, pastinya memerlukan kos yang tinggi. Tetapi setinggi manapun kos itu bukan penghalang jika kita betul-betul berusaha untuk mencapai impian yang
kita inginkan,” kata Bintang Bulan Ini, Mohmad Yusof B. Haji Ahmad.

Digelar sebagai Uchop Ahmad, berumur 36 tahun, sudah berumah tangga dan bekerja sebagai seorang penyanyi. Makanan kegemarannya ialah nasi ayam. Minatnya pada motosikal mekar sejak di usia muda lagi. “Orang lelaki dengan jentera dua roda memang tidak dapat dipisahkan. Ada sahaja yang ingin diubahsuai pada motosikalnya,” kata Uchop. Selain bermotosikal, beliau juga turut menyukai aktiviti sukan seperti badminton dan bola sepak bila kelapangan waktu.

Uchop yang memiliki empat buah motosikal iaitu Yamaha SSTwo, 135LC dan dua jentera Honda EX5 juga mempunyai pengalaman konvoi yang banyak. Antara kawasan yang pernah dilawati ialah Kedah, Johor dan beberapa tempat lagi. Ride yang paling jauh pernah ditujunya ialah Thailand dan destinasi yang dipilih adalah Krabi bersama rakanrakannya. “Dengan berkonvoi, kita dapat berkenalan bersama rakan baru dari dalam dan luar negara. Selain itu, kita juga dapat menimba pelbagai ilmu dan menunggang secara berhemah ketika berada di atas lebuh raya.”

Setiap orang pasti mempunyai kenangan manis.  Kenangan buat saya yang tidak dapat dilupakan adalah pada tahun 2012. Saya menjadi juara dalam pertandingan Vokal Bukan Sekadar Rupa musim kedua dan telah membawa pulang hadiah lumayan.

“Saya pernah terlibat dalam kemalangan semasa menyertai ride bersama rakanrakan dari Sungai Buaya ke Kerling. Mujur tidak mengalami kecederaan yang agak serius dan hanya luka-luka kecil sahaja. Bagaimanapun, kemalangan tersebut telah membuatkan saya mengalami kehilangan ingatan selama sehari, kemungkinan kepala saya terhantuk di mana-mana bahagian keras”.

“Saya lebih suka menunggang kenderaan dua roda berbanding empat roda. Motosikal mudah ditunggang ke mana kita mahu pergi, apabila berada di kawasan bandar terutama KL yang sentiasa sesak tidak kira masa. Dengan jentera ini kita dapat mencelah di laluan sempit yang sukar dilalui oleh kenderaan besar,” kata Uchop.

Ketika berumur 12 tahun, motosikal pertama yang dipacunya ialah Honda C70 milik bapa saudaranya. Sejak dari itu beliau sentiasa inginkan motosikal sendiri. “Pertama kali menunggang jentera tersebut, saya berasa sangat teruja memacunya. Walaupun masa itu tiada lesen, saya tetap memberanikan diri untuk mencubanya. Ternyata C70 ini sangat mudah untuk ditunggang ke manamana sahaja.” Uchop memulakan projeknya pada tahun 2014 selepas membeli Yamaha 135LC, murah dan berbaloi dengan harga sekitar RM3,800.

“Saya pilih model ini kerana ia  cukup terkenal sejak keluarannya sehingga sekarang. Lagipun kebanyakan alat ganti dan aksesori juga mudah untuk didapati dalam pasaran negara ini.”
Proses pertama diubahsuai adalah bahagian enjin. Beberapa bahagian telah ditukar untuk menambahkan lagi kuasa pecutan pada jentera ini. Setelah berpuas hati dengan kuasa enjin yang mampu menarik mesinnya dengan pantas berbanding enjin asal, barulah beliau melakukan proses seterusnya.

Uchop telah menadaptasikan corak pada jenteranya daripada jentera Aprilia RSW250 yang ditunggang Valentino Rossi pada tahun 1999 di Litar Mugello, Itali.  Untuk mendapatkan hasil mengagumkan dan sempurna, beliau telah menghantar jenteranya ke sebuah bengkel untuk dicat baru.

Warna dan corak yang dilakukan sangat halus dan kemas sekali. Memang puas hati bila sudah siap dicat sepenuhnya. Hasil kerja yang dibuat sangat berbaloi. Walaupun nampak seperti susah untuk dicipta, bagi seseorang yang berpengalaman tidak jadi masalah!

Untuk menampilkan jenteranya lebih garang, saspensi hadapannya telah ditukar kepada saspensi hadapan jenis terbalik beserta brek caliper Brembo. Hasilnya memang berkesan, unggangan yang lebih stabil dapat dirasakan ketika meluncur laju dan di laluan berselekoh . Antara bahagian lain yang ditukar adalah lengan ayun, tuas brek dan klac berwarna krom dan sport rim.

Untuk serasikan dengan model 135LC Uchop, beliau telah menukar ekzos asal kepada bunyi yang lebih kuat lagi. Pulas sahaja deruman yang terhasil cukup mantap dan sedap untuk didengar.

Sememangnya Uchop tidak mempunyai hasrat untuk menjual jentera ini kerana terlalu sayangkannya. Walaupun Uchop meminati jentera RXZ, kini beliau mengidamkan sebuah Yamaha Y15ZR kerana terlalu menyukai prestasi enjin, reka bentuk dan kemampuannya beraksi di atas jalan.

Sejak memulakan pengubahsuaian, Uchop telah berbelanja hampir RM12,000 untuk keseluruhan jenteranya termasuk enjin. Setelah siap pengubahsuaian, 135LC barunya cukup bergaya sekali. Tidak kira ke mana sahaja beliau pergi, ada sahaja yang menyapa dan berkongsi minat yang sama walaupun ada juga yang memberi pandangan positif mahupun negatif. “Bagi saya setiap orang layak memberikan pandangan masing-masing. Ada orang minat dengan pengubahsuaian motosikal dan ada juga yang tidak.”

Mungkin ini kali terakhir beliau mengubahsuai Yamaha 135LC miliknya. Jika diberi peluang beliau akan menghasilkan idea-idea menarik untuk ubah jentera lain pula demi menarik minat para penunggang dalam dunia permotoran pada masa akan datang. RR

Isu Pada

Mac 2019

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Yamaha XMAX 250 - Arai Nicky Hayden

Kawasaki H2 Gundam Dari Dungun

Yamaha R25 Jadi MT25 Jadi XSR25

Honda Fame 'Rare' Milik Orang Temerloh

Yamaha YZF-R25 'Garang' Dari Melaka

Yamaha Nmax Doraemon Raih Populariti

Modenas Jaguh Custom 'Ride To Nature'

Yamaha 135LC Custom Moped

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.