Isu Terkini

Oktober 2024

Bintang / 21 November 2020

Y15ZR Berkonsepkan Superbike

Berbicara tentang motosikal, setiap pecinta dua roda inginkan sebuah jentera yang cantik, garang dan mampu menarik perhatian orang di sekeliling. Untuk mengubahsuai motosikal bukannya satu perkara yang mudah, ia amat memerlukan kos yang tinggi dan juga tenaga kerja yang berkemahiran.

Rudy Norman Azman atau lebih mesra dikenali di kalangan rakan-rakannya sebagai Rudy GTB, berumur 37 tahun dan bekerja sebagai seorang peniaga yang sudah berumah tangga. Beliau memiliki dua orang cahaya mata. Dulunya, Rudy amat aktif dalam sukan drifting kereta tetapi kini telah berpindah minat dalam industri motosikal sejak dua tahun yang lalu. “Impak dalam industri kereta ternyata tidak sama seperti motosikal. Selain itu, kami juga ada siaran Youtube Geng Tayar Besar yang semakin mendapat sambutan daripada orang awam yang berkongsikan info-info menarik dan pengubahsuaian motosikal.”

Antara pengalaman pahit yang tidak dapat dilupakannya adalah semasa berada di penghujung industri kereta. Bermula dari drifting, ubahsuai kereta dan pembuatan filem. “Kami telah bekerjasama dengan salah seorang penerbit yang juga pelakon terkenal dalam menjayakan sebuah filem kereta. Cerita tersebut tidak mendapat sambutan menggalakkan selepas ianya ditayang di pawagam dalam masa beberapa bulan. Akibatnya, kami telah mengalami kerugian yang agak besar.”

Motosikal pertama dimilikinya adalah Yamaha Y15ZR yang dibeli pada tahun 2017. Jentera ini adalah sebuah model yang cukup terkenal dalam kelasnya. Di manamana sahaja sentiasa akan kelihatan model tersebut. Selain itu, Rudy juga turut memiliki sebuah Yamaha R25 2019.

Pengubahsuaian:
Rudy mula menunggang motosikal pada umur 17 tahun. Model yang ditunggang adalah Virago 535 milik ayahnya. Beliau amat menyukainya ketika itu kerana dapat ke sekolah dengan motosikal dan nampak bergaya ketika ditunggang.  

Beliau telah memilih Y15ZR untuk diubahsuai kerana ia adalah sebuah model yang diminati ramai tidak kira dalam peringkat umur apa sekali pun. Jentera ini memang sesuai buat mereka yang sukakan trend terkini kerana memiliki bentuk menawan serta spesifikasi hebat.

Bahagian tayar dan sportrim adalah proses pertama pengubahsuaian ini. Untuk menampakkan seperti konsep jentera superbike, beliau telah menggunakan sportrim dan tayar bersaiz besar untuk jenteranya. “Bila kita ingin memakai rim yang besar, sudah pasti lengan ayunnya juga perlu ditukar. Saya dan rakan telah men‘kustom’ lengan ayun daripada model Aprilia 250 untuk dipadankan pada jentera saya. Ia perlu diukur dan dipotong dengan tepat agar kedudukan sportrim dan motosikal dalam keadaan selari. Proses ini telah mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan kerana perlu penelitian yang tinggi untuk menjadikan ianya stabil dan kukuh apabila di atas jalan raya.”

Selepas menggunakan lengan ayun Aprilia 250, beliau telah menukarnya kepada model Kawasaki ZX-6R dan sportrim Aprilia 250. Jenteranya ternyata lebih menawan selepas menggunakan saspensi hadapan jenis terbalik (USD) jenama Ohlins. Rudy telah menggunakan tapak mengikat batang fork daripada jentera R 25 supaya dapat melebarkan ruang tayar gergasi tersebut.

Apa yang menarik, jenteranya telah dipadankan dengan tayar Pirelli Diablo Rosso Scooter (hadapan: 120/70 – 17) dan Pirelli Diablo Supercorsa (belakang: 200/55 – 17) supaya dapat mengambil selekoh dengan lebih cemerlang sekali. Rudy telah menggunakan brek cakera berkembar saiz besar serta brek caliper brembo di hadapan untuk mendapatkan cengkaman yang baik ketika membrek. Manakala brek belakang masih lagi menggunakan yang asal.

“Valentino Rossi merupakan seorang pelumba kegemaran saya dalam acara sukan MotoGP. Saya mula minatnya sejak tahun1997 lagi. Boleh dikatakan dia adalah seorang legenda dalam perlumbaan ini. Tanpa Rossi mungkin MotoGP tidak menyerlah seperti sekarang. Selepas sahaja pasukan factory Yamaha diperkenalkan pada awal tahun, saya mula mengubah rekacorak grafik pada motosikal saya mengikut konsep jentera pasukan Yamaha MotoGP 2019 yang ditunggang Rossi. Proses mengecat telah mengambil masa hampir sebulan untuk disempurnakan. Walaupun agak lama, hasil kerjanya memang mengagumkan sekali.”

Panel pada bar hendal sebelah kiri dan kanan telah ditukar kepada jenis butang. Terdapat beberapa warna iaitu merah, kuning, hijau, putih dan biru. “Barulah seperti menunggang jentera MotoGP,” kata Rudy sambil tersenyum.

Antara aksesori lain yang ditukar adalah, sarung pendikit, pemijak kaki, hos brek, tuas brek brembo RCS19, meter angin, voltmeter dan penutup enjin sebelah kanan separa jernih supaya jenteranya sentiasa nampak menarik.

Untuk diserasikan dengan bentuk Y15ZR Rudy yang cukup garang, beliau telah bertukar ekzos asal kepada ekzos yang telah diubahsuai untuk mendapatkan bunyi lebih mantap. Pulas sahaja pendikit, jenteranya bagaikan bergema dan dapat dikenali dari jauh. Selain itu, enjin pada jentera ini juga telah diubahsuai untuk mempertingkatkan lagi kuasa hantaran yang lebih tinggi berbanding yang asal.

Sejak memulakan pengubahsuaian, Rudy telah berbelanja hampir RM31,000 dan apabila semua siap sepenuhnya, Y15ZR barunya kelihatan cukup ranggi sekali. Tidak kira ke mana sahaja beliau pergi, ada sahaja yang memandang kerana tertarik dengan keanggunannya. Menurut Rudy, jentera miliknya telahpun berjaya mendapatkan dua kali autograph daripada Rossi ketika winter test 2018 dan 2019 di negara ini.

Selain daripada pengubahsuaian jenteranya, R25 milik Rudy juga telah dihias dengan grafik yang sama seperti Y15ZR. RR

Isu Pada

Mei 2019

Popular

  • Warta Roda

    Pelajar Sekolah Maut Selepas Motosikal Dinaiki Rempuh Lori

  • Model Baru

    Hanway Heritage, Jentera Gaya Bobber Dilancarkan!

  • Model Baru

    ARIIC 318GT Secara Rasmi Dilancarkan – RM 22,888

  • Dari Litar

    Fabio Quartararo Kembali Julang Yamaha di Podium. Alex Marquez Raih Kemenangan Pertama

  • Warta Roda

    Kemalangan di Lebuhraya Karak. Penunggang Motosikal Dikesan Polis

Artikel berkaitan

Yamaha XMAX 250 - Arai Nicky Hayden

Kawasaki H2 Gundam Dari Dungun

Yamaha R25 Jadi MT25 Jadi XSR25

Honda Fame 'Rare' Milik Orang Temerloh

Yamaha YZF-R25 'Garang' Dari Melaka

Yamaha Nmax Doraemon Raih Populariti

Modenas Jaguh Custom 'Ride To Nature'

Yamaha 135LC Custom Moped

Disyorkan untuk anda
Model Baru

SYM ADXTG 400 Sah Masuk Malaysia... Adakah TTLBT 508 akan ikut serta?

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kami (RR) akan di kilang SYM di Taiwan untuk melihat dan menunggang uji skuter adventure terbaru iaitu ADXTG 400. Tapi... adakah SYM TTLBT pun akan masuk ke pasaran negara?

Dari Litar

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Saingan PETRONAS Cub Prix 2025 telah pun dilancarkan di LYL International Karting Circuit semalam.

Warta Roda

Penunggang Motosikal Maut Terkena Bongkah Batu Berat

Seorang buruh binaan warga Bangladesh maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas akibat terkena bongkah batu di Jalan Paya Terubong, Pulau Pinang di sini pada Jumaat lalu.

Model Baru

Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

Untuk tahun 2025, Harley-Davidson menyenaraikan beberapa model yang telah diberikan nafas serba baru. Jom kita mulakan dengan model bobber 'otai' iaitu Street Bob. Street Bob ialah bobber yang kurus dan ramping dengan bar hendal jenis mini-ape yang dipadankan dengan enjin Milwaukee-Eight® 117 Classic V-twin bersesaran 1,923cc yang cukup padu!