Isu Terkini

Oktober 2024

Bintang / 5 Oktober 2020

Street Club 'Iron-Man' Dari Sg Besar

Minatnya dalam dunia pengubahsuaian bermula kira-kira enam tahun yang lalu selepas melihat beberapa rakannya bergaya dengan motosikal masing-masing. Bermula dengan motosikal klasik, minatnya berubah kepada dunia Street Cub apabila jatuh cinta dengan keunikan jentera tersebut yang akhirnya memberikan kepuasan dan keseronokan buat beberapa kali ketika dinobatkan sebagai juara. Itulah kisah Bintang Bulan Ini, Syahrulnizam bin Sharani atau lebih mesra dengan panggilan Ayah Atan.

Beliau berumur 40 tahun dan telah berumah tangga dengan tiga orang cahaya mata. Isterinya, Kak Yanti juga merupakan seorang peminat motosikal kustom dan selain dunia motosikal, Syahrul juga seorang kaki joran.

“Saya mula berminat dalam dunia pengubahsuaian apabila melihat rakan-rakan di kampung mengubah motosikal masing-masing menjadi jentera klasik. Seronok tengok kerana mereka agak aktif. Rajin berkonvoi menyebabkan saya juga tidak mahu melepaskan peluang tetapi apabila motor saya siap, mereka pula diam dan berhenti 'bermain' klasik. Panas pula hati sebab saya berhabis lebih daripada RM5,000. Motor pula tersimpan tanpa diusik sehingga beberapa bahagian mulai merekah.”

Pada tahun 2013, Syahrulnizam melihat ada pemilik yang sudah mula 'memotong' motosikal lama menjadi Street Cub dengan tayar yang bersaiz besar dan penuh aksesori. Memandangkan dia juga mempunyai sebuah motosikal klasik, dia terus membuat perubahan dan bersama-sama dengan rakan-rakan Street Cub berkonvoi ke beberapa tempat.

Untuk memberi sokongan terhadap minat suaminya, Kak Yanti telah membeli sebuah motosikal di Klang pada harga RM3,200. Motosikal itu kemudiannya diubahsuai sedikit dan terus menyertai pertandingan motosikal cantik yang diadakan di Shah Alam. Percubaan pertamanya itu telah membuahkan hasil apabila dipilih sebagai pemenang tempat ketiga.

“Kemenangan itulah yang menyemarakkan semangat saya untuk membuat pengubahsuaian seterusnya. Saya kemudiannya mendapatkan sebuah lagi motosikal iaitu Honda Petak C70 daripada mak mertua yang dah terbengkalai di belakang rumah.”

Proses pengubahsuaian dimulakan dengan membogelkan keseluruhan motosikal tersebut dan mengemaskan bahagian luaran yang telah rosak. Syahrul kemudiannya melebarkan bahagian belakang untuk memasukkan tayar yang lebih besar. Kebanyakan komponen dan aksesori yang dikehendakinya agak terhad dan ini menyebabkan Syahrul terpaksa memesan kebanyakan barangan tersebut dari Kelantan dan Thailand. Bar hendal asal diganti baru dengan aksesori yang berharga agak tinggi.

Demi mendapatkan kepuasan, sistem ekzos Honda ini juga telah melalui dua kali pengubahsuaian. Kali pertama ianya dipisahkan kepada dua corong di kiri dan di kanan dengan rekabentuk lurus yang memakan belanja sekitar RM400. Selepas kurang berpuas hati, Syahrul mencipta pula ekzos baru dengan bentuk lebih menarik yang memakan belanja RM800. Fork hadapan juga ditukar dengan fork Yamaha yang diubahsuai menjadi lebih unik dan lain daripada yang lain. Bahagian fork ini diletakkan di bahagian luar agar tampak moden dan mantap!

Honda 'barunya' ini juga diperkemaskan dengan penggunaan brek jenis cakera yang dipasang di depan dan belakang. Walaupun modal membuat pemasangan ini agak tinggi, hasilnya memang cantik dan berfungsi dengan agak baik. Untuk disesuaikan dengan rekabentuk Street Cub tayar hadapannya kini bersaiz 120 inci dan belakang 150 inci. Saspensi belakang motosikal barunya kini dicantikkan saspensi berspring jenis bergas. Proses ini antara yang paling mudah untuk ditukar kerana motosikal ini dapat dipasang dengan apa jenis saspensi pun cuma perlukan ketinggian yang tepat sahaja.

Bahagian enjin juga telah diwarnakan sebanyak dua kali, Dari asal ke warna merah dan kini ianya berwarna krom yang memerlukan model sehingga RM800 untuk disiapkan. Lampu belakang, meter, pelana, tongkat, penutup enjin, pendikit, tuas brek asal ditukar dengan barang aksesori baru yang lebih cantik.

Idea untuk menghasilkan corak Iron Man ini kerana Syahrul sememangnya meminati watak ini dan warna merah. “Kalau warna hijau, kita akan buat corak Hulk... saya nak warna merah dan watak Iron Man paling sesuai. Topi keledar saya juga dah dicatkan dengan rekacorak Iron Man.”

Walaupun motor ini belum lagi siap sepenuhnya, Syahrul bertekad ke Lumut untuk menghadiri acara 'Bike Week' dan mengambil bahagian dalam Pertandingan Motosikal Cantik. Walaupun ia merupakan penyertaan pertama Syahrul, motosikal Hondanya telah muncul juara 'Best of The Best'. Antara faktor utama kemenangannya ialah kerana ketika itu hanya motosikal Syahrul sahaja yang menggunakan kaedah 'Air Brush' pada keseluruhan rekabentuk. “Memang ketika itu ramai yang menyertai pertandingan tersebut dan saya telah menang dalam kategori Street Cub, Airbrush. Alangkah seronoknya!”

Sejak kemenangan itu, Syahrul dan Kak Yanti telah menyertai banyak pertandingan motosikal cantik yang diadakan di seluruh semenanjung negara. Dengan modal menghampiri RM13,000, keunikan mesin ciptaan pasangan suami isteri ini telah muncul juara pelbagai kategori sebanyak 15 kali dan beberapa kali di tempat kedua dan ketiga.

Motosikal ini juga bukanlah sekadar dibawa untuk bertanding sahaja. Syahrul juga sering membawa motosikalnya ini berkonvoi ke merata tempat termasuk ke Cameron Highlands. Sememangnya, ia menjadi perhatian ramai dek kerana warna dan rekabentuk yang cukup menarik. “Saya kini dalam perancangan untuk membuat sebuah lagi model serba baru yang lebih cantik dan garang. Pastinya tayar belakang akan ditukar kepada yang lebih besar,” kata Syahrul. RR

Isu Pada

Oktober 2017

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

Yamaha XMAX 250 - Arai Nicky Hayden

Kawasaki H2 Gundam Dari Dungun

Yamaha R25 Jadi MT25 Jadi XSR25

Honda Fame 'Rare' Milik Orang Temerloh

Yamaha YZF-R25 'Garang' Dari Melaka

Yamaha Nmax Doraemon Raih Populariti

Modenas Jaguh Custom 'Ride To Nature'

Yamaha 135LC Custom Moped

Disyorkan untuk anda
Kembara

TM Bikers Ride ke Sri Lanka 2026

Jelajah TM Bikers Sri Lanka Ride 2026 berjaya dilaksanakan dengan penyertaan ahli-ahli TM Bikers bersama rakan-rakan.

Model Baru

Yamaha XSR155 Akhirnya Tiba di Malaysia - RM12,998

Yamaha XSR155 akhirnya tiba ke pasaran negara yang menampilkan gaya neo-retro.

Model Baru

Lambretta Malaysia Pertonton Dua 'Wajah' Serba Baru

Lambretta Malaysia telah mempertontonkan dua model terbaru mereka di acara Kustom Kultur, Art of Speed 2026 baru-baru ini. Ucapkan 'Selamat Datan' buat J200 dan X50GP yang kedua-duanya mempunyai aura dan keistimewaan yang tersendiri.

Model Baru

Aveta Vanguard 180 Dilancarkan - Bermula RM9,398

AVETA terus mengembangkan raingkaianĀ keluarga Vanguard menerusi pengenalan baharu buatĀ skuter Adventure Touring Crossover (ATC) iaitu Vanguard 180.