Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Jun 2016

Petronas CubPrix 2016, Pusingan 3, Kangar, Perlis : Kasma Kejar Fazli

Pelumba muda cukup berbakat, Kasma Daniel dari pasukan Petronas Yamaha Maju Motor kini hanya berada lapan mata di belakang Fazli yang sedang mendahului carta mata keseluruhan untuk persaingan kelas prima musim ini. Selepas menyinar pada pusingan pertama, Kasma cuba untuk mengekalkan perlumbaan seterusnya (Litar Batu Kawan) tetapi masalah teknikal yang menimpa telah memusnahkan harapannya untuk berada di podium.

Kemenangan Kasma Daniel di Perlis memberikan pungutan mata tambahan bermakna untuk memintas Fazli Sham.
Kemenangan Kasma Daniel di Perlis memberikan pungutan mata tambahan bermakna untuk memintas Fazli Sham.

Pusingan kedua diungguli oleh pelumba veteran, Ahmad Fazli Sham yang juga berjaya mencatat rekod tersendiri apabila muncul pelumba terbanyak memenangi perlumbaan kelas perdana. Seorang lagi pelumba pengalaman negara, Norizman Ismail turut berjaya meraih podium di tempat kedua diikuti oleh Md Azhar Jalil dari pasukan Motul Zeneos Yamaha YY Pang di tempat ketiga.

Para penyokong Yamaha hadir dengan R25!
Para penyokong Yamaha hadir dengan R25!

Pulau Pinang ditinggalkan bagi meneruskan cabaran di litar Kangar pula. Demi menebus kekecewaannya di Batu Kawan, Kasma turun ke litar dengan semangat dan harapan serba baru. Pelumba berusia 16 tahun ini berjaya meratah setiap selekoh dengan cemerlang di superpole bagi menempah petak paling hadapan diikuti rapat oleh Adib Rosley dari pasukan Motul Zeneos Yamaha YY Pang dengan perbezaan masa hanya 0.413 saat.

Fazrul Sham (11) cuba mengejar Adib Rosley (88) dan Md Izzat Zaidi.

Kru pasukan memastikan jentera dalam keadaan yang terbaik sebelum perlumbaan.
Kru pasukan memastikan jentera dalam keadaan yang terbaik sebelum perlumbaan.

Perebutan tempat paling hadapan turut disertai oleh Hafiz Nor Azman yang kini ternyata semakin matang. Menyedari Adib dan Hafiz yang sedang mengatasi satu sama lain, Kasma mengambil peluang ini sebaik-baiknya untuk menjarakkan diri dan melintasi garisan penamat di tempat pertama dengan catatan masa 12'57.333s. Adib dan Hafiz berjaya mendapatkan podium pertama mereka masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Md Izzat Zaidi (98) di tempat kelima dalam perlumbaan akhir, litar Kangar, Perlis.

“Permulaan saya tidak begitu baik. Saya terlepas kedudukan pendahulu kepada Adib namun menggunakan peluang untuk mengekori di belakang sambil melihat keupayaan jentera Adib. Saya sedar jentera Yamaha saya mempunyai kelebihan dan mencari ruang untuk memintas seterusnya memenangi perlumbaan. Saya berterima kasih kepada seluruh pasukan PETRONAS Yamaha Maju Motor kerana menyediakan jentera terbaik,” jelas Kasma.

Bakal pelumba negara masa hadapan!
Bakal pelumba negara masa hadapan!

CP115

Kedudukan Tengku Amirul dalam carta keseluruhan semakin kukuh apabila muncul juara sekali lagi dan kemenangan kali ini diperolehi dengan gaya tunggangan yang cukup meyakinkan. Bermula di hadapan sekali jelas memberi kelebihan untuk Tengku memecut dengan lancar.

Aksi bersahaja daripada pemenang CP115. Dari kiri, Syukran, Tengku Amirul & Md Akid Aziz.
Aksi bersahaja daripada pemenang CP115. Dari kiri, Syukran, Tengku Amirul & Md Akid Aziz.

Pelumba pasukan Petronas Yamaha CKJ, Ahmad Syukran pada mula mampu mengejar dan memberi tekanan tetapi selepas beberapa lap, Tengku ternyata terlalu pantas untuk dikejar. Apabila mengetahui sudah mustahil untuk mendapatkan gelaran juara, Syukran mengemaskan tunggangannya untuk menamatkan cabaran pusingan ketiga di tempat kedua manakala tempat ketiga dimenangi oleh Mohd Akid Aziz.

Tengku kini berada di tangga tertinggi dengan 70 mata diikuti juara Wira 2015, Harith Farhan (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) 51 mata dan Fareez Afeez di tangga ketiga dengan 38 mata.

Permulaan kelas Wira.
Permulaan kelas Wira.

Tiga kali lumba... tiga kali menang... hatrik!! Itulah prestasi hebat yang sedang dipamerkan oleh pelumba jentera Honda, Md Shafiq Ezzariq selepas muncul juara di Serdang, Batu Kawan dan yang terkini iaitu di Kangar, Perlis. Pelumba muda ini mendominasi perlumbaan akhir dengan cukup selesa walaupun pada mulanya diberi sedikit tekanan oleh para pelumba lain.

Dari kiri: Helmi Azman, Md Shafi Ezzariq & Md Idil Fitri Mahadi di podium kelas Wira.
Dari kiri: Helmi Azman, Md Shafi Ezzariq & Md Idil Fitri Mahadi di podium kelas Wira.

Pemenang tempat kedua, Md Helmi Azman turut menunjukkan peningkatan berbanding dua pusingan sebelum ini. Helmi berjaya meninggalkan Idi Fitri sejauh 5.349 saat di tempat ketiga dan Aiman Tahiruddin di posisi keempat.

Shafiq kekal di tangga teratas dengan 75 mata maksimum diikuti rakan sepasukan, Saiful Azhary Muhamad kedua dengan 34 mata dan Helmi ketiga, 33 mata.

Azroy Hakeem Anuar.
Azroy Hakeem Anuar.


kelas Yamaha Petronas Super Series dijuarai oleh Md Fadli Shah Redzuan.
kelas Yamaha Petronas Super Series dijuarai oleh Md Fadli Shah Redzuan.

Saingan di antara empat pelumba muda iaitu Fadli Shah, Faiz Zekri, Alif Ashraf dan Md Akmal ternyata semakin sengit. Keempat-empat mereka bukan sahaja sentiasa berada di dalam satu kumpulan tetapi juga mampu memberikan persembahan yang cukup mendebarkan.

Fazli Sham
Fazli Sham

Md Syarifuddin Azman (18) memberi cabaran bermakna.

Juara di Serdang, mendapat tempat ketiga di Batu Kawan ternyata merupakan satu keputusan yang membakar semangat Fadli untuk cuba bangkit di pusingan ketiga ini. Walaupun dalam penuh kesukaran, Fadli akhirnya berjaya menambah 25 mata penting ke dalam koleksi matanya selepas menewaskan Alif Ashraf pada perlumbaan akhir untuk muncul juara.

Walaupun agak kecewa, keputusan di tempat kedua telah melonjakkan nama Alif ke tangga ketiga keseluruhan dengan 44 mata, hanya ketinggalan lima mata di belakang Faiz Zekri yang tidak begitu menyerlah pada pusingan ketiga ini.

Sokongan daripada penyokong pasukan Honda meriah sekali.
Sokongan daripada penyokong pasukan Honda meriah sekali.

Dia pelumba terpantas di sesi kelayakan dan dia juga pelumba terpantas dalam persaingan akhir. Itulah juara tiga kali, Syairul Yuslie yang sekali lagi mencipta kemenangan di negeri Indera Kayangan ini.

Syairul Yuslie Suhaimi menang kelas Honda Alpha Challenge.
Syairul Yuslie Suhaimi menang kelas Honda Alpha Challenge.

Syafi Zuhair Razak (16) berentap dengan Md Nazif Samsol (14).

Sedang dia sibuk menjulang kemenangan, para pelumba lain seperti Md Haziq, Md Ariff dan Luth Harith masih 'berlaga' sesama sendiri untuk membuktikan keupayaan masing-masing. Haikal Syafik berjaya meloloskan diri untuk menerima kibaran bendera penamat di tempat kedua meninggalkan Md Ariff di tempat ketiga dengan perbezaan masa hanya 0.423 saat.

Pusingan keempat akan berlangsung di Pasir Mas, Kelantan pada 20-21 Mei nanti. RR

Isu Pada

Jun 2016

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

Helmi Juara CP150 di Terengganu

Bezzecchi Terpantas di Aragon

Hakim Danish Mahu Bangkit Semula di GP Aragon

Irfan Haykhal Raih Kemenangan Sulung di CP150

Hakim Danish Kekal di Moto3 Bersama MSI RACING TEAM

Hakim Danish Sedia Harungi Cabaran di Silverstone

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

Akid Aziz sertai pasukan VOGE AS25 Racing Team dalam saingan CP150.

Dari Litar

Irfan Haykhal Raih Kemenangan Sulung di CP150

Md Irfan Haykhal Amidi akhirnya menamatkan penantian untuk meraih kemenangan sulung dalam kategori CP150 selepas muncul juara dalam pusingan keepat CP150.

Model Baru

Yamaha XMAX 300 Tech Max Dilancarkan

HLYM secara rasminya perkenalkan skuter baharu iaitu XMAX Tech MAX.

Model Baru

Aveta Vanguard 180 Dilancarkan - Bermula RM9,398

AVETA terus mengembangkan raingkaianĀ keluarga Vanguard menerusi pengenalan baharu buatĀ skuter Adventure Touring Crossover (ATC) iaitu Vanguard 180.