☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 28 September 2020

Fabio Quartararo Kembali Ke Puncak

Fabio Quartararo memberikan persembahan cukup luar biasa untuk mendominaasi GP Catalan seterusnya meletakkan kembali namanya di kedudukan teratas kejuaraan. Walaupun tidak bermula dengan sempurna, Quartararo telah mempamerkan tunggangan yang bertenaga untuk mengejar kelompok di hadapan dan menjadi pemain terpantas di litar. Dari kedudukan di belakang, dia berjaya berada di kedudukan kedua beberapa lap kemudian.

Pertarungan sengit di antara dua rakan sepasukan, Fabio Quartararo (20) & Franco Morbidelli.

Joan Mir
Joan Mir

Turut menjadi perhatian ramai tentunya pelumba muda pasukan Suzuki Ecstar, Joan Mir yang kini telah berjaya menduduki podium buat kali ketiga berturut-turut – pelumba pertama Suzuki lakukannya sejak Kenny Roberts Jr. Pada tahun 2000 lalu. Dovizioso yang pada awalnya dijangka akan memberi saingan sengit demi kedudukannya di tangga keseluruhan terpaksa bersara awal selepas terlibat dalam kemalangan dengan Johann Zarco.

Valentino Rossi yang memiliki rentak cukup pantas telah berjaya mengenepikan beberapa pelumba lain untuk mencari peluang ke podium tetapi sayangnya dia sekali lagi terbabas ketika perlumbaan hanya berbaki sembilan lap sahaja lagi. Sedang Quartararo selesa di hadapan, rakan sepasukannya Franco Morbidelli diberi tekanan hebat oleh dua pelumba Suzuki iaitu Mir dan Alex Rins. Malangnya Franco tidak dapat menahan setiap serangan dan terpaksa akur di kedudukan tempat kelima kelima di kedudukan pelumba.

Valentino Rossi masih mencari tempat di podium.
Valentino Rossi masih mencari tempat di podium.
Andrea Dovizioso terkandas di lap pertama.
Andrea Dovizioso terkandas di lap pertama.

Fabio Quartararo: "Secara jujur ia adalah perlumbaan yang sukar. Jack Miller telah melakukan kesilapan dan saya tahu itu adalah masa yang tepat untuk mengatasi! Ketika saya mendahului, Franco agak ketinggalan. Kami sangat pantas dan saya rasa pada masa itu, saya harus memastikan tayar tetap segar hingga akhir. Memandangkan dua pencabar saya di belakang semakin laju, saya terus berusaha dengan lebih gigih untuk melarikan diri tetapi ianya agak mustahil kerana kedua-dua pelumba Suzuki jauh lebih pantas.”

Pertarungan sengit di peringkat awal.
Pertarungan sengit di peringkat awal.
Alex Rins cukup puas dengan kejayaannya kali ini.
Alex Rins cukup puas dengan kejayaannya kali ini.

“Apa pun, saya cuku gembira dengan tugas kami hari ini setelah menghadapi kesukaran sejak lima pusingan yang lalu. Kami belajar banyak perkara tetapi hari ini bagus untuk kembali ke podium!” Tambah Quartararo.

Kejayaan Mir dan Rins menduduki tangga podium bersama-sama telah mengangkat nama jentera Suzuki sejak kenangan yang sama 13 tahun yang lalu. Kemenangan ini telah meletakkan Fabio Quartararo di tangga teratas dengan 100 mata diikuti rapat oleh Joan Mir (108 mata) manakala Maverick Vinales di tangga ketiga dengan 90 mata.

Alex Marquez (73) dan Stefan Bradl terus memberi saingan.

Persaingan MotoGP akan berehat seminggu sebelum kejuaraan akan singgah ke 'kampung' Fabio iaitu Litar Le Mans, Perancis pada 9-11 Oktober 2020. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).