Isu Terkini

Februari 2024

Dari Litar / 10 September 2016

MotoGP 2016 : Penantian 6 Tahun Telah Berakhir!

Tahniah buat pasukan Ducati Racing atas kejayaan menempa kemenangan buat pertama kalinya sejak enam tahun yang lalu. Saat terakhir pelumba Ducati berdiri megah di podium tertinggi ialah pada tahun 2010 menerusi pelumba lagenda, Casey Stoner di Litar Phillip Island.

Andrea Iannone menang buat pertama kali kategori MotoGP.
Andrea Iannone menang buat pertama kali kategori MotoGP.

Lebih menarik sekali, ini juga merupakan perlumbaan pertama MotoGP di Litar Red Bull Ring sejak tahun 1997. Litar ini telah diubahsuai beberapa kali dan kini, ia telah dikenali dengan nama Red Bull Ring, Spielberg. Menurut MotoGP, Valentino Rossi merupakan satu-satu pelumba kelas prima yang pernah bersaing di litar ini iaitu ketika berlumba dalam kelas 125cc.

Marc Marquez (93) hanya mampu di tempat kelima dan diikuti rapat oleh Maverick Vinales (25).

Seorang lagi pelumba, Jack Miller juga pernah berlumba di litar ini pada tahun 2011 ketika mengambil bahagian dalam perlumbaan International German Motorcycle Championship (IDM).

Litar sepanjang 4.3km ini terkenal sebagai litar highspeed yang tentunya memberi kelebihan buat jentera pantas seperti Ducati Desmosedici GP16 berbanding jentera lain. Seperti yang dijangka, pelumba pasukan 'Merah' ini, Andrea Iannone telah berjaya meraih petak pertama selepas mengungguli sesi ujian masa meninggalkan Valentino Rossi di petak kedua dan Andrea Dovizioso ketiga. Tiga lagi pelumba tersohor iaitu Lorenzo, Marquez dan Vinales masing-masing bermula di barisan kedua.

Andrea Iannone mempamerkan tunggangan yang hebat di Austria.
Andrea Iannone mempamerkan tunggangan yang hebat di Austria.

Sebaik sahaja perlumbaan akhir dimulakan, Iannone dan Dovizioso menggunakan kelebihan kuasa enjin mereka untuk memecut meninggalkan pencabar lain. Rossi antara pelumba yang berjaya merapatkan diri manakala terkaman Marquez di selekoh pertama hampir-hampir membuatnya dan Lorenzo terbabas ke tepi litar.

Valentino Rossi berpuas hati menamatkan perlumbaan di tempat keempat.
Valentino Rossi berpuas hati menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

'The Doctor' mengerahkan seluruh tenaga dan pengalamannya untuk kekal bersama dua pelumba Ducati di hadapannya dan akhirnya berjaya memintas seorang demi seorang. Apa pun, kedudukannya tidak tahan lama kerana kemaraan Iannone dan Dovizioso tidak mampu dihalang lagi.

Casey Stoner (kanan) memberikan kata-kata semangat kepada Andrea Dovizioso.

Selepas berjaya memintas Rossi, kedua-dua pelumba Ducati terus bersaing sesama sendiri sehingga lama kelamaan mereka sudah mula membuka jarak. Rossi cuba mengejar tetapi diberi tekanan hebat oleh rakan sepasukannya, Lorenzo yang ternyata mempunyai rentak lebih baik.

Pendahulu kejuaraan, Marc Marquez pula tidak mampu untuk membawa jenteranya ke hadapan lalu mengemaskan tunggangan untuk menafikan serangan dan percubaan pelumba Suzuki, Maverick Vinales.

Bradley Smith.
Bradley Smith.

Iannone dan Dovizioso memacu jenteranya ke tahap maksimum hampir di setiap selekoh. Dovizioso merupakan pelumba terpantas dengan kelajuan maksimum, 313kmj tetapi masih gagal untuk merapati Iannone yang terus unggul memimpin perlumbaan. Ternyata pemilihan tayar merupakan salah satu faktor penting untuk setiap pelumba di litar ini mengekalkan kedudukan di sepanjang perlumbaan 28 lap itu.

Dani Pedrosa kurang menyerlah di Austria namun masih menduduki di tempat keempat keseluruhan.
Dani Pedrosa kurang menyerlah di Austria namun masih menduduki di tempat keempat keseluruhan.

“Ia amat penting buat Ducati untuk menamatkan persaingan hari ini di tempat pertama dan kedua. Kami telah bekerja keras selama empat tahun untuk ke tahap ini dan saya amat gembira menjadi sebahagian daripada projek ini,” komen Dovizioso selepas melintasi perlumbaan pusingan ke-10 di tempat kedua.

Maverick Vinales kini mampu memberi saingan kepada pelumba-pelumba yang lebih berpengalaman.
Maverick Vinales kini mampu memberi saingan kepada pelumba-pelumba yang lebih berpengalaman.

Khemah pasukan Ducati 'bergegar' sebaik sahaja Iannone melintasi garisan penamat di tempat pertama. Seluruh pasukan termasuklah Casey Stoner yang kini merupakan penunggang uji untuk Ducati meraikan kejayaan ini dengan penuh bangga dan emosi. Inilah yang mereka tunggu sejak enam musim yang lalu.

Kru pasukan Ducati meraikan kejayaan Andrea Iannone dan Andrea Dovizioso.
Kru pasukan Ducati meraikan kejayaan Andrea Iannone dan Andrea Dovizioso.

“Saya sangat-sangat gembira kerana kami berjaya melakukan satu perlumbaan yang mengagumkan. Saya bermula agak perlahan dan berusaha untuk berada di hadapan tanpa mencuba dengan terlalu keras kerana tahu saya mampu untuk mendapatkan rentak yang lebih baik di penghujung persaingan. Saya memilih untuk menggunakan tayar lembut dan jentera saya hari ini sangat sempurna. Saya amat berterima kasih kepada seluruh pasukan Ducati kerana bekerja dengan baik sekali,” kata Andrea Iannone.

Dua pelumba pasukan Ducati tidak mampu dicabar oleh para pelumba lain.
Dua pelumba pasukan Ducati tidak mampu dicabar oleh para pelumba lain.

Pasukan Yamaha pula terpaksa berpuas hati dengan kejayaan kedua-dua pelumba mereka menamatkan saingan di posisi ketiga dan keempat. Lorenzo yang kembali meraih kemenangan podium menyifatkan kedudukannya di tempat ketiga sudah cukup membanggakan kerana kemantapan jentera Ducati bagaikan berada di dalam kelasnya tersendiri.

Pol Espargaro (adik) di tempat ke-10 di Austria.

“Untuk menamatkan perlumbaan hanya tiga saat di belakang juara memang cukup hebat dan lebih penting apabila dapat meraih beberapa mata penting untuk kejuaraan tahun ini. Apa pun boleh berlaku di dalam dunia perlumbaan. Kami perlu terus fokus, mengharapkan sedikit tuah dan menunggu saatnya,” jelas Lorenzo.

Jorge Lorenzo gembira menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.
Jorge Lorenzo gembira menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Walaupun masih dalam rawatan akibat kecederaan bahu selepas terlibat dalam kemalangan serius di sesi latihan bebas, Marc Marquez masih mampu tersenyum penuh bangga apabila menamatkan cabarannya di Austria di tempat kelima. Selepas sedar tidak mampu lagi untuk menyaingi Rossi dan Lorenzo, Marquez terus cekal untuk mengekang kemaraan Vinales (Pasukan Suzuki) yang berada di belakangnya.

Aleix Espargaro (abang) hanya mampu berlumba empat lap kerana mengalami kecederaan tangan.

“Selepas apa yang berlaku semalam, saya gembira dengan perlumbaan hari ini. Bahu saya tidak sakit ketika berlumba, jadi tiada alasan untuk tidak bersaing. Saya tahu Ducati dan Yamaha amat pantas dan inilah posisi terbaik yang boleh diperoleh dan amat positif sekali kerana jumlah mata tidak jauh bezanya berbanding Lorenzo,” kata Marc Marquez.

Andrea Dovizioso naib juara di Litar Red Bull Ring.
Andrea Dovizioso naib juara di Litar Red Bull Ring.

Marquez masih di depan dalam carta keseluruhan dengan 181 mata diikuti Jorge Lorenzo di tangga kedua dengan 138 mata. Valentino Rossi di tangga ketiga dengan 124 mata manakala Dani Pedrosa di tangga keempat dengan 105 mata.

Perlumbaan kali ini juga agak tidak memihak kepada para pelumba negara. Hafizh Syahrin yang sedang berentap cukup hebat dalam Moto2 telah dilanggar oleh pelumba Itali yang menyebabkan kedua-dua pelumba ini terbabas. Walaupun masih mampu meneruskan perlumbaan, Hafizh kehilangan banyak masa untuk mengejar dan sekadar menamatkan saingan di tempat ke-21.

Jorge Lorenzo (99) terlalu pantas untuk dipintas oleh Valentino Rossi (46).

Dalam saingan Moto3 pula, pelumba Honda Asia Team, Khairul Idham Pawi menyifatkan saingan kali ini agak susah dan terpaksa bekerja keras untuk melengkapkan perlumbaan di tempat ke-27. Bagi Adam Norrodin (Pasukan Drive M7 SIC Racing), kesilapan kecil di penghujung perlumbaan telah menyebabkan dia telah dipintas. Namun begitu, kemampuannya untuk mengawal mesin dan menamatkan perlumbaan dengan selamat berjaya menaikkan semangat pelumba muda ini untuk terus berjaya pada cabaran berikutnya. RR

Isu Pada

September 2016

Popular

  • Warta Roda

    CFMOTO 800NK Menang 'Product Design' Terbaik di Anugerah Red Dot

  • Warta Roda

    Boon Siew Honda (BSH) di Malaysia Autoshow 2024 - Bakal Lancar ADV350, CB750, XL750 dan NX500

  • Penunggang Motosikal Maut, Terlanggar Khinzir di Tengah Jalan

  • Warta Roda

    Ducati Monster Senna Edisi Terhad: Penghormatan Buat Ayrton Senna

  • Warta Roda

    Penunggang Motosikal Dihempap Pokok!

Artikel berkaitan

GP Perancis: Giliran Jorge Martin Loncat Gembira!

Red Bull MotoGP Rookies Cup (Pusingan 2): Podium Kedua Buat Hakim Danish!

MSBK1000: Azroy Menang Dengan Bergaya

Akid Raih Kemenangan Kedua Musim Ini

Pecco Juara GP Sepanyol...Tapi Marquez Sudah 'Kacau'!

Padu! Hakim Danish Raih Podium di Sepanyol

Pusingan Pembuka Tirai Red Bull MotoGP Rookies Cup, Hakim Danish Sudah Bersedia

Bimota Bakal Kembali Dalam WorldSBK 2025

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Boon Siew Honda (BSH) di Malaysia Autoshow 2024 - Bakal Lancar ADV350, CB750, XL750 dan NX500

Boon Siew Honda (BSH) bakal memperkenalkan empat model terbaru yang akan berada di pasaran tempatan iaitu Honda ADV350, CB750, XL750 Translap dan NX500.

Dari Litar

MSBK1000: Azroy Menang Dengan Bergaya

Azroy Hakeem Anuar dari pasukan BOON SIEW HONDA RACING TEAM dalam kategori MSBK1000 A mendapatkan kemenangan kedua di pusingan satu MSBK 2024.

Warta Roda

Peraturan Baru MotoGP Bermula Musim 2027 - Kapasiti Enjin Dikurangkan Kepada 850cc

MotoGP bakal mengenakan peraturan baru kepada semua pasukan bermula musim 2027.

Dari Litar

WorldSBK 2024: Race Pertama, Tempat Pertama - Pilihan Tayar Terbaik oleh Nicholas Spinelli!

Tindakan berani Nicholas Spinelli (Barni Spark Racing Team) di Litar TT Assen dalam Perlumbaan 1 menggunakan tayar jenis 'Intermediate' telah menyumbang kepada gelaran juara dalam perlumbaan pertamanya di WorldSBK.