☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 28 Jun 2021

Maverick Vinales Tinggalkan Yamaha Di Penghujung Musim

Pelumba MotoGP sensasi dari Sepanyol, Maverick Vinales telah bersetuju untuk menamatkan perjanjian bersama pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP setahun lebih awal. Ini bererti pelumba berumur 26 tahun itu hanya akan memacu jentera Yamaha M1 sehingga penghujung musim 2021.

Maverick Vinales- Juara Litar Qatar 2021
Maverick Vinales- Juara Litar Qatar 2021

Khabar angin mengenai keputusan Maverick semakin kuat pada hari Sabtu lalu di Litar Assen yang menyatakan kemungkinan dia akan menandatangani kontrak bersama pasukan Aprilia untuk tahun 2022.

Penamatan perjanjian satu tahun lebih awal ini berdasarkan permintaan Maverick dengan persetujuan pihak Yamaha untuk mengakhiri kontrak selama dua tahun.

Ini merupakan musim kelima Maverick – Yamaha yang telah menghasilkan lapan kemenangan sejak tahun 2017. Bekas Juara Dunia Moto3 tidak pernah gagal untuk berada di antara enam pelumba teratas dalam saingan MotoGP dengan menduduki tempat ketiga pada tahun 2017 dan 2019.

Namun begitu, setelah menduduki tempat terakhir di Grand Prix Jerman minggu lalu, hubungan di antara kedua-dua pihak jelas merosot. Bahkan tempat kedua di Motul TT Assen pada perlumbaan semalam juga tidak dapat menyelamatkan hubungan mereka.

“Kerjasama dan perkongsian yang dibina sejak lima tahun lalu amat penting dan ia adalah keputusan yang sangat sukar. Sepanjang hubungan ini, kami merasai pengalaman pencapaian hebat dan masa yang sukar. Namun, berdasarkan rasa hormat dan penghargaan terhadap pasukan ini, saya komited sepenuhnya untuk mencapai keputusan terbaik sepanjang musim ini,” kata Maverick Vinales.

“Dengan sedihnya kami akan mengucapkan selamat tinggal kepada Maverick pada tahun ini. Kami telah mencapai banyak kejayaan sepanjang lima tahun bersama tetapi terpaksa juga akur dengan keputusan yang tidak baik. Selepas GP Jerman tempohari, ia diakui merupakan hujung minggu yang paling sukar dalam kerjasama ini. Kami mengadakan perbincangan penting di Assen dan telah mendapat persetujuan untuk meneruskan saingan mengikut haluan masing-masing,” kata Pengarah Urusan Yamaha Motor Racing, Lin Jarvis.

Yamaha berjanji akan terus bekerja keras untuk memberikan sokongan penuh sebaiknya kepada Maverick sehingga musim ini tamat. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).