☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 2 Oktober 2021

Pertarungan Sengit Pecco vs Marc Marquez Beri Kepuasan

Perlumbaan pusingan 13 yang berlangsung di Litar Aragon ternyata antara yang paling menarik untuk ditonton. Francesco Bagnaia (Ducati) telah mencuba beberapa kali tetapi tidak berjaya sehinggalah di Aragon apabila akhirnya dinobatkan sebagai juara.

Permulaan yang sempurna memberikannya peluang untuk berada di depan. Turut mendapatkan posisi yang baik di peringkat awal ialah Jack Miller, Marc Marquez, Fabio Quartararo dan Aleix Espargaro.

Pengurus Besar Ducati Corse, Luigi Dall’lgna -kiri- gembira dengan kemenangan Pecco.
Pengurus Besar Ducati Corse, Luigi Dall’lgna -kiri- gembira dengan kemenangan Pecco.
Walaupun belum pulih 100%, Marc Marquez telah mempamerkan kesungguhannya untuk meraih kemenangan.
Walaupun belum pulih 100%, Marc Marquez telah mempamerkan kesungguhannya untuk meraih kemenangan.

Ketika Bagnaia dan Marc Marquez mula menjarakkan diri, Fabio yang berada di belakang mula ketinggalan dan dilihat sedang bergelut dengan masalah cengkaman tayar. Pelumba dari Perancis itu semakin perlahan dan menyebabkan dipintas oleh beberapa orang pelumba seperti Joan Mir dan Jorge Martin.

Di depan, pertarungan di antara Marc dan Pecco terus sengit. Kedua-duanya saling mencabar dan cuba buktikan siapa lebih 'berkuasa'. Jarak mereka mula semakin jauh. Miller yang berada di tempat ketiga melakukan kesilapan – membolehkan dia dipintas oleh Mir dan Aleix.

Joan Mir menamatkan saingan di tempat ketiga.
Joan Mir menamatkan saingan di tempat ketiga.
Fabio Quartararo -20- hadapi masalah cengkaman tayar di Aragon tetapi masih mampu untuk memberi cabaran sengit.
Fabio Quartararo -20- hadapi masalah cengkaman tayar di Aragon tetapi masih mampu untuk memberi cabaran sengit.

Tiga lap sahaja lagi! Marc mula menyerang tetapi segera ditangkis dengan kawalan jentera yang cukup hebat. Sekurang-kurangnya tujuh kali Marc membuat cubaan memintas tetapi digagalkan segera oleh Pecco. Apabila saingan sudah ditahap kemuncak, Marc membuat serangan akhir dari dalam tetapi tindakannya itu tidak berhasil. Dengan kelebihan masa yang sedikit itu, Pecco gunakan untuk membuka pendikit sehabis-habisnya untuk menerima kibaran bendera penamat di tempat pertama.

Marc Marquez cukup gembira di tempat kedua kerana ia adalah bukti bahawa Marc sudah semakin sihat, kuat dan serasi. Tempat ketiga dimenangi oleh penyandang juara Joan Mir manakala Aleix Espargaro terus mengharumkan nama Aprilia di tempat keempat.

Alex Rins menamatkan cabaran di tempat ke-12.
Alex Rins menamatkan cabaran di tempat ke-12.
Pol Espargaro menamatkan saingan di tempat ke-13 dan berjaya membawa pulang tiga mata berharga.
Pol Espargaro menamatkan saingan di tempat ke-13 dan berjaya membawa pulang tiga mata berharga.

“Saya sangat gembira dengan kejayaan ini kerana telah bekerja sangat keras untuknya. Saya berterima kasih kepada seluruh pasukan, keluarga dan kekasih saya yang memberikan sokongan padu selama ini. Sukar untuk dinyatakan tetapi ia bukanlah sesuatu yang mudah. Marc adalah pencabar yang hebat. Walaupun belum berada di tahap 100%, dia benar-benar mahukan kemenangan dan telah menjadikannya sangat kompetitif. Saya hanya lakukan yang terbaik dan ia adalah mimpi yang menjadi kenyataan,” komen Francesco Bagnaia.

Kedudukan Keseluruhan (Selepas Litar Aragon)

  1. Fabio Quartararo 214 mata
  2. Francesco Bagnaia 161 mata
  3. Joan Mir 157 mata
  4. Johann Zarco 137 mata
  5. Jack Miller 129 mata
Xavi Vierge -67- cuba menahan kemaraan Aron Canet -44- dalam perebutan tempat kelima.
Xavi Vierge -67- cuba menahan kemaraan Aron Canet -44- dalam perebutan tempat kelima.

Moto2

Berlumba dalam kecederaan? Ia bukanlah satu masalah buat pelumba KTM, Raul Fernandez yang sekali lagi mempamerkan tunggangan sensasi walaupun baru sahaja menjalani pembedahan kaki ekoran kemalangan di Litar Silverstone dan insiden ketika menunggang basikal.

Kepantasan pelumba dari Sepanyol itu gagal disaingi oleh para pelumba lain. Raul berjaya membuka jarak lebih daripada lima saat di hadapan pemenang tempat kedua iaitu Remy Gardner. Walaupun dalam kesakitan, ia langsung tidak menghalang kemaraan Raul.

Kemenangan ini menambah lima mata lagi untuk koleksi Raul dalam usaha untuk mengejar Remy Gardner yang masih di tangga teratas dengan 251 mata. Tempat ketiga dimenangi oleh Augusto Fernandez diikuti oleh Jorge Navarro di posisi keempat dan Aron Canet kelima.

Kedudukan Keseluruhan Moto2 2021:

  1. Remy Gardner 251 mata
  2. Raul Fernandez 212 mata
  3. Marco Bezzecchi 179 mata
  4. Sam Lowes 127 mata
  5. Augusto Fernandez 108 mata
Datuk Razlan -kanan- turut gembira dengan kejayaan Damok di Litar Aragon.
Datuk Razlan -kanan- turut gembira dengan kejayaan Damok di Litar Aragon.

Moto3

Tahniah diucapkan buat pelumba negara, Syarifuddin Azman atau lebih dikenali dengan nama panggilan Damok selepas berjaya meraih tiga mata buat pasukan Petronas Sprinta dalam penampilan sulungnya di saingan Moto3.

Damok bermula dengan baik dan berjaya memintas dua orang pelumba dalam lap pertama dan meneruskan cabaran bersama para pelumba lain dengan cukup sengit. Damok kemudiannya memperoleh ruang untuk memintas seorang lagi pelumba tidak lama kemudian.

Damok bermula dengan baik dan berjaya memintas dua orang pelumba dalam lap pertama. Damok mengemaskan tunggangan dan memperoleh ruang untuk memintas seorang lagi pelumba tidak lama kemudian. Persaingan bertambah sengit apabila dia berada di dalam kelompok terdiri daripada para pelumba yang lebih pantas.

Walaupun ini adalah kemunculan pertamanya, ia tidak menyekat kemaraan pelumba negara itu untuk menyerang beberapa pencabar lain bagi meletakkan dirinya berada dalam 15 pelumba terbaik. Dengan kecekalan dan tunggangan yang mantap, Damok akhirnya berjaya menamatkan cabaran di tempat ke-13 dan menerima tiga mata berharga.

Rakan sepasukannya, Darryn Binder menamatkan saingan di Litar Aragon ini di tempat ketujuh untuk mengutip sembilan mata lagi. Saingan Moto3 dimenangi oleh pelumba Itali, Dennis Foggia diikuti Deniz Onco dan Ayumu Sasaki.

Perlumbaan seterusnya diadakan di Litar Misano Marco Simoncelli pada 19 September diikuti Litar Americas pada 3hb Oktober 2021. RR

Isu Pada

Oktober 2021

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).