☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 23 Februari 2023

Pasukan Repsol Honda Perkenal Honda RC213V 2023 Dengan Livery Lebih Garang

Bertempat di kampus Repsol yang terletak di Madrid, Marc Marquez dan Joan Mir dengan bangganya mempersembahkan jentera Honda RC213V yang bakal digunakan oleh kedua-dua pelumba ini di Kejuaraan Dunia MotoGP 2023. Tahun ini merupakan perlumbaan dunia edisi ke-10 untuk jaguh-jaguh dari Sepanyol itu. Marc dan Joan kini berkongsi dan bergabung tenaga untuk memberi cabaran lebih sengit dalam kelas perdana.

Kerjasama di antara Honda dan Repsol kini menjangkau tempoh 29 tahun dengan kejayaan dan pembangunan teknologi yang mengagumkan. Ia merupakan kerjasama terpanjang dalam dunia sukan permotoran dengan kejayaan memperoleh 15 Juara Dunia, 183 kemenangan dan 454 podium dalam kelas perdana.

Marc Marquez.
Marc Marquez.

Marquez telah kembali cergas sepenuhnya selepas mengharungi tahun sukar diserta kecederaannya. Juara Dunia lapan kali itu sekali lagi memberi tumpuan untuk merampas kembali gelaran Juara MotoGP pada tahun kesebelasnya bersama pasukan Repsol Honda. Sepanjang tempoh 154 Grand Prix yang disertainya, Marc Marquez telah meraih sebanyak 100 podium dengan 59 kali kemenangan, 63 kali di petak pertama dan enam gelaran Juara Kelas Perdana.

Joan Mir.
Joan Mir.

Joan Mir pula merupakan Juara MotoGP 2020 dan telah memenangi gelaran Moto3 juga bersama Honda pada tahun 2017. Dia menyertai pasukan Repsol Honda selepas 65 kali bersaing dalam kelas perdana, dengan rekod 13 kali podium dan satu kemenangan. Mir membuat ujian sulungnya bersama jentera RC213V di sesi Ujian Valencia November lalu dan di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini.

Honda Repsol RC213V 2023.
Honda Repsol RC213V 2023.

Pada 2024, bahan api boleh diperbaharui (Renewable Fuels) akan menjadi realiti dalam MotoGP. Penggunaan sumber seperti sisa organik adalah untuk mengurangkan pelepasan dengan cekap dalam masa terdekat. Terima kasih kepada komitmen yang dibuat oleh Dorna dan FIM, bahan api MotoGP. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.