Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 29 Mac 2020

Ulu Yam CKD MX Series Pusingan 1

Persatuan Motosikal Lasak Malaysia telah menganjurkan perlumbaan motocross yang digelar sebagai Ulu Yam CKD MX Series. Acara tersebut telah diadakan pada 25-26 Januari lepas di Motocross Track Ulu Yam. Perlumbaan ini berjaya mengumpulkan seramai 110 orang pelumba.

Perlumbaan pusingan pertama ini menyaksikan perebutan takhta kejuaraan untuk enam kategori iaitu CKD Expert, CKD Open, CKD Women, CKD 30-40 tahun, CKD VVIP (45 tahun keatas) dan Mforce One Make Race. Pusingan ini dimeriahkan dengan kehadiran beberapa orang artis tanah air antaranya Achey, Black Hanifah, Dato’ Farid Kamil dan Nabila Huda.

Para pemenang CKD Expert bergambar kenangan.
Para pemenang CKD Expert bergambar kenangan.
Aksi-aksi penuh bergaya dari para pelumba.
Aksi-aksi penuh bergaya dari para pelumba.

Pengajuran ini turut mendapat sokongan daripada Mforce Bike Holdings Sdn Bhd yang merupakan pengedar dan pengeluar motosikal jenama Benelli, SM Sport, SYM, WMoto, Brixton dan Keeway di Malaysia. Antara pengeluar lain yang turut beri sokongan ialah Kawasaki, LS2 Helmet dan lain-lain.

Pada hari pertama telah berlangsungnya aktiviti pendaftaran buat para pelumba dan juga sesi pemanas badan (test track). Hari kedua pula merupakan perlumbaan yang sebenar. Sesi bacaan doa dan taklimat dilakukan terlebih dahulu sebelum perlumbaan dimulakan pada jam 9.00 pagi. Setiap jentera para pelumba akan dipasangkan dengan sistem transponder untuk catatan masa yang tepat.

Mohammad Khairi menyapu bersih kategori CKD Expert & CKD 30-44 tahun.
Mohammad Khairi menyapu bersih kategori CKD Expert & CKD 30-44 tahun.

Kategori CKD Expert lebih mencabar dengan penyertaan seramai 20 orang pelumba yang berpengalaman, pantas dan mencabar. Para pelumba menunjukkan taring masing-masing untuk merebut gelaran juara dalam kategori ini dengan mempamerkan aksi lompat melompat dan slide. Mohammad Khairi Bin Zakaria yang berasal dari Johor bergelar juara selepas menamatkan perlumbaan Moto 1 di tempat kedua dan dan menjuarai dalam Moto 2 dengan jumlah kutipan sebanyak 47 mata. Muhammad Hakimi di tempat kedua dan diikuti dengan tempat ketiga Ahmad Iezzam Roslim.

CKD Open paling ramai penyertaan dengan 38 orang pelumba dan perlumbaan kategori ini disertai dengan kehadiran Achey dan Black Hanifah. Oleh kerana bilangan peserta ramai, perlumbaan Moto 1 dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B. Para pelumba yang menamatkan perlumbaan di kedudukan pertama hingga lapan layak mara ke pusingan Moto 2. Bagi tempat kesembilan dan keatas berpeluang untuk mara ke Moto 2 dengan berlumba sekali lagi dalam CKD Open Second Chance.

CKD Open.
CKD Open.

CKD Open dimenangi oleh pelumba muda, adik Ahmad Izzuan Roslim dengan jumlah kutipan 25 mata keseluruhan. Tempat kedua dimenangi oleh Ahmad Iekram Roslim 22 mata manakala Mohd Adam Syabil Bin Hairul Na berjaya mengumpul 20 mata untuk berada di tempat ketiga.

Para pemenang CKD Women.
Para pemenang CKD Women.
Nur Haziyah pamer tunggangan yang mengagumkan.
Nur Haziyah pamer tunggangan yang mengagumkan.

Pelumba wanita, Nur Haziyah ternyata memukau penonton dengan tunggangan yang cukup mengagumkan dalam kategori CKD Women. Beliau berjaya menyapu bersih perlumbaan Moto 1 dan Moto 2 untuk berada di kedudukan pertama dengan kutipan 50 mata. Manakala di tempat kedua Siti Noor Syafira (44 mata) dan tempat ketiga ialah Lyn Sha’are (38 mata). Tahniah juga buat pelumba wanita yang lain berjaya menamatkan cabaran mereka dengan penuh bergaya.

Pemenang-pemenang CKD 30-44 tahun bergembira dengan piala masing-masing.
Pemenang-pemenang CKD 30-44 tahun bergembira dengan piala masing-masing.

Perlumbaan bagi kategori CKD 30-44 tahun dimulakan seramai 22 orang para pelumba dengan lagak aksi yang cukup hebat. Untuk kategori ini juga turut disertai oleh Achey dan Black Hanifah serta Dato’ Farid Kamil. Perlumbaan bagi kategori ini dimenangi oleh Mohammad Khairi Bin Zakaria yang menjadi juara dalam kategori expert. Tempat kedua dimenangi oleh Muhammad Mukhlis Bin Basri dan Hafizi Bin Usman menamatkan cabarannya di tempat ketiga.

Pemenang CKD VVIP di atas podium.
Pemenang CKD VVIP di atas podium.

Kategori VVIP (45 tahun keatas) disertai oleh tujuh orang pelumba yang masih tangkas, garang dan bersemangat tinggi. Segala rintangan dan halangan perlu ditempuhi buat pelumba selama 10 minit + 2 lap untuk Moto 1 dan 15 minit + 2 lap bagi perlumbaan Moto 2. Tahniah kepada Asdin Bin Udin berjaya menjadi juara dalam kategori VVIP diikuti dengan Mohd Zaini Bin Mohd Tasar dan Mohd Hasnisal Abd Saleh masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga.

Mforce One Make Race.
Mforce One Make Race.

Antara perlumbaan cukup menarik sekali, Mforce One Make Race merupakan kategori yang istimewa dalam acara Ulu Yam CKD MX Series. Terdapat 16 buah jentera berspesifikasi standard model keluaran Mforce Bike Holdings Sdn Bhd antaranya WMoto VE1 110 dan SM Sport 110R. Bagi pemenang di tempat pertama, kedua dan ketiga di setiap pusingan akan berlumba semula di pusingan keenam nanti. Para peserta diberi peluang terlebih dahulu sebanyak 1 lap untuk menyesuaikan diri bagi mereka yang pertama kali menyertai acara sukan lasak. Selepas perlumbaan dimulakan, aksi-aksi para pelumba cukup bersemangat dan penuh berkeyakinan sekali untuk berada di hadapan. Juara bagi kategori ini dimenangi oleh Aqil diikuti dengan Sudirman di tempat kedua manakala tempat ketiga Aqmar Danial Roslan.

Dato’ Farid Kamil (empat dari kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang Mforce One Make Race.

“Walaupun cuaca hari ini panas, saya dapat menamatkan perlumbaan dengan keputusan yang baik. Saya sangat gembira apabila dinobatkan sebagai juara dalam CKD Women. Bukan mudah untuk berada di hadapan, saya sentiasa diberi tentangan hebat daripada pelumba di belakang,” kata Nur Haziyah berumur 20 tahun yang berasal dari Johor.

“Sejak berumur 12 tahun lagi saya meminati dengan sukan motosikal lasak. Penganjuran kali ini berjalan dengan cukup lancar dan pemilihan lokasinya juga amat sesuai. Saya rasa sangat bersyukur dipilih sebagai pemenang untuk kategori Open,” kata Ahmad Izzuan Roslim, 17 tahun dari Selangor.

Ternyata perlumbaan ini berjaya mengamit kehadiran penonton yang ramai dan para pelumba dari seluruh negara. Pusingan kedua akan berlangsung pada 15-16 Februari di tempat yang sama. RR

Isu Pada

Mac 2020

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Hakim Danish Mahu Kekalkan Momentum di GP Jerman

Motul Jadi Penaja Rasmi Pasukan Honda Racing Malaysia bagi Musim 2026

Qabil Irfan Raih Podium Pertama Musim Ini

Jerez Jadi Medan Kebangkitan Qabil Irfan

MotoGP Malaysia Kekal Di Sepang Hingga 2031

Hakim Danish Terus Perkukuhkan Kedudukan di Moto3

Yamaha Jadi Pembekal Tunggal Moto3 Bermula 2028

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Triumph Street Triple 765 RX: Gabungan Kuasa, Prestasi & Teknologi

Kalau kita bercerita tentang jentera jalanan atau Streetbike kelas pertengahan yang betul-betul seimbang dari segi power, pengendalian dan feel tunggangan, Triumph Street Triple 765 adalah antara yang paling cemerlang.

Dari Litar

Hakim Danish Terus Perkukuhkan Kedudukan di Moto3

Dengan kemenanhan di tempat ketujuh melonjakkan lagi kedudukan Hakim Danish di tangga keenam secara keseluruhan.

Dari Litar

Yamaha Jadi Pembekal Tunggal Moto3 Bermula 2028

Yamaha Motor Co., Ltd. jadi pembekal tunggal motosikal bagi Kejuaraan Dunia FIM Moto3 bermula musim 2028 hingga 2033.

Model Baru

Harga Rasmi BMW F 450 GS Trophy Diumumkan - Bermula RM39,900

BMW Motorrad Malaysia secara rasmi mengumumkan harga bagi BMW F 450 GS Trophy Baharu yang ditawarkan bermula RM39,900.