☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 26 Mac 2024

Suzuki Kembali Dalam Kejuaraan Dunia - Sertai Suzuka 8 Hours Endurance

Suzuki Motor Corporation bakal kembali dalam pentas kejohanan dunia dengan menyertai perlumbaan Suzuka 8 Hours Endurance Race 2024 di litar Suzuka.

Suzuka 8 Hours Endurance merupakan sebahagian daripada Kejohanan Dunia Endurance FIM (EWC) yang turut menampilkan Kelas Eksperimen dalam perlumbaan itu. Kategori ini khas ditujukan untuk motosikal yang tidak mematuhi norma teknikal. Walaubagaimanapun, Suzuki GSX-R1000R yang bakal bersaing menepati piawaian tetapi hanya akan menggunakan bahan api daripada sumber bukan fosil.

Menurut pihak Suzuki, mereka akan menggunakan bahan api FIM Elf Moto R40 yang terdiri daripada 40% sumber bahan api bio.

Suzuki akan bersaing di bawah nama Pasukan Suzuki CN Challenge bersama rakan teknikal, Yoshimura Japan yang akan berusaha membangunkan teknologi mampan dalam bidang peredam bunyi, tayar, minyak, fairing dan brek.

Buat masa ini, Suzuki masih belum mengumumkan barisan pelumba mereka. Suzuka 8 Hours Endurance akan berlangsung pada 19hb Julai - 21hb Julai 2024. RR

Sumber berita: http://globalsuzuki.com

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.